Anak-anak suka makan kek? Sekarang ibu-ibu tak perlu risau dan pening nak buat kek kerana hanya menggunakan 2 bahan sahaja dah siap.
Dengan resipi yang dikongsikan oleh Farah Najwa Zainudin anda tidak perlu bertungkus-lumus di dapur untuk menghasilkan kek yang sedap dan lembut. Bukan itu sahaja, kek oreo ini juga sangat sesuai untuk dinikmati bersama sos coklat cair.
Setelah dua tahun kita berperang dengan wabak Covid-19, barulah dapat merasai betul-betul nikmat ramadan. Antaranya solat terawih yang tak perlu dijarakkan, kedai mamak boleh dibuka 24 jam untuk orang sahur, tidak ketinggalan peniaga bazar ramadan yang dua tahun terpaksa tangguh berniaga kini di sambut meriah orang ramai sampaikan peniaga boleh tutup gerai awal dek ‘serangan’ dah lama tak ke bazar.
Sebut tentang bazar ramadan ni, ada beberapa menu wajib bila datangnya bulan ramadan menjadi tumpuan orang ramai, antaranya air yang bermacam aneka pilihan, ayam percik, kuih muih, murtabak dan roti john.
Kalau ahli keluarga tak ramai, sesekali nak berbelanja kat bazar apa salahnya, kan? Yang mana anak ramai dan nak memenuhi citarasa semua orang, agak ‘kopak’ sikit duit mak ayah kan.. Yang mana menu kita boleh buat sendiri di rumah, apa kata buat sendiri je. Lebih berbaloi kan? Misalnya seperti roti john yang kami kongsikan ini!
Tak perlu dah nak beratur panjang-panjang untuk roti john, buat sendiri je. Rasa nak makan kuih lain, boleh la singgah ke sana lepas masak ni kan? Nak tahu buat macam mana, jom rujuk resepi dan cara-caranya di bawah. Selamat mencuba!
ROTI JOHN HOMEMADE
Bahan-bahannya:
Bawang merah – potong dadu
Bawang putih – potong dadu
Rempah kari (campur air)
Daging atau ayam cincang atau daging burger
Sosej – (jika perlu)
Garam
Lada sulah
Daun sup/bawang – hiris
Telur
Roti frankfurter
Mentega
roti john
Cara-caranya:
1. Untuk membuat inti roti John, tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan rempah kari, daging cincang dan sosej beserta garam dan lada sulah. Kuantiti bahan agak-agak saja. Kalau rata sehingga masak dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk, pecahkan telur dan masukkan juga daun sup atau daun bawang. Kacau.
3. Masukkan bahan inti yang dimasak tadi dalam bancuhan telur. Kacau.
4. Panaskan kuali leper/pan. Belah dua roti jangan sampai putus, sapukan mentega dan terus tekap atas kuali. Biarkan sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
5. Dalam kuali/pen yang sama, cairkan sedikit mentega kemudian tuangkan bancuhan telur bersama inti tadi.
6. Tekap roti ke atas telur.
7. Agak-agak telur dah masak, terbalikkan.
8. Ini hasilnya bila dah siap tekap dengan inti tadi.
9. Letakkan mayonis dan sos cili. Nak letak timun, salad pun boleh.
Perasan tak, kalau kita pergi ke pasar malam bersama keluarga dan lalu di gerai yang sedang menggoreng ayam berempah, baunya memang harum. Serta merta boleh buat kita beraasa lapar.
Andai ada pula yang teringin, apa kata kita buat sendiri menu Ayam Goreng Berempah untuk santapan seisi keluarga.
RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH MEKZA
………………………………………………………… BAHAN:
1/2 -1 ekor ayam potong (12-14)
7-10 btg serai (potong dan kisar)
3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
4biji bawang merah (kisar)
3ulas bawang putih (kisar)
2-3 sdb Chili flake
2sdb jintan manis (sangai dan kisar kasar)
2sdb jintan putih (sangai dan kisar kasar)
1sdb ketumbar (sangai dan kisar kasar)
1-2sdb tepung beras @ tepung jagung (mana-mana sahaja)
1-2 inci Halia (kisar)
Serbuk kari daging (agak-agak)
Daun kari
Kiub pati ayam @ garam
Serbuk kunyit
(kalini saya tak letak lengkuas macam biasa yang saya buat)
CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan yang perlu dikisar, satukan semua bahan diatas dan gaul bersama ayam.
2. Perap dalam 1/2 jam .(kalau nak cepat tak payah perap pun tak apa).
3. Goreng dengan api yang kuat, minyak yang penuh. Minit last perlahankan api, warna dah menarik bolehlah diangkat.
“Ni cara mekza ye, kalau nak ikut..ikutlah…tak nak ikut pun takpe..ikut cara masing-masing.”
sumber : Tengku RosElyza Raja Muhammad Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat peminat stimbot sudah tentu ada restoran-restoran tertentu yang menjadi pilihan kan? Setiap restoran ada kelebihan masing-masing. Sama ada kuah yang sedap atau pilihan makanan yang banyak, pilihan restoran mengikut citarasa sendiri.
Ada juga yang sukakan sesetengah restoran stimbot di mana kita boleh buat sendiri sos cicah untuk membangkit selera ketika makan. Satu perkara yang buat kita jarang untuk makan di restoran stimbot kerana harga makanan yag lebih sesuai dimakan ketika sedang gaji.
Apa kata buat stimbot sendiri di rumah? Modal lebih kurang seperti seroang makan di restoran tapi lebih banyak yang kita boleh nikmati. Puas hati! Kalau teringin nak buat stimbot sendiri dan makan ala-ala di Sukiya, apa kata belajar cara buat sos sedap seperti di restoran itu?
Senang rupanya nak buat sos sedap itu, yang penting kena ada bahan rahsia iaitu sos Kewpie Roasted Sesame!
Ikut resipi yang dikongsikan oleh MasakwithMeen ini:
Bahan-bahan:
2 sudu bawang putih
2 sudu daun ketumbar
2 sudu daun bawang
2 sudu cili padi
Kewpie Roasted Sesame dressing
Cara membuat:
1. Semua bahan dicincang halus-halus.
2. Campurkan bawang putih, daun ketumbar dan daun bawang. Masukkan juga cili padi yang ditumbuk hancur.
3. Kemudian bolehlah tuangkan sos Kewpie Roasted Sesame dan kacau sebati.
4. Boleh juga nak letakkan sedikit minyak bijan atau minyak cili di atas sos ini. Baunya akan jadi lebih harum.
Tengok video untuk resipi;
Senang betul kan? Bolehlah cuba buat. Memang berselera makan stimbot dengan sos ni. Biarpun ringkas tapi kalau dah dibuat sos pencicah memang makan bertambah-tambah. Selamat mencuba!