Semalam kecoh di media sosial kontroversi hutang RM1 juta, aktres terkenal, Rozita Che Wan.
Pada hari yang sama pada malamnya dia tampil menjual baju terpakai secara langsung di aplikasi TikTok miliknya.
Menerusi siaran langsung itu, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mempromosikan baju terpakai miliknya serta ahli keluarga.
Ads
Kemunculan Che Ta nyata menarik tontonan lebih 20,000 pengguna selain mendapat kira-kira 200,000 tanda suka.
Ads
Meninjau diruangan komen siaran langsung berkenaan, Che Ta dilihat tidak menghiraukan komen-komen terbabit serta hanya fokus terhadap barang jualannya.
Ujarnya, jualan baju-baju berkenaan adalah untuk mengosongkan rak di premis miliknya.
Terdahulu Majlis Amanah Rakyat (Mara) bersama peguam dan wakil mahkamah menyerbu kediaman Rozita di Kota Damansara berikutan pelakon tersebut didakwa gagal melunaskan hutang pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Ads
Selain membuat penilaian harga, pelbagai barangan peribadi bernilai hampir RM100,000 milik pelakon itu turut disita sementara menunggu proses lelongan yang dijangka dibuat dalam tempoh dua minggu lagi.
Sumber: Tiktok Che Ta & Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan, dan antara saat yang paling dinanti pastinya momen berbuka puasa bersama keluarga.
Namun, tidak semua orang berpeluang menikmati detik indah ini kerana tuntutan kerja, terutama bagi mereka yang bekerja mengikut giliran. Ada yang terpaksa berbuka seorang diri di tempat kerja, jauh dari keluarga tersayang.
Begitulah pengalaman yang dilalui oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Anak Jatangmak di TikTok.
Dalam perkongsiannya, dia kelihatan memakai uniform pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah, reda dengan hakikat bahawa dia perlu bertugas dan tidak dapat berbuka puasa bersama isteri serta anaknya.
Namun, tanpa disangka, keluarganya hadir ke tempat kerja untuk membuat kejutan, membawa juadah berbuka dan mencipta momen indah yang pastinya tidak akan dilupakan.
Saat melihat isteri dan anak di depan mata dengan juadah berbuka, perasaan sebak dan gembira bercampur menjadi satu. Pastinya menjadi momen paling bermakna buat dirinya.
Lebih menarik, perkongsian video kejutan ini yang dimuat naik di TikTok telah mendapat sambutan luar biasa daripada netizen.
Katanya, video berkenaan dikongsi untuk dijadikan kenangan berbuka puasa hari pertama bersama keluarga.
Namun tanpa disangka, video tersebut masuk ke FYP dan turut mendapat perhatian Abang Red! Ramai yang tersentuh dengan kejutan sederhana tetapi penuh makna ini, membuktikan bahawa kasih sayang keluarga tidak ternilai harganya.
Abang Red, yang merupakan bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, memberikan komen ringkas namun penuh makna. Beliau menyatakan bahawa keindahan sebuah keluarga yang bahagia adalah satu anugerah yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk lebih menghargai setiap momen bersama insan tersayang, kerana Ramadan hanya datang sekali dalam setahun, dan masa bersama keluarga adalah sesuatu yang tidak boleh diganti.
Pemandu wanita ditumbuk anggota tentera, keluarga seru saksi kejadian tampil beri keterangan. Keluarga kepada wanita yang memandu Perodua Axia dan menjadi mangsa serangan oleh seorang anggota tentera dalam kejadian di Senawang pada 29 Mac lalu, menyeru agar individu yang menyaksikan insiden itu tampil memberikan keterangan.
Umar, 33 tahun, abang sulung mangsa, memaklumkan bahawa saksi tambahan diperlukan bagi memperkukuhkan kes pendakwaan di mahkamah.
“Kami memang sudah ada rakaman video sewaktu kejadian berlaku dan individu yang merakam juga sanggup menjadi saksi. Namun, kami perlukan lagi saksi mata lain bagi menguatkan kes ini di mahkamah,” jelasnya.
Beliau turut menyatakan bahawa peguam keluarga telah menasihatkan agar mereka mencari saksi-saksi lain, justeru mereka amat berharap agar sesiapa yang berada di lokasi ketika insiden berlaku dapat tampil memberikan bantuan.
Selain itu, keluarga mangsa juga bercadang untuk memfailkan saman terhadap suspek sebagai pengajaran serta usaha menuntut keadilan untuk mangsa.
Menurut Umar, terdapat wakil pihak suspek yang datang menawarkan pampasan kepada keluarganya, namun mereka menolak tawaran tersebut.
“Wakil dari pihak pelaku datang berjumpa kami dan menyatakan kesediaan untuk membayar pampasan, tetapi kami menolak kerana keutamaan kami adalah mendapatkan keadilan, bukan wang.
“Lagipun, suspek telah menumbuk adik saya yang merupakan seorang wanita dan langsung tidak bersalah dalam kejadian itu,” katanya lagi.
Umar turut menegaskan bahawa sebagai anggota tentera, individu terbabit seharusnya berperanan melindungi orang awam, bukan bertindak ganas hingga mencederakan seorang wanita.
Mengulas mengenai keadaan adiknya, Umar menyatakan bahawa mangsa kini dalam proses pemulihan, namun masih mengalami trauma.
“Adik saya kini berasa takut setiap kali ingin keluar memandu. Kadang-kadang dia menangis apabila terkenang semula kejadian itu,” ujarnya.
Terdahulu, tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki menumbuk seorang wanita yang memandu Perodua Axia di kawasan Senawang.
Insiden itu dipercayai berlaku selepas lelaki berkenaan naik marah kerana mendakwa wanita tersebut telah melanggar anaknya yang sedang melintas jalan.
Susulan kejadian, suspek berusia 35 tahun telah dibawa ke Mahkamah Majistret dan didakwa atas pertuduhan menyerang mangsa serta merosakkan pintu hadapan kenderaan wanita berkenaan.
Namun begitu, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.
Menurut perkongsian dari Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kejadian itu dilaporkan ibu bayi berkenaan, wanita tempatan berusia 31 tahun pada 4.24 petang semalam.
Beliau berkata, bagaimanapun, bedah siasat dijalankan ke atas mangsa dan mendapati tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh badan mangsa.
“Ibu mangsa memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri ketika dikejutkan dari tidur oleh pengasuhnya, wanita tempatan berusia 34 tahun.
“Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. Punca kematian masih dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Menurut beliau, setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), dijalankan selari mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.