Selepas enam minggu perbicaraan kes saman fitnah Johnny Depp, 58 terhadap bekas isteri Amber Heard, 36, akhirnya keputusan pihak juri yang bersidang di Mahkamah Circuit di Fairfax Country telah memihak kepada pihak suami.
Mahkamah dalam keputusannya bagaimanapun mendapati pelakon “Pirates of the Caribbean” itu dan Amber Heard saling bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah antara satu sama lain.
Dalam perbicaraan yang penuh dengan kontroversi yang membabitkan pelbagai saksi dan bintang terkenal Hollywood, akhirnya bekas isteri Johnny diarah membayar ganti rugi sebanyak AS$10 juta (RM43.7 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif terhadap aktor tersebut berhubung kes saman fitnah yang difailkan Johnny.
Bukan itu sahaja, pihak juri juga membuat keputusan bahawa Amber dibayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$2 juta (RM8.7 juta).
Kronologi Kes Saman Johnny Depp & Amber
Mengikut kronologi kes, Johnny memfailkan saman fitnah terhadap Amber atas penulisannya untuk kolum berita Washington Post dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta.
Kemudiannya Amber membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta dan mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan serta keganasan fizikal’ daripada bekas suaminya.
Dalam keterangan kepada mahkamah, Johnny menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadam Amber, tetapi sebaliknya mendakwa bekas isterinya itu yang sering bertindak ganas.
Melalui kenyataan yang dimuatnaik di akuan instagram miliknya selepas diumumkan kemenangan kes berpihak kepadanya, Johnny Depp meluahkan segala perasaanya berkenaan sepanjang menjalani perbiacaraan tersebut dan turut meluahkan rasa terharu kepada semua peminatnya yang turut memberi sokongan kepadanya dalam masa itu.
Manakala meninjau perkongsian berkenaan kronologi kes Johnny Depp melalui dari sisi pandangan pemilik akaun facebook Hamka (Kereta Mayat), ini catatannya.
Johnny jatuh cinta pada Amber waktu berlakon dalam The Rum Diaries pada 2011. Lepas tu mereka kahwin di di sebuah pulau peribadi yang terletak di Bahamas.
Ads
15 bulan sebagai suami isteri, tiba tiba Amber memfailkan tuntutan penceraian kerana wujud perbezaan persefahaman antara mereka berdua.
Malah, empat hari lepas itu, hakim mengeluarkan arahan penahanan sementara untuk Johnny atas dakwaan keganasan rumahtangga.
Kesan saman dari isteri, Johnny tak dapat beberapa Job, dan Job yang sedang berjalan, ada yang kena cancel serta merta.
Nitezen pun kecam Johnny sebagai kaki pukul bini, dan macam macam lah.
Lepas tiga tahun kena kecam dengan nitezen, dan banyak job kena cancel, maka Johnny telah memfailkan saman malu dan fitnah terhadap bekas isterinya sebanyak 50 juta USD pada 2019.
Amber kemudiannya menunjukan gambar dirinya cedera dipukul tetapi pihak Polis LAPD) tidak menemui sebarang bukti.
Sebaliknya Johnny ada bukti rakaman audio yang mengandungi rakaman suara Amber. Dan plot twist berlaku, Amber pula kaki pukul.
Kata Johnny, Amber sering memukulnya dan pernah membaling botol ke arah muka Johnny sampai cedera jari tengah Johnny nampak tulang… Malah, Amber juga pernah mencucuh rokok di bahagian pipi bekas suaminya.
Ads
Lepas tu Johhny ada bukti video panas isterinya curang bersama dua selebriti yang terkenal iatu Elon Musk dan juga pelakon James Fraco.
Masuk mahkamah, ada audio tape perbualan Johnny dengan Amber yang kedengaran jelas Amber mengakui bahawa dirinya ada memukul Johnny di muka
Maka kantoi sudah, ringkas cerita, akhirnya Johnny Depp menang saman ke atas bekas isterinya, Amber Heard dan menerima ganti rugi mencecah lebih RM60 juta (USD 15 juta).
Amber pula dalam kenyataan menyatakan dia patah hati dan sangat kecewa dengan keputusan tersebut.
Abang mayat ada baca komen nitezen, Ada orang pertikaikan, tak logic perempuan boleh dera suami, lelaki kan kuat? Lagipun perempuan selalunya betul..
Adohai.. dunia ni macam macam cerita ada, ada cerita lelaki lembik, perempuan ambik kesempatan, ada cerita lelaki kuat tapi takut bini hingga biar jer kena pukul, ada cerita laki terlalu cintakan bini, hingga tak kesah kena pukul, aku rela menjadi mangsamu demi cinta setia katannya.. macam macam! ada cerita lelaki yang kuat, tapi prinsip hidup tak pukul perempuan, isteri tumbuk muka, dia buat tak tahu jer..
Maka Johhny deep ni, dia kena dera dengan isteri, tapi dia tak saman pun, hinggalah bini dia yang mulakan dulu saman dia, tiga tahun baru dia saman, cinta Jonhhy pada isterinya kuat kot waktu tu..
Tapi sikitlah abang mayat nak komen, Tengok Johnny deep pakai subang, tertanya juga, apa alasan pakai subang? Kot dia ada ikut ajaran agama pakai subang? Ada siapa yang tahu?
Ads
Tapi abang ada tengok Movie Jackie Chan berjudul Who Am I, ada babak last Jackie Chan lawan orang jahat yang sangat handal berkungfu, semua skill Jackie Chan dipatahkan mudah oleh orang jahat tadi, tapi kantoi bila orang jahat pakai subang, terus Jackie Tarik subang dan orang jahat kalah serta merta siap menangis merayu jangan Tarik subang sebelah satu lagi, -woha!
So kepada orang lelaki janganlah pakai subang, sebab jika bergaduh dengan bini, sekali bini Tarik subang macam Jackie Chan buat, terus menunduk kalah walau korang terer kung fu, adohai.
Lagipun haram hukumnya lelaki pakai subang dalam Islam…
Moral Of the story, perempuan tak semuanya betul. Jangan pakai subang dan Peguam Johnny adalah perempuan, Now you know.
Memandangkan anak-anak duduk dan belajar di rumah, pasti ibu-ibu nak sediakan menu yang membantu mereka sentiasa bertenaga kan. Asyik beli makanan ringan di luar tak bagus untuk kesihatan, apa kata ibu-ibu buat sendiri.
Jom cuba Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips ini. Mudah je nak buat, resipi yang simple 20 minit dah siap. Admin kongsikan resipi dari puan Syuhada Che Din untuk ibu-ibu cuba sendiri.
Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali. Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan :
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)
Cara-cara:
• Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
• Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
• Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
• Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
• Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
* Kalau tak suka manis manis, boleh kurangkan sukatan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.
Selamat mencuba😋
Menjadi kelaziman menjadi mak-mak ini suka berkongsi resipi. Begitu juga dengan Kak Koi yang telah berkongsi resipi menyediakan sambal bilis, yang mendapat respon hebat.
Jadi jom kita ketahui apa istimewanya sambal Kak Koi ini. Jom semak.
Assalam semua warga MAHN. Ok rentetan posting semalam dari sahabat Kak Koi Cikgu Zazo Mohammad, tak sangka ramai sangat yang like ramai sangat yang share resepi sambal bilis warisan dari arwah mak mertua Kak Koi.
Orang kampung panggil MAK ANJANG ZAIMAH. Ok dengan ikhlas dan rela hati Kak Koi share ORIGINAL RECEPI untuk panduan semua.
Dulu pernah share resepi ni kat page ni tapi dah bertahun sudah yang anak Kak Koi masak sambal bilis ni. Ramai pangil dia Chef Iyrfan .
