Menyambut kelahiran cahaya mata adalah kegembiraan buat semua ibu bapa. Segala kelengkapan dilakukan untuk meraikan anak.

Dalam Islam, terdapat beberapa amalan yang sunat dilakukan setelah kelahiran anak. Begitu juga yang dilakukan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal apabila anak keempatnya.

Pada hari ini iaitu hari yang ke 7, menerusi facebooknya beliau mengumumkan nama bayi barunya. Dalam pada itu, turut berkongsi amalan isterinya dalam tempoh kehamilan.

Semoga perkongsian beliau menjadi manfaat bersama.

Hari 7 Kelahiran Anak, Ustaz Don Umum Nama Dan Kongsi Amalan Semasa Isteri Hamil, Raih Perhatian Warganet.

Hari ke 7 kelahiran & pengumuman nama anak

‎السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُه

‎الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين

‎اللهُمَّ صَلّى عَلَى سَيِّدنا مُحَمَّد وَعَلَى آله

Sunnah-sunnah kelahiran anak, CHECK!!

  1. Bagi Nama
  2. Aqiqah

2 ekor kambing = Anak lelaki

1 ekor kambing = Anak perempuan

(Bagi anak lelaki, jika tak mampu 2 ekor, 1 ekor pun boleh. Sah sunat Aqiqah cuma xdpat pahala sunat 2 ekor.)

IKLAN
  1. Bercukur
  2. Amik rambut yg dicukuq, p kedai emas, timbang. Berat rambut tu, Convert dengan harga emas. Dapat jumlah, jumlah tu p sedekah kepada fakir miskin.
  3. Sambut lah kelahiran dengan alunan puji pujian kepada Allah Taala dan Pujian kepada Nabi Muhammad ‎ﷺ.

Ok.. Masanya sudah tiba. Jeng jeng jeng!

.‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

Saya Don Daniyal Bin Don Biyajid mengkhabarkan kepada semua bahawa anak lelaki saya yang lahir pada 11/02/2021 bersamaan 29 Jamadil Akhir 1442h, kami namakan nya DON YUNUS BIN DON DANIYAL. Jadi, nama penuh beliau ialah DON YUNUS BIN DON DANIYAL BIN DON BIYAJID BIN MUSTAFA BIN HAMIDON BIN ABDUL QAHHAR BIN SULAIMAN.

Saya memohon dengan keberkatan pada hari ke 7 anak ini, agar tuan tuan semua tolong doakan untuk dia agar menjadi anak yg soleh, penyejuk mata hati Ibu Bapak nya, beri dia ilmu yg bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya atas jalan Ahli Sunnah Wal Jama’ah asy-Sya’irah Maturidiyyah, rezeki yang luas dan halal dan lahir dari dia, zuriat keturunan yang memperjuangkan kalimah ‎لَا إلٰهَ إلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُول الله Serta pengakhirannya adalah husnul khatimah. ‎آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين

Terima kasih kepada semua yang sudi melalui hari hari bahagia kami sekeluarga. Menelusuri bersama-sama. Happy n seronok sama-sama dengan kami. Tak dak apa dari diri kami yang kerdil ni, melainkan kami doakan semua doa yang tuan tuan pohon untuk anak kami, doa itu semua dikembalikan kepada anak-anak zuriat tuan tuan jugak. آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .

‎AMALAN KAMI SEPANJANG ISTERI MENGANDUNG

Hari 7 Kelahiran Anak, Ustaz Don Umum Nama Dan Kongsi Amalan Semasa Isteri Hamil, Raih Perhatian Warganet.

Esk 17/02/2021 (hari ni) adalah hari ke 7 anak kami. Oleh ituuuu, esk إنْ شَآء الله kami akan share nama anak kami kepada semua dengan memohon dan mengharapkan doa dari semua untuk anak-anak kita semua supaya menjadi anak-anak husnul khotimah dan menjadi penyejuk mata kita. إنْ شَآء الله إنْ شَآء الله إنْ شَآء الله.

‎آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين

IKLAN

Boleh dak if, hari ni saya share apa play list yang keluarga kami dengaq setiap hari, dan bertambah kekerapan play bila mengandung? Boleh na?

Ok sebelom tu, saya ni tahap ‘cap ayam’ saja. Bukan level orang alim atau orang padu padu. Jadi ada la playlist ni. Kalau orang yang power2, tak pasai la nak ada playlist ni kan? Hahahhha.. Jadiiii~ perkongsian ‘cheq’ ni untuk level biasa-biasa ja. Sapa yang dh level tinggi terpulang la, sebab tuan tuan dh maqam tinggi. Ok. Disclaimer siap-siap.

Seperti dalam gambaq2 ataih ni kan, mai saya cerita satu satu pasai apa dengaq hat ni semua. Ada sebab…. ada sebab cheeeeqq…

.

Kenapa al-Quran xdak??

Al-Quran memang baca dalam rumah. Abati la kena baca. Takkan play pulak. Setiap hari. Paling kurang setiap malam. Haaaa… ni nanti saya share. Tapi kalau nak donlod dulu boleh. Free saja. Bacaan Dendangan Tidoq di @mazoudpodcast . Tang sini —> https://www.buzzsprout.com/1159988/5344273

Lagi 1, kalau Quran, bila dengaq, nak menyembang ka, nak melawak anak beranak rasa segan. Hahahahha… kan.. biasa la… setan kan. Time time kita dok nak buat baik, time tu la dia nak mai bg ada idea nak menyembang. Tak guna punya setan. Jadi kita tipu dia balik. Biaq padan muka dia. Dia ingat kita tak mau dengaq quran. Kita nak dengaq lagu, tau tau silap aaaa. kita dengaq Qasidah. Puji Allah n puji Nabi Muhammad ‎ﷺ. Hahahhahah padan muka kau setan.

1. Ok, dalam list tu, ada Ya Badratim. Ini lenggok dia, anak anak suka. Kita pun layan. Puji Nabi Muhammad ‎ﷺ pun ada, rentak pun layan. Ok onz.

IKLAN

2. Lps tu ada Medley ni sebagai pembuka selera kepada qasidah lain. Kan bila balun skali sampai 4 5 qasidah dalam 1 rentak, jadi kita alert. Anak-anak pun akan sedaq. aiihh mcm biasa dengaq la. haaaa.
Alaaah, mcm dalam cerita Mujhse Dosti Karoge. Kan ada 11 lagi dia medley skali semua. Sedap pun sedap, layan pun layan, alert pn alert. Sekali arung…

3. Lps tu kan ada Ya Hanana. Hat ni kalau orang Malaysia tapi x dengaq, kacau laaa… kan?? Puji Nabi Muhammad ‎ﷺ tahap padu ni… Nak habaq kat anak-anak bahawa untung jadi umat Nabi Muhammad ‎ﷺ. Untung ada Nabi Muhammad ‎ﷺ dalam hidup kita.

4. Ada al-Madad. Hati ni hangpa kena dengaq yg versi ni. Syempoii.. layan. Anak kami menari teruih.

5. Ya Habibi ni padu.. isteri kami dengaq, sekali ja, teruih dia lalu kat mulut. Nakhaaaaiiii~ melekat teruih.

6. Lepaih tu ada اني احب محمدا, hat ni kami pasang setiap pagi sebagai lagu roll-call anak anak nak bangun. Rancak n puji Nabi Muhammad ‎ﷺ . Mmg style teroks.. Dengaq ni kira bangun2 teruih snap snap jari cerita dia. Yang Sulaiman siap beat box kot…hahahahah.. layan…

7. Ingat tau, ni level level kita ja. Bukan level wali. Ok. Jangan dok buat warak sangat. Warak kalau tak layan la IG… hahahhahah… kita ni level bawah.. mengaku ja. Sebab kita level bawah la kena ada hat jenih jenih lagu ni. Supaya walau teruk level iman kita, tapi still nak puji Nabi Muhammad ‎ﷺ jugak. Kan?

8. Ya Asyiqal hat brader ni, syempoi.. sora dia level kita boleh tiru. Jadi kalau lps ni nak buat Ya Asyiqal boleh. Jangan la level Nisa Sibyan nu… tinggi… sora pecah kalau kita bawak.. hahahahha.. malu kat anak-anak kalau buat tak jadi… hahahahha cover baik punya.

9. Alfa SolaLLAH ni syempoi. Memang skali dengaq, teruih lekat. Padu piang punya.

10. Natawasa bil Hubaba ni lagu puji siti Khadijah RA tau. Jangan dok buat tak tau. Org pertama terima Islam dari mulut Nabi Muhammad ‎ﷺ. Hat ni pun menyaghiitt!!! Syempoi baq hang… kena dengaq. Nnt nak p Mekah, nk p Ma’la, kena tau nak puji tuan dia. Kan?

11. Ok. Yang tajuk Barzanji ni, hat ni kompilasi ada 3 kitab maulid BARZANJI, MAULID AD-DAIBA’I dan SIMTUD DURAR. Dari anak no 3 sampai anak no 4, mmg masa dok dalam bilik masa menunggu kelahiran tu masa bukaan 3cm 4cm, mmg dengaq yang ni. Ulang ulang ulang tak berenti. Dia 2jam 1/2 kan skali baca semua. Ha, bayang la sehari sampai 12x pasang. Sbb nak sambut kelahiran. Mohon dengan keberkatan Nabi Muhammad ‎ﷺ.

Ok habis…. selamat mendengaq. Jenuh Penat tulih kot handphone ni.hahahha Semoga ada barakah. Berkat Nabi Muhammad ‎ﷺ. Ya Rasulullah ﷺ kami cinta Kamu.

Sumber: Don Daniyal Don Biyajid

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI