Seorang aktivis