Ada yang tanya sambal ni manis ke, gula banyak mana. Gini la senang kan, kita yang masak so kita sendiri yang adjust manis dia, masin dia kan. Tapi wajib dalam resepi ni ada gula karamel dan gula melaka.
1. SAMBAL YANG SEDAP DAN BETUL-BETUL MASAK MESTI WARNA MERAHNYA AGAK PEKAT, BUKAN WARNA MERAH CERAH.
2. SAMBAL MASAK BILA MINYAK NAIK KE ATAS.
3. PERLU RENIHKAN SAMBAL LEPAS DAH MASUK SEMUA BAHAN SEBELUM TUTUP API.
4. PERLU BETUL-BETUL MASAK SUPAYA TAK SAKIT PERUT (mak mertua cakap )
5. SAMBAL BILIS INI BOLEH FROZENKAN DAN TAHAN BERBULAN LAMANYA BILA CUKUP MASAK.
So sape nak resepi ni Kak Koi halalkan dan mohon doakan Kak Koi dipermudahkan segala urusan & murah rezeki yer. Arwah mak mertua Kak Koi memang lejen bab sambal bilis ni. So inilah resepi yang sebenar yer :-
Cili kering dalam 2 genggam Bawang besar 2 biji Bawang putih 3 ulas besar – semua ni blend dengan sedikit air & letak sesudu minyak masak –
Lepas tu panaskan minyak sampai keluar asap sikit-sikit. Tumis sesudu gula pasir UNTUK JADIKAN GULA HANGUS / KARAMEL dan terus kacau laju-laju sampai jadi coklat (WARNA KARAMEL), terus masukkn cili blend tadi.
Kacau sampai naik minyak dan garing, masukkan ikan bilis (Kak Koi suka ikan bilis mata biru Sabah..selalu kirim dengan kawan yang balik sana) + bawang besar 2 biji hiris lebar-lebar siket.
#edit IKAN BILIS TAK PERLU GORENG YERR. LEPAS CUCI TU BIAR JE. TUNGGU TURN DIA NAK MASUK DALAM SAMBAL hahahaa. NANTI LEMBUT JE BILIS DOK DENDIAM DALAM SAMBAL TU.
Kacau sampai sebati, masukkn air sama paras dengan ikan bilis dan bawang tadi..kecikkan sikit api biar dia merenih.
Bila nampak dia macam nak mengering siket, masukkn air asam jawa, garam 1 sudu kecil (ikut suka masin), sedikit serbuk perasa (jika suka) serta 1/4 potongan gula melaka atau gula kabung atau gula nise (org kelantan panggil). Sambal perlu manis sikit yer. Klu tk nak manis tu bkn sambal bilis Kak Koi dah hahahaaa. Buh la gula pasir dalam 2 sudu besar atau lebih ikut suka. Tak nak pun takpe. Adjust ikut seleramasing-masing.
Kacau lagi sampai semua larut. Ingat masa ni api jangan besar yer. Pastu kalau nampak kering sangat, masukkan siket air panas.. biar dia cam berkuah sikit.
Tunggu sampai naik minyak merah jekk..besarkan api..kacau balikkan..terus tutup api.
Taraaaa..dah siapppp
Sooooooo SELAMAT MENYAMBAL hahha
P/S : Zura, tenkiu sbb up kan sambal bilis koi ni. Kenan sgt aok yak kikiii
Gambar last tu buat sambal ni Sabtu lepas untuk open house kami. Anak-anak pon tak nak sambal lain. Nak sambal arwah Wan dia jugak.
Sumber : Koi Salz Eimas via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Allah tidak akan menduga umatNya jika tidaK mampu. Nyata pilihan Sang Pencipta itu benar.
Biar diduga dengan penyakit yang mengerunkan semua, namun anak muda ini tetap cekal dan tabah mengharungi dugaan tersebut.
