Mungkin ramai yang ingin mencuba buat sendiri sos ini tetapi tidak ada resipi.Sos cili pencicah thai memang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang masam manis dan tidak telalu pedas, pastinya juga turut digemari oleh anak-anak. Cukup enak dan sesuai sekali dimakan dengan cucur udang ataupun keropok lekor.
Jangan bimbang,admin Keluarga berkongsi resepi Puan Alawiyyah Hamilludin Nordin yang berjaya buat sos pencicah thai ni ala-ala sama macam home made!
Selain air tangan sendiri untuk ahli keluarga anda, mana tahu jika menjadi boleh dibuat bisnes kerana caranya cukup mudah dan rasanya sedap! Jom tengok bahan apa yang anda perlu sediakan
Bahan-bahan:
3 Ulas bawang putih dikopek kulit
2 cili merah (kalau nak lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah)
1/2 cawan gula pasir
Ads
3/4 cawan air
1/4 cawan cuka
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 susu besar air.
Cara-cara:
Ads
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak bahan yang dikisar tersebut dengan api yang sederhana.
3. Apabila mula mendidih masukkan cairan tepung jagung dan kacau sehingga ia masak dan kelihatan likat. Sos perlu sentiasa dikacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
Benar anak itu rezeki, namun untuk membesarkan anak pelbagai cabaran yang kena hadapi.
Ia termasuk kewangan, kualiti masa, karenah anak dan kudarat membesarkan anak.
Tak kisah anak ramai atau sedikit, setiap orang punya alasan sendiri.
Sebagaimana perkongsian wanita ini, dia meluahkan struggle dalam membesarkan anak.
Ikuti perkongsian ini.
Ada yang bertanya, “Tak nak tambah lagi?”
Dengan Safa yang nak masuk 6 tahun, dan dua-dua anak kami adalah perempuan, bukan tiada yang berkata-kata supaya mencuba dapatkan anak lelaki. Lama dulu lagi dah ada yang tanya.
Saya sedar pertanyaan ini tiada niat jahat. Sekadar berbasa-basi, kata orang. Saya maklum.
Cuma, bagi siapa yang dah lama ikuti FB saya, mungkin tahu akan pendirian kami berkenaan jantina anak dan bilangan anak itu sendiri.
Pertama, kita tidak dapat memilih jantina. Kedua, lelaki atau perempuan, dua-dua rezeki. Ketiga, kuantiti tidak menjamin kualiti. Seorang, dua orang, lima orang; tiada satu pun jaminan kualiti.
Dua-dua jantina ada kelebihan, ada kekurangan. Tapi dua-dua jika direzekikan, bukanlah kejayaan yang wajar dibangga-banggakan; kerana zuriat ini tanggungjawab dan ujian kepada kita. .
Saya sentiasa kagum melihat keluarga besar, yang ibunya gembira dikelilingi anak yang ramai.
Saya juga kagum melihat para bapa yang masih mampu menyara keluarga, sedangkan diri sendiri tidak lagi menjadi yang utama.
Kerana saya dan suami – struggle.
Kami sedar, semua orang pun susah. Orang kaya ada susah dia, orang miskin ada susah dia.
Walaupun cuma dua, kami pun penuh dengan kerisauan, penat, adakala rasa putus asa.
Anak-anak ini wajib diberi makan setiap hari, dijaga ketika sihat apatah lagi sakit, diawasi keselamatannya, diperiksa telinganya, dipotongkan kuku dan rambutnya, didengari tiap keluh-kesah dan menjawab rasa ingin tahu mereka.
Dengan silibus sekolah yang memeningkan, sistem penggiliran yang tidak lagi melengkapi apa yang tertinggal, cabaran gajet yang meningkatkan ‘instant gratification’ dan menurunkan daya fokus, bukan mudah membesar dan mendidik anak-anak zaman sekarang supaya tidak tersasar.
Itu belum lagi soal sakit bersalin, kos bersalin, tempoh berpantang, menyusukan, dan sakit-sakit lain yang timbul selepas melahirkan.
Tulang berbunyi, sakit pinggang, gigi menguning, rambut gugur, lemak tak turun. Banyak yang hanya ditanggung oleh si ibu walaupun anak itu hasil dua hati. Trauma bersalin adalah benar, tuan puan.
Jadi pada kami, tambah anak itu bukan cuba-cuba.
Ia perlukan kemahuan, persediaan, perancangan masa hadapan, dan banyak sisi lagi.
Buat masa ini, kami selesa berempat. Waktu berjalan, ibu pimpin seorang, abah pimpin seorang. Waktu sakit, ibu jaga seorang, abah jaga seorang.
Yang kami harapkan ketika ini adalah kesihatan dan punca rezeki yang baik, supaya dapat meneruskan hidup tanpa menyusahkan sesiapa hatta ibu-ibu dan adik-beradik kami. Itu sahaja.
Sesungguhnya, menjalani tiap hari itu lebih utama berbanding kami menambah ahli keluarga ketika zaman pandemik ini. Not now, not yet. Physically, emotionally, financially.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Bukan mudah bergelar pelajar dalam masa yang sama memegang status isteri. Namun, wanita bernama Fyna Zailani membuktikan sebaliknya.
Dalam satu perkongsian di laman Twitternya, Fyna yang memuat naik beberapa keping gambar kejayaan yang diperoleh dalam tahun 2019. Antaranya termasuklah berkahwin, hamil serta menerima Anugerah Naib Canselor.
2019 been a good year for me so far. He is the best of all planners ❤️
1. Get married
2. Travel with my fav guy
3. Get pregnant
4. Graduated with VCA for my degree
Bukan sahaja pada tahun ini, Fyna juga turut memberitahu pernah mendapat keputusan cemerlang sehingga menerima anugerah yang sama ketika menuntut di peringkat Diploma di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menikmati biskut sarang semut memang enak tapi hendak menyediakannya agak leceh.
Maklumlah, adunan perlu disagat terlebih dahulu untuk mendapatkan tekstur biskut yang diingini.
Cara ini memang memerlukan masa untuk disiapkan.
Pun begitu, perkongsian daripada wanita ini rupanya ada trik yang boleh dilakukan untuk menyiapkan biskut sarang semut ini dengan pantas.
Hanya beberapa minit sahaja, adunan sudah siap seperti ‘tersagat’ namun siapa sangka peralatan yang digunakan hanyalah dengan penapis.
Bagaimana caranya itu, jom baca perkongsiannya.
Tetiba teringin biskut sarang semut..buat 1 adunan je pun..
Kalau nak cepat buat biskut ni tekan je adunan tu kat penapis tak yah parut² atau sagat² lambat..
Guna penapis 3 kali tekan je siap..pastu boleh la pg masak nasi ke..basuh kain ke kann
Gaul adunan sampai jadi doh kemudian boleh tekan pada penapis,cedok masuk paper cup n tabur hiasan ikut suka..bakar 160 drjh clcs sampi masak( dlm 5 minit gitu..jangan garing sangat nanti kuih tak cantik)
sumber : Zie Rozie via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perjalanan IVF Madammu yang menelan kos hampir RM200,000 akhirnya berakhir dengan kebahagiaan apabila dikurniakan Ahmad Kayden selepas hampir sembilan tahun menanti zuriat.