Mempunyai jiran yang baik adalah rezeki. Tidak semua dapat berasa mempunyai jiran yang mempunyai sikap begitu.
Sebagaimana perkongsian daripada akaun eikinhanipah begitu menyentu hati apabila jiran berbangsa Cina membelinya makanan lain disebabkan menghormati agamannya.
Difahamkan mereka sekeluarga tidak dijemput ke majlis sambutan hari jadi kerana menghidangkan makanan ‘non halal’. Atas dasar prihatin, jiran itu membeli di restoran makanan segera.; KFC diberikan kepadanya.
Ikuti perkongsian ini.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Seronok tengok macam ahli keluarga
Perkongsian murni dari Eikin Hanipah telah menarik perhatian ramai dan video terbabit sudah ditonton lebih dari dua juta viewers di aplikasi TikTok.
Rata-rata mereka juga berasa seronok melihat keharmonian dan perpaduan seperti ini kerana jiran adalah individu paling dekat dengan kita selain ahli keluarga
Dianugerahkan anak istimewa bukan membataskan pergerakan suami isteri ini, Mohd Azrul Abdul Wahid,31 dan Nur Shahira Gulam Rasul, 30 untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga kecil mereka.
Meskipun mengakui anak bongsunya itu yang diberi nama Muhammad Hamka Hanaqi atau mesra disapa Hamka memerlukan penjagaan rapi, pasangan suami isteri ini tidak membiarkan anaknya terus terperap di dalam rumah sebaliknya membawa anak syurganya itu bersiar-siar malah berkhemah.
Difahamkan pasangan suami isteri ini telah diuji dengan anak bongsunya yang mempunyai masalah tumbesaran yang kini sebenarnya telah pun berusia empat tahun sebulan, namun masih seperti bayi keadaannya.
Disebabkan masalah genetik itu menyebabkan Muhammad Hamka Hanaqi perlu menyusu menggunakan saluran tiub dan tidak dapat membesar dengan normal seperti kakaknya, Nur Hana Qarina, 5.
Terbaru, kisah Hamka mendapat perhatian warganet selepas ibunya memuat naik gambar anaknya berbaring dalam khemah di Facebook (Fb).
Menerusi perkongsian itu, Nur Shahira turut menceritakan pengalamannya dan suami membawa Hamka berkhemah tanpa sebarang masalah.
Bercerita lanjut sebagaimana memetik di myMetro, Nur Shahira, 30, yang menetap di Setiawangsa, di sini berkata, dia dan suami gemar melakukan aktiviti riadah seperti mendaki sebelum berumah tangga lagi.
“Bagaimanapun, selepas berkahwin dan dapat zuriat pertama, kami perlahankan aktiviti dan ingatkan dapat teruskan semula aktiviti selepas anak membesar.
“Belum sampai setahun, saya hamil anak kedua pula jadi memang tidak dapat jalankan aktiviti riadah memandangkan perlu beri perhatian kepada Hamka.
“Ikutkan, saya dan suami ada bawa keluar Hamka sebelum ini tetapi setakat ke taman permainan dan kolam renang saja bersama kakaknya, ” katanya lagi.
Katanya, awal bulan lalu, baru datang keberanian untuk membawa Hamka beriadah jauh sedikit daripada rumah.
“Pada awalnya setakat berkelah saja tetapi kali kedua saya dan suami cuba bermalam di dalam khemah.
“Sebagai persediaan, kami membawa keperluan serta ubat Hamka dan agak mengejutkan apabila tidak meragam sepanjang malam.
“Saya perasan ketika mendukungnya, Hamka tengok saja pokok di sekeliling dan nampak macam nak bermain dan suka walaupun dia belum boleh bercakap,” katanya.
Menurut Nur Shahira, hantaran dimuat naiknya di Fb kelmarin sekadar untuk berkongsi pengalaman membawa anak syurganya beriadah.
“Sebenarnya, tujuan saya kongsi kisah itu adalah bagi mengetahui pengalaman ibu bapa lain kerana daripada situ, mungkin saya boleh belajar sesuatu.
“Tak sangka, banyak maklum balas diterima dengan rata-ratanya memberi komen positif dan mendoakan kami sekeluarga.
“Sebak pula dibuatnya apabila baca satu persatu komen dan terima kasih diucapkan.
“Mesej saya cuba sampaikan menerusi perkongsian itu adalah ibu bapa yang ada anak istimewa juga tidak seharusnya bersedih saja sebaliknya boleh bahagia serta teruskan minat mereka cuma kebahagiaan itu perlu dicari,” katanya yang merancang membawa lagi Hamka beriadah nanti.
Berkongsi perihal Hamka, Nur Shahira mengakui emosinya tidak menentu selepas bersalin kerana agak sukar menerima ujian dikurniakan anak istimewa.
Bagaimanapun, katany, sokongan keluarga dan orang sekeliling memberinya kekuatan untuk menerima ketentuan Ilahi.
“Kebetulan, ada beberapa rakan hamil sama waktu dengan saya jadi emosi agak terganggu apabila melihat mereka bersama anak ketika berpantang manakala Hamka ditahan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) selama 44 hari.
“Apa yang berlaku membuatkan saya mempersoalkan takdir tetapi dapat terima ujian selepas melihat ramai lagi anak kurang bernasib baik di NICU.
“Boleh dikatakan, emosi saya turun naik dan jujurnya risau berdepan masalah kewangan jika berhenti kerja demi menjaga Hamka tetapi syukur Alhamdulillah, rezeki tidak pernah putus.
“Daripada situ, saya belajar untuk terima semua ujian dengan lapang dada dan jangan takut kerana Allah tidak akan uji di luar kemampuan hamba-Nya,” katanya.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umpama dibadai Tsunami, begitulah yang dapat digambarkan keadaan kira-kira 100 buah rumah atas air di Kampung Forest, Sandakan, apabila musnah selepas dipukul ombak ekoran fenomena air pasang besar baru-baru ini.
Memetik laporan Bernama, difahamkan lebih 100 buah rumah musnah dan dianggarkan 500 buah rumah lagi terancam dipukul ombak berikutan air laut pasang besar malam tadi di kawasan setinggan di Kampung Forest, Sandakan, Sabah.
Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan hari ini, sebanyak 29 keluarga melibatkan 162 orang termasuk 53 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2.
Jumlah mangsa dijangka meningkat memandangkan proses pendaftaran masih dijalankan.
Rumah Tempat Belajar Al Quran
Susulan berita yang mendukacitakan ini, turut terpanggil saudara Muhammad Ruslee berkongsi kisah tentang sebuah rumah yang masih tegak berdiri meskipun rumah sekelilingnya banyak yang musnah.
Siapa sangka rupa-rupanya rumah yang ditanda dengan anak panah ini adalah rumah tempat anak-anak kampung tersebut belajar mengaji.
“Rumah yang ada anak panah itu adalah rumah akak abang ipar ana. Yang mana rumah ni adalah tempat anak-anak kampung kat situ datang untuk mengaji iqro & al-quran itulah rutin anak-anak kampung setiap hari.
“Ana terdiam , abang ipar ana dari semalam bertungkus lumus sampai kesiang bantu family ..akak nya adalah seorang guru ugama yang siang malam mendidik anak-anak kampung yang tinggal kat situ ngaji iqro sehingga naik Al-quran,” jelas Muhammad Ruslee di akaun facebooknya.
Tambahnya lagi, “Disekelilingnya habis bersih rosak akibat dipukul ombak semalam .Dan satu-satunya rumah kat tengah² tuh masih macam tuh…
“Ya Allah pelihara keluarga ni kerana siang malam mendidik ummah terutama anak-anak tanpa ada bayaran ….Ya allah ampuni keluarga ni..luaskan rezeqi mereka yang diuji saat ini ….Ya allah ampuni mereka campakkan kesabaran di atas ujian mu ini dihati semuanya..”
Rezeki dikelilingi orang yang baik-baik. Selebriti, Betty Rahmad dipuji wargamaya kerana menyantuni pembantu rumahnya dengan baik.
Menerusi Instagramnya, Betty memuat naik videonya bersama anak kesayangannya, Ardy Wira yang menemukan pembantu rumahnya dengan anaknya yang lebih lima tahun tidak bertemu.
Menurut Betty pertemuan itu sebenarnya dirancang pada awal September lalu namun terdapat sedikit halangan.
“Hadiah untuk orang baik. Alhamdulillah selepas 5 tahun lebih Bibik tak jumpa anaknya, Allah izinkan mereka bertemu,” tulis Betty menerusi kapsyennya.
Tambah Betty lagi, pertemuan itu bagi menghilangkan rasa rindu buat anak pembantunya sekian lama. Tambah pula bagi mengenang kebaikan pembantunya yang bekerja dengan baik dan ikhlas.
“Sepatutnya awal bulan hari tu dah datang, tapi tak lepas di immigration sana. Mungkin mereka ingat dia datang untuk bekerja bukan bercuti.
“Kita cuba sekali lagi Alhamdulillah this time lepas. Tapi kali ni anaknya naik flight dengan saudara sampai Penang, dari Penang naik bus ke KL.
“Semoga pertemuan ni dapat hilangkan rindu bibik pada anak. Yang kerja seikhlas hati & banyak tolong family saya selama ni. I’m so happy for her. Kita semua berhak rasa bahagia & dihargai,” tulisnya dikapsyen.
Perkongsian Betty itu sudah semestinya dipuji wargamaya malah turut tersentuh dengan video pertemuan ini.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...