Menghasilkan sendiri minyak urut untuk digunakan bagi kegunaan keluarga sebenarnya amatlah mudah.

Hanya dengan menggunakan bahan yang mudah didapati seperti bawang putih umpamanya dengan gabungan beberapa bahan lain, minyak urutan sudah boleh digunakan. Bukan sahaja untuk urut bahagian tubuh, tapi turut bermaanfaat untuk redakan batuk. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Yatie Eimra. Jom ketahui lanjut untuk menghasilkannya.

MINYAK BAWANG PUTIH + SIRIH

Minyak Bawang Putih, First Aid Herbs Wajib Ada Dirumah!
Masa anak & suami batuk teruk tempoh hari, selain makan ubat & jaga pemakanan saya gak selalu urut dada & belakang badan gunakan minyak bawang putih.

Sebelum ni bila Fydh batuk teruk, saya gunakan minyak bawang putih (+daun salam), dan layurkan daun sirih untuk diletak pada dada anak. Tapi sebenarnya bukan semua orang serasi gunakan cara layurkan daun sirih ni.

Pertamanya, bagi anak yang kulit sensitif, daun sirih tadi akan menyebabkan ruam-ruam, gatal-gatal pada kulit.

IKLAN

Fydh ni sendiri pun tak boleh letak lebih dari 30 minit.. Kalau tak, memang akan jadi ruam dan gatal pada bahagian lekapan daun sirih.

Daun sirih ni sifatnya panas. Tak semua serasi/tahan panas daun sirih ni nak-nak kalau layurkan sirih dan gunakan minyak panas/telon. Sebab tu sebaiknya gunakan minyak bawang putih/balsam bayi yang sederhana/tak terlalu panas untuk anak kecil.

Kalau korang pernah baca post saya tentang ayat-ayat syifa’ sebelum ni, saya ada ceritakan yang mana saya dah mati akal & tak tahu nak buat apa untuk kurangkan batuk anak (walaupun dah makan ubat, batuk tetap non stop). Sebagai ikhtiar terakhir, saya gorengkan daun sirih dalam minyak bawang putih. Saya syukur sangat sebab anak serasi dengan minyak bawang putih yang dicampurkan daun sirih dan batuk mula beransur-beransur berhenti tak lama lepas tu..

Baru-baru ni disebabkan 1 rumah dah berjangkit demam dan batuk, saya buatkan stok minyak bawang putih untuk kegunaan seisi keluarga. Macam biasa jugak, saya gunakan cara menggoreng hirisan bawang putih dalam minyak zaitun dengan api yang sangat perlahan. Bila buat minyak bawang putih, saya memang wajib tambahkan daun salam gak sebab sangat-sangat membantu dalam masalah berkaitan pernafasan. Kali ni saya tambahkan bahan ke-4 iaitu daun sirih yang telah diramas-ramas. Daun sirih memang elok untuk meredakan selesema, batuk, asthma, sesak dada dan jugak sakit perut (masalah pencernaan).

IKLAN

Alhamdulillah, bila gunakan minyak ni memang nampak perubahannya lebih cepat. Bila anak/suami terbatuk-batuk jer, saya sapukan jer minyak ni pada dada dan belakang badan (sebaik-baiknya urut sikit), batuk pun kurang secara beransur-ansur. Sebelum tidur malam pun, sapukan dulu minyak ni pada bahagian dada, belakang dan juga tapak kaki.. InsyaAllah anak tak batuk teruk sangat tengah-tengah malam (selalunya batuk jadik lebih teruk waktu tengah malam sebabkan suhu yang lebih sejuk & posisi berbaring – kahak terkumpul banyak pada paru-paru)

Kalau ada yang alami masalah batuk berterusan dan nak cuba buat minyak bawang putih dengan daun sirih, ni saya sertakan resipinya.. Mudah²an dapat dimanfaatkan bersama.. Apa-apa pun penyakit kita/anak, jangan lupa berdoa & minta kesembuhan padaNya sebab Allah jugalah yang Maha Menyembuhkan & kita sekadar berusaha (makan ubat, ikhtiar secara alternatif, dll).

Bahan-bahan:
1 cawan (250 ml) minyak zaitun (sy guna extra virgin olive oil)
1 labu bawang putih
1-2 helai daun salam (segar/kering)
5-7 helai daun sirih diramas

IKLAN

Minyak Bawang Putih, First Aid Herbs Wajib Ada Dirumah!

Cara-cara:
1. Bawang putih dikupas kulit, dihiris nipis & dibiarkan seketika (5-10 minit).
2. Goreng daun salam & daun sirih dalam sedikit sahaja minyak zaitun hingga layu.
3. Masukkan bawang putih & tambahkan sikit lagi minyak (agak-agak tenggelam je). Panaskan dengan api yang sangat perlahan hingga garing.
4. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam bekas kaca & tambah minyak zaitun selebihnya (minyak zaitun akan hilang khasiat dalam suhu terlalu tinggi, sebab tu guna sikit je untuk goreng). Kacau agar sebati & biarkan suam.

Ekstra info:

-Kesannya lebih efektif jika biarkan terendam semalam
-Daun sirih/hirisan bawang perlu disimpam terendam minyak supaya tak berkulat. Sekiranya kuantiti minyak dah sikit, keluarkan daun sirih/hirisan bawang supaya minyak tak rosak.
-Gunakan 3-5 helai jer dauh sirih jika daun bersaiz besar

Sumber : Yatie Eimra

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI