Kes bayi Al-Fateh yang meninggal dunia di taska yang tular beberapa hari lalu mengundang pelbagai persepsi ramai. Malah ada yang turut meninggalkan pelbagai komen yang tidak wajar.
Perkongsian dari Terapis Cara Kerja Kanak-Kanak (Pediatric Occupational Therapist), Pn Maryam Jamadi ini patut mak ayah dalami. Benar, jika tak ada perkataan yang baik untuk dituturkan, adalah lebih baik mendiam diri. Itu sebaiknya.
“Sebab itulah saya jaga anak sendiri”. Kalau tak ada benda baik nak komen, lebih baik berdiam diri atau cakap dengan orang terdekat sahaja.
Bila setiap kali ada kes kematian bayi di bawah jagaan pengasuh; pasti akan komen sebegini. Tak ada empati dan sensitiviti langsung.
Setiap dari kita rezekinya tak sama, kalau kalian yang ada peluang jadi suri rumah pun dikira rezeki. Ibu yang bekerja pun ada rezekinya. Yang suri rumah pun ada rezekinya.
Ads
Biasanya yang terpaling jaga anak sendiri ini jugalah yang – Nak minta doktor perempuan sambut kelahiran anak – Nak cikgu perempuan ajar anak – Nak terapis perempuan terapikan anak – Nak jururawat perempuan merawat. – Nak admin perempuan angkat telefon
Ini baru ini ada kes abang bas, kalau boleh yang bawa bas atau van sekolah pun nak perempuan. Kan?
Janganlah begitu rakan-rakan, sebagai ibu kita mestilah nak yang terbaik untuk anak-anak kita. Bekerja juga salah satu jihad untuk masyarakat kita.
Anggaran 80% Occupational Therapist di satu dunia ini adalah wanita. Di Malaysia pun lebih kurang sama. Belum lagi statistik doktor perempuan, cikgu perempuan.
Semua ibu yang bekerja pasti akan sentiasa risau tentang keselamatan anak. Setiap pagi keluar tinggalkan anak pasti akan rasa berdebar.
Ads
Kita semua kena sama-sama empati, tak boleh pukul rata disebabkan ada wanita bekerja komen tak elok tentang suri rumah. Kita menghalalkan perbuatan dengan balas komen
“Sebab itulah kami jaga anak sendiri”. Jangan jadi ekstrimis, disebabkan seorang yang buat kita terasa. Kita pukul rata semua.
Mak mak yang berkerja yang komen, – Sebab itulah aku kerja – Wanita kena ada duit sendiri
Ads
Pada suri rumah yang diceraikan atau menjadi balu. Ini pun saya kecam. Tak ada sensitiviti & empati ❌️
Kehidupan berumah tangga Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani sering menjadi inspirasi ramai. Pasangan ini bukan sahaja dilihat serasi, malah cara mereka saling menyokong antara satu sama lain turut mencuri perhatian peminat.
Namun kali ini, Yusry berkongsi sisi berbeza sebagai seorang suami dan bapa apabila perlu menguruskan anak-anak serta rumah tangga sepenuhnya sepanjang Lisa berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.
Melalui pengalaman bergelar ‘ayah sepenuh masa’, pelakon dan pengarah itu mengakui tugas menguruskan rumah bukanlah semudah yang disangka. Daripada menghantar dan mengambil anak pulang dari sekolah, memeriksa kerja rumah hinggalah memastikan rutin harian anak-anak berjalan lancar, semuanya perlu dilakukan sendiri.
“Saya ambil alih tugas uruskan rumah tangga yang mana hantar anak dan ambil anak balik dari sekolah, periksa kerja rumah mereka,” katanya.
Yusry Abdul Halim secara terbuka mengakui sebelum ini dia mungkin mengambil mudah peranan Lisa yang banyak menguruskan hal domestik keluarga. Namun selepas melalui sendiri rutin tersebut, barulah dia benar-benar memahami besarnya tanggungjawab yang dipikul seorang ibu setiap hari.
Menurutnya, menguruskan anak-anak bukan sekadar memastikan mereka makan dan ke sekolah, tetapi turut melibatkan pelbagai perkara lain yang memerlukan perhatian berterusan.