Muhammad Akmal Bin Ahmad Khazri atau mesra dengan panggilan Akmal, 15 tahun disahkan mengidap kanser paru-paru pada bulan Jun, 2016. Segala rawatan yang berkaitan dengan penyakitnya, termasuk pembedahan di paru-paru sudahpun dilakukan. Akhirnya dia disahkan sihat dan bebas dari penyakitnya. Anak ini boleh menjalani kehidupannya sama seperti anak-anak remaja seusianya.
Namun dugaan ke atas Akmal dan keluarganya tidak terhenti di sini. Lewat tahun 2017, Akmal disahkan relapsed. Sel-sel kanser datang bertandang semula. Bulan Januari 2018, Akmal terpaksa menjalani satu lagi pembedahan.
Serentak dengan itu juga, Akmal disahkan pula mengidap kanser otot tahap 4 (Rhabdomyosarcoma). Sel-sel kansernya sudahpun merebak hingga ke dalam tulang belakang. Akmal terpaksa melalui rawatan kemoterapi sekali lagi.
Menerusi posting tersebut menyatakan ujian CT Scan dilakukan ke atas Akmal selepas menjalani 3 ‘cycles’ rawatan kemoterapi menunjukkan sel-sel kanser sudah merebak ke bahagian atas hati, tumbuh semula di paru-paru sebelah kanan. Malah, terdapat ‘nodules’ baru dalam paru-paru sebelah kiri. Doktor juga mengesahkan salah satu tulang belakang Akmal telah pecah.
“Pembedahan untuk membuang sel-sel kanser di atas hati dan paru-paru memang perlu dilakukan. Namun, menurut para perawat ianya masih tidak boleh menyembuhkan sepenuhnya. Lagipun Akmal sudah membuat keputusan tidak mahu dibedah lagi. Rawatan kemoterapi pun menurut para perawat hanya akan mampu bertahan tetapi tidak menyembuhkan.
“Kami membayangkan seorang anak muda yang jiwanya rapuh akibat penyakit yang dihadapinya. Kami tersentuh dengan keperitan yang dilaluinya. Kami terharu dengan semangat juangnya. Kami tertekan dengan raut wajah yang sentiasa redup melalui segala rawatan ibarat tiada penghujungnya.
Baru-baru ini, anak bongsu ini teringin menjejakkan kaki ke Langkawi. Justeru, satu kutipan amal dilakukan untuk tujuan tersebut. Antara yang menyumbang termasuklah Pn Hamidah Tajudin, Presiden KIDS, Pn Mazlina Saidi dan Dr Nora yang merupakan Penasihat KIDS serta rakan yang lain.
Hasil kutipan berjumlah RM2300 membolehkan impian Akmal bercuti ke Langkawi direalisasikan.
“Akmal…di atas permintaan anak ini, kami tunaikan hasratnya untuk menjejakkan kaki ke bumi Langkawi. Sumbangan yang kami terima melalui insan-insan yang prihatin di luar sana cukup untuk menerbangkan Akmal dan keluarganya ke Langkawi. Penginapan selama 3 hari 2 malam juga ditanggung sepenuhnya oleh para penyumbang.
“Alhamdulillah… di sana, kami berpeluang melihat Akmal tersenyum semula. Kami juga berpeluang untuk menatap wajah cerianya. Semoga percutian Akmal menjadi pemangkin untuknya supaya lebih bersemangat melalui rawatan semula.
“Terima kasih kepada Pn Hamidah Tajudin dan rakan-rakan, Pn Mazlina Saidi, rakan kepada Pn Mazlina Saidi dan Dr Nora di atas sumbangan sebanyak RM2300 untuk percutian Akmal.
Bagi yang ingin memberi sumbangan, bolehlah berbuat demikian di akaun Maybank 564098508578.
Kes bayi yang dibekukan serta tular kerana tidak dikebumikan awal jenazahnya mendapat perhatian ramai. Tak kurang juga yang mula tertanya-tanya apakah jenis tidak cukup sifat yang dialami anak kecil itu.