Ads

Anak Belajar Erti Hidup daripada Apa yang Ibu Bapa Tunjukkan

Kita ajar anak bercakap baik, hormat orang tua, rajin belajar, jangan mudah marah dan sentiasa buat perkara yang betul.

Tetapi sebenarnya, anak bukan hanya belajar daripada apa yang kita cakap malah mereka juga belajar melalui apa yang mereka lihat setiap hari.

Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), kanak-kanak belajar dengan memerhati orang di sekeliling mereka, terutama ibu bapa.

Apabila mak ayah menunjukkan adab yang baik, cara mengawal emosi dan tingkah laku yang positif, anak turut belajar melakukan perkara yang sama.

Sebab itu, kadang-kadang contoh yang kita tunjukkan lebih kuat daripada nasihat yang kita ulang berkali-kali.

1. Anak Perhatikan Cara Kita Bercerita dan Bertindak

AAP menyarankan ibu bapa menunjukkan sendiri cara yang sihat untuk mengendalikan rasa marah atau kecewa.

Contohnya, dengan menyatakan perasaan secara tenang atau menunjukkan cara menenangkan diri apabila emosi mula memuncak.

2. Nilai Hidup Juga Boleh Ditunjukkan

Perkara yang sama boleh dilihat sebagai contoh melalui perjalanan hidup Tun Dr. Siti Hasmah Binti Mohd Ali.

Ads

Beliau bukan sahaja dikenali sebagai isteri Tun Dr Mahathir Bin Mohamad, tetapi membina kehidupan dan legasinya sendiri dalam bidang perubatan, kesihatan ibu dan anak serta khidmat masyarakat.

Menurut Perdana Leadership Foundation, Tun Siti Hasmah merupakan antara wanita Melayu terawal yang menceburi bidang perubatan.

Pada 1965, beliau menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Bahagian Kesihatan Ibu dan Anak Kedah sebelum menjadi Pegawai Kesihatan Ibu dan Anak Negeri pada 1974.

Beliau juga terus aktif belajar sepanjang usia. Pada usia lanjut, Tun Siti Hasmah mempelajari bahasa Perancis dan alat muzik erhu, selain mempunyai minat terhadap violin dan piano.

Daripada situ ada satu perkara yang boleh kita ambil sebagai ibu bapa. Anak boleh melihat bagaimana mak ayah bekerja, belajar, melayan orang lain dan menjalani kehidupan sendiri.

3. Kalau Mahu Anak Rajin, Tunjukkan Nilai Usaha

Ads

Ia tidak semestinya belajar di universiti. Mungkin membaca buku, mencuba resipi baharu, belajar menggunakan teknologi, berkebun atau mendalami kemahiran baru.

Apabila anak melihat ibu bapa tidak takut belajar dan mencuba, mereka turut mendapat mesej bahawa proses belajar tidak berhenti selepas walaupun telah tamat persekolahan.

4. Kalau Mahu Anak Hormat Orang, Mulakan Di Rumah

Cara kita bercakap dengan pasangan, ibu bapa sendiri, jiran atau pekerja kedai semuanya boleh menjadi contoh yang baik kepada anak.

Mereka mungkin belum memahami semua yang berlaku, tetapi mereka memerhati dan memproses tingkah laku untuk diikuti.

AAP sendiri menekankan bahawa ibu bapa boleh menjadi model kepada tingkah laku yang mahu dilihat dalam diri anak.

Ads

5. Tak Perlu Jadi Ibu Bapa Yang Sempurna

Malah AAP mengingatkan bahawa apabila ibu bapa tersalah mengendalikan sesuatu keadaan, mereka boleh mengambil masa untuk bertenang, meminta maaf kepada anak dan menunjukkan bagaimana kesilapan boleh diperbaiki.

Anak cuma perlukan orang dewasa yang sanggup belajar dan memperbaiki diri bersama mereka, itu sudah memadai.

Apa Yang Kita Buat Hari Ini Mungkin Mereka Bawa Sampai Ke Dewasa

Kadang-kadang kita terlalu risau sama ada anak mendengar setiap nasihat yang diberi. Hakikatnya, banyak perkara yang mungkin sedang mereka simpan tanpa kita sedari.

Cara ayah melayan ibu, cara ibu membantu orang lain, cara keluarga bercakap apabila ada masalah dan an cara mak ayah terus menjalani hidup dengan penuh usaha dan rasa ingin belajar.

Kerana mungkin itulah pelajaran yang paling lama mereka bawa apabila sudah dewasa nanti.

BACA LAGI: Garang Ayah Jangan Buat Main-Main! Rupanya Anak Belajar Banyak Perkara Tentang Kehidupan Berbanding Ibu

Sumber: American Academy of Pediatrics (AAP) & Perdana Leadership Foundation

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Tun Siti Hasmah! Ini Sebab Istimewa Masjid As-Syarif Dipilih Untuk Urusan...

Tun Siti Hasmah sering bersedekah kepada Masjid As-Syarif setiap Jumaat. Rupanya ada sebab istimewa masjid itu dipilih untuk urusan jenazahnya.