Jimat Kos Dan Masa! Buat Kek Oreo Dengan 2 Bahan Sahaja Pun Dah Sedap Dan Moist

Share

Anak-anak suka makan kek? Sekarang ibu-ibu tak perlu risau dan pening nak buat kek kerana hanya menggunakan 2 bahan sahaja dah siap.

Dengan resipi yang dikongsikan oleh Farah Najwa Zainudin

anda tidak perlu bertungkus-lumus di dapur untuk menghasilkan kek yang sedap dan lembut. Bukan itu sahaja, kek oreo ini juga sangat sesuai untuk dinikmati bersama sos coklat cair.

Kek Oreo 2 Bahan

Bahan-Bahan: 

  1. Oreo
  2. Susu full cream

Cara-Cara:

– Hancurkan Oreo.

– Isi susu full cream sikit.

– Kacau sampai sebati. Kalau rasa kurang susu tambah sikit. Tapi jangan sampai cair sangat.

– Dah sebati masuk dalam bekas, salut marjerin dan tepung supaya tak melekat.

 

– Kukus dalam 20-30minit.

Sumber: Farah Najwa Zainudin

IKLAN