“Sebelum ini, saya ambil mudah dan take for granted kerana Lisa yang banyak uruskan. Jadi, bila saya sendiri yang uruskan baru sedar banyak kerja seorang ibu.
Apabila menjadi ayah sepenuh masa, kerja ayah kena buat, kerja ibu pun kena buat,” ujarnya.
Demi memberi tumpuan kepada anak-anak sepanjang ketiadaan Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim mengambil keputusan untuk lebih selektif menerima tawaran kerja di luar.
Baginya, keutamaan ketika ini adalah memastikan anak-anak berada dalam keadaan baik dan tidak terlalu terasa dengan ketiadaan ibu mereka yang sedang menunaikan ibadah haji.
Sepanjang Lisa berada di Tanah Suci, Yusry turut berdepan detik emosi apabila anak-anak mula merindui ibu mereka. Sebagai seorang bapa, dia cuba memujuk dan memberi kefahaman bahawa ibu mereka sedang berada di tempat yang mulia untuk menunaikan ibadah.
“Saya akan beritahu anak-anak jika mereka rindu, dia ada di sana tengah beribadah, tak boleh merungut. Syukur saja.
Saya juga berharap masa berjalan lancar,” tambahnya.
Dalam perkembangan lain, nama Yusry Abdul Halim kini kembali menjadi perhatian ramai selepas membawakan watak Datuk Muzaffar dalam drama rantaian Dendam Seorang Mentua.
Watak lelaki matang, penyayang dan berkarisma itu berjaya mencuri hati penonton sehingga tular di media sosial. Sambutan luar biasa yang diterima turut mengejutkan Yusry sendiri.
Menariknya, beliau pada awalnya menyangka watak yang ditawarkan hanyalah watak sampingan sesuai dengan usianya yang kini mencecah 53 tahun.
“Ketika mula menerima tawaran lakonan ini saya bertanya kepada mereka adakah ini watak seorang abang atau bapa? Yang mana saya sangkakan sesuai dengan umur 53 tahun.
Tetapi mereka kata tidak, ini adalah watak utama. Saya kata, gila ke ‘orang tua’ jadi watak utama?” selorohnya.
Melihat maklum balas positif daripada penonton, Yusry Abdul Halim mengakui terkejut apabila watak Datuk Muzaffar berjaya memikat hati ramai termasuk golongan muda.
“Saya terkejut sebab tidak sangka pula ramai suka dengan ‘orang tua’. Saya pun tidak faham tapi mungkin kerana mereka suka watak yang dibawa oleh Datuk Muzaffar iaitu seorang lelaki yang sangat penyayang.
Saya senang sekali dapat membawa watak ini,” katanya.
Sebelum menerima tawaran berkenaan, Yusry terlebih dahulu berbincang dengan Lisa Surihani. Baginya, peluang tersebut hadir sebagai satu rezeki yang tidak patut dilepaskan.
Beliau juga melihat tawaran itu sebagai peluang untuk membuktikan bahawa pelakon senior masih relevan dan mampu memikul tanggungjawab sebagai teraju utama sesebuah drama.
“Saya berbincang dengan isteri, orang selalu cakap artis lama tak diberikan peluang jadi apabila saya dapat tawaran tersebut, saya rasa saya perlu lakukannya.
Watak ini menjadi akhirnya. Ini rezeki daripada Allah SWT, kita tak pernah rancang atau minta,” ujarnya.
Menurutnya, penonton masa kini juga semakin matang dalam menilai sesebuah karya dan tidak lagi melihat faktor usia sebagai penghalang untuk menikmati persembahan berkualiti.
“Pada saya ada ruang untuk pelakon-pelakon senior seperti saya untuk jadi watak utama. Kecomelan orang-orang berusia ini ada juga sebenarnya.
Penonton juga ada yang bukan dari seusia kami, malah budak-budak pun layan.
Kalau dulu kita selalu berkata, ‘kenapa Hollywood boleh, kita tak boleh?’ Tetapi akhirnya perkara ini menjadi terbuka di dalam industri kita, saya rasa penonton kita pun sudah matang,” jelasnya.
Di sebalik populariti yang kembali meledak, pengalaman menguruskan anak-anak tanpa Lisa Surihani di sisi ternyata memberi pengajaran yang cukup bermakna kepada Yusry Abdul Halim.
Bukan sahaja menguji dirinya sebagai seorang bapa, malah pengalaman tersebut membuka ruang untuk beliau lebih menghargai pengorbanan seorang isteri dan ibu yang selama ini menjadi tunjang utama dalam menguruskan keluarga.
Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak menjadi seorang yang cemerlang dalam akademik. Sehubungan itu ada yang sanggup menyediakan guru khas atau kelas tambahan agar anak berjaya dalam sebarang peperiksaan.
Namun, setiap anak itu perkembangannya berbeza dengan yang lain. Begitu juga dengan daya pemikirannya. Biarpun dilakukan segala usaha untuk gemilang dalam pelajaran, namun rezeki tidak menyebelahi diri.
Jika itu sudah ketentuan yang telah ditakdirkan dalam hidup, harus terima seadanya. Pasti ada hikmah sebaliknya.
Begitulah situasi yang dilalui oleh lelaki ini, Abu Hurairah Roslan bahawa hidup ini perlu menjadi orang yang bermanfaat dan berguna sebagaimana pesanan ibunya.
Katanya, gagal dalam pelajaran membuatkan dirinya keliru mengenai cita-cita. Suatu hari, telah bertanya kepada ibunya mengenai masa depannya, jawapan ibunya sungguh terkesan pada dirinya. Ibunya berpesan agar menjadi seorang yang berguna dan bermanfaat.
Lalu ia menjadi peganganya hingga kini. Seterusnya ikuti perkongsian lelaki ini.
Pesanan ibu yang simple tapi deep!
Masa belajar dulu, Saya berfikir bagaimana nak jadi orang pandai, sedangkan saya paling gagal dalam pelajaran.
Lalu, saya bertanya pada mak.
“Umi nak amat jadi apa besar nanti?”
Mak jawab simple.
“Jadi orang yang berguna. Yang bermanfaat”
Lalu, saya jadikan cita-cita mak sebagai kekuatan. Sebagai pegangan.
Dan berkat itu,
Saya jadi seorang tukang masak dan chef selama 10 tahun.
Pusing satu Malaysia dengan kuali dan senduk. Pusing eropah dan dapat pengalaman mengendalikan cafe di luar negara.
Ya.
Jika tiada cita-cita, jadilah orang yang bermanfaat dan berguna. Sampai bila-bila Tuhan akan bawa kita menjadi manusia yang begitu bermakna.
Dalam pada itu, para netizen juga mengunakan pendekatan begitu untuk memberi kata-kata motivasi kepada anak-anak mengenai masa depan.
Setiap ibu bapa ingin hidup bahagia dan sentiasa di sisi anak-anak. Namun kekangan masa dan kerjaya menyebabkan ada yang tidak berkesempatan untuk sentiasa bersama keluarga.
Bagi wanita bergelar ibu yang bekerjaya, jauh disudut hati diburu rasa bersalah bila mana mana anak-anak mengharap supaya mereka ada di sisi. demikian situasi yang dialami pelakon Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil.
Baru-baru ini, Abil berkongsi satu warkah menyentuh hati yang ditulis oleh anak perempuannya, Keisha Laila. Dalam warkah tersebut, Keisha menitipkan kata-kata memgharapkan Abil dapat pulang awal untuk bersamanya.
A letter from my gorgeous daughter.. Neighbours maksud dia,my room kan next to her! So every night dia akan dengar neighbour dia ni gelak kuat-kuat before sleep! Haha..
Actually bila abil baca surat ni, abil automatically jadi sedih sebab you know my job is not easy sebab MASA dalam hidup abil bersama family is never enough.
Abil berkorban banyak benda demi kerjaya abil..And i am blessed to have her in my life sebab dia very supportive and sentiasa memahami yang mummy dia selalu tak cukup masa untuk buat benda lain dalam hidup.
Warkah yang ditulis tangan oleh Keisha itu turut mengundang rasa sayu dihati Abil memandangkan dia sibuk dengan urusan kerja menyebabkan dia rasa dirinya bukanlah seorang ibu yang baik.
Kadang-kadang abil rasa abil failed as a mother sebab i’m always away..Always on set, less sleep, less time..That’s the hardest part being me..I really love you so much babykash..💕
Rata-rata yang membaca perkongsian tersebut meluahkan rasa sebak dan meminta supaya Abil terus kuat.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.