Juadah Petang Bersama Roti Horns Mini Inti Ayam Crispy. Mudah & Ringkas Penyediaannya, Rasa Semestinya Sedap!

Share

kalau kat rumah, stok makanan paling mudah nak sediakan semestinya roti. Tak payah susah-susah, sapu jem ke planta ke makan gitu je. Settle!

Tapi.. Kadang-kadang bosan juga kan kalau saja gitu je. Apa kata tukar selera sesekali buat menu macam ni pula, iaitu Roti Horns Mini Inti Ayam Krispy dari Cik Puan Julieta

. Mesti anak-anak suka!

Sja buat utk anak² makan ” Roti Horns Mini”, sya guna roti gardenia, isi ayam dan serbuk roti.. Ibu buat, last ibu juga yg x sempat makan..Update resepi..😉

Resepi Roti Horns Mini

Bahan-bahannya :-

6 keping roti gardenia
2 biji telur pukul manja
Serbuk roti – secukupnya
Isi ayam – potong memanjang celup tepung bistari kemudian goreng.
Mayonis & sos cili
Corrot- parut halus
Daun salad
Sedikit tepung gandum- cmpo sedikit air utk lekat kan roti

Cara-caranya :-

1. Roti di potong bahgian tepi kemudian di gelek nipis, potong tengah bentuk segi 3

2. Then sapu larutan tepung pada sisi roti kemudian gulung menjadi bentuk horns pastu tekan² sikit supaya roti melekat.

3. Celup roti dalam telur dan salut serbuk roti , pastikan bahagian dalam juga bersalut then goreng sehingga menjadi kuning keemasan…

4. Isi bahagian tengah dgn isi ayam, corrot dan salad.. Kemudian paipkan sos n mayonis okey dah siap…

IKLAN