Berdepan dengan kedegilan anak-anak kadang kala boleh buat mak ayah buntu dalam mendidik. Pelbagai ragam anak-anak mengundang rasa marah mak ayah. Kesabaran pun mulai tipis.
Tips dikongsikan oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah ini mungkin boleh diamalkan oleh mak ayah. Kita usaha mana yang termampu.
1. Pastikan anak makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar.
Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.
5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplemen yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak surah Al-Fatihah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika atau sekolah.
Ads
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibu bapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.
Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.
Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
Ads
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
Ads
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatihah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Sumber : Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau Tanam Pokok Ketumbar Jawa Tapi Daun Tak Lebat Dan kurus, Guna Teknik Potongan Ni.
Khasiat pokok ketumbar jawa untuk kesihatan dan masakan menyebabkan ramai yang suka menanam pokok ini.
Tapi menyedihkan ada pokok ketumbar jawa yang ditanam dan dijaga tidak hidup dengan subur.
Bagi yang ada masalah yang sama mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Shariffuddin Ar Lambensa ini
Untuk memastikan pokok subur setelah berbunga potong pokok ketumbar jawa. Cara ini akan membuatkan pokok merimbun dan sentiasa tumbuh pucuk baru.
“Bunga akan jadi biji benih kalau di biarkan masak di pokok. Cuma saya bagi info di sini kalau kita nak pokok sentiasa berdaun dan merimbun. Potong bunga baru keluar tu. Supaya nutrin supply ke pokok.”
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Supaya pokok ketumbar jawa daun lebat dan banyak.
1.Pastikan pokok ketumbar Jawa sudah menghasilkan bunga.
2.Setiap kali pokok ketumbar jawa menghasilkan bunga,pastikan bunga di potong. Barulah daun jadi kat ‘kurus’ dan makin menjadi ‘gemuk-gemuk’.
Bunga yang di potong boleh di jadikan ulam. tapi potong bunga ketika masih muda. Ketika ini bunga tak tajam dan daun lembut.
Walaupun ada yang kata bunga adalah benih tapi kalau nak sentiasa ada daun banyak bunga potong. Anak pokok masih naik lagi dari induk pokok lagi banyak.
4.Apabila pokok berbunga pertumbuhan menjadi pelahan. Apabila bunga ketumbar jawa di potong ianya akan menghasilkan anak-anak pokok yang merimbun dan sentiasa ada pucuk baru muncul di setiap pokok.
Jangan lupa membaja sekali setiap minggu sebagai nutrin pemakanan pokok. Baja kopi pun boleh.
Tidak dinafikan sepanjang tempoh PKP ini, ramai antara kaum ibu menjadikan ruang dapur sebagai sebuah ruang yang paling sibuk di dalam rumah.
Paling tidak, dalam sehari akan memasak tiga hingga empat kali untuk menyediakan hidangan seisi keluarga.
Memasak juga dianggap suatu perkara yang menyeronokkan dan terapi buat kaum ibu lakukan ketika musim PKP ini.
Pun begitu, biarpun ramai yang rajin memasak tapi bab mengemas dapur ada pula yang terasa letih untuk lakukannya. Ini sekali gus kerja seperti mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya bertangguh dan sekali gus menjadikan keadaan dapur tidak terurus dan berselerak.
Jadi, bagi menyuntik inspirasi dan semangat untuk lebih rajin mengemas, apa kata kita baca perkongsian daripada seorang bapa tunggal yang mempunyai 3 orang anak ini.
Antara benda yang aku paling malas, namun aku paksa diri buat setiap malam adalah kemas dapur.
Kenapa aku paksa diri?
Sebab, dapur ni menentukan mood aku esok pagi. Kalau bangun pagi pergi dapur dan tengok segala mangkuk pinggan dalam sink dan segala mak nenek benda ada atas table top tu maka aku terus hilang mood.
Bukan setakat hilang mood, stress pun ada, malas pun ada dan meluat pun ikut serta.
Mood pagi biasanya akan menentukan mood kita seharian. Jadi sebolehnya aku nak mood pagi aku best-best sahaja. bangun pagi ke dapur nampak semua kemas elok maka semangat sikit nak buat breakfast, semangan nak plan masak apa, semangat sikit nak mulakan hari.
Anak-anak bangun dan terus sepahkan living room tu pun aku cool jer sebab mood aku baik. Tapi kalau dapur berselerak dan budak-budak tu tambah lagi sepah maka beranginlah aku hari tu.
Dapur ni bagi aku adalah nadi sebuah rumah atau ibarat “engine room” bagi sebuah kapal. Kalau yang ni semua ok, Insha-Allah yang lain ikut ok.
Sebab tu walaupun malas tahap tak boleh bincang dah atau aku tertidur awal, aku akan bangun malam dan gagahkan diri turun ke bawah dan kemaskan jugak.
Setiap perkahwinan pasti mengimpikan kemanisan kasih sayang dan bahagia yang berpanjangan dalam rumah tangga. Bahagia itu ialah ketenangan dalam hati yang dikurniakan Allah SWT manakala mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan) kurniaan Allah SWT.
Setiap kita harus mempertahankan rumahtangga hingga kekal ke hujung usia. Ada caranya untuk bahagia selain berdoa.
Ikuti 8 panduan ini yang bermanfaat untuk suami isteri memperbaharui kasih sayang terutama yang sudah lama berkahwin.
Puji dan peluk
Setiap pasangan perlu saling memuji dan menghargai antara satu sama lain, terutamanya dalam semua aspek kehidupan. Juga setiap pasangan suami isteri hendaklah meluahkan kecintaan melalui pelukan yang mesra antara satu sama lain kerana pelukan berkenaan kasih sayang berterusan.
Solat berjemaah
Selepas bangun awal dan membersihkan diri, anda dan pasangan juga akan mempunyai banyak peluang untuk solat berjemaah bersama-sama. Jika suami ke masjid untuk solat subuh, bolehlah anda membantu menyiapkan baju dan menghantarnya ke pintu. Jika solat bersama, hubungan antara suami dan isteri lebih utuh. Selalunya, kita akan saling bersalaman dan bermaafan selepas solat. Ia memberikan keberkatan dan kemanisan dalam hubungan suami isteri.
Penghargaan
Pasangan mana yang tidak suka apabila setiap kelakuan dan perbuatan dihargai, jadi amalkan penghargaan kepada pasangan supaya pasangan tidak merasakan terpinggir, walaupun nampak ringkas tetapi sebenarnya ia membawa makna mendalam perhubungan.
Nostalgia dating
Gambar sekadar hiasan
Kembalikan nostalgia ketika kali pertama keluar dating. Aktiviti sebegini dapat membantu mengembalikan momen terindah yang pernah anda dan pasangan lalui dahulu. Barulah terasa pemikiran anda dan pasangan positif sambil dibuai momen sweet!
Perhatian
Sentiasalah memberikan perhatian yang khusus terhadap pasangan agar pasangan tidak diabaikan.
Pergaulan
Menjaga batas-batas pergaulan dengan orang lain bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham, menimbulkan perasan tidak selesa seterusnya boleh menimbulkan keretakan rumah tangga.
Buat kejutan
Asyik isteri je bangun pagi dan perlu memasak sarapan untuk keluarga. Di sebelah tengah hari pula perlu membasuh pakaian dan mengemas rumah. Apa kata, si suami juga bangun awal pagi dan bantu isteri menyediakan sarapan di dapur. Aktiviti sebegini membantu mengeratkan lagi hubungan anda bersama pasangan. Mulakan hari anda dengan aktiviti positif di rumah.
Ucapan rindu
‘I love you’ adalah perkataan ajaib dan ungkapan romantis ini mampu memberi semangat kepada pasangan setiap kali dilafazkan dengan nada yang lembut. Jangan lupa cakap ‘I love you‘ kepada pasangan sebelum pergi ke tempat kerja dan setiap kali sebelum tidur. Pasangan anda juga akan menyedari bertapa berhargai dirinya dan terasa disayangi. Barulah setiap rutin harian anda akan jadi positif!
Moga perkahwinan bahagia sehingga akhir hayat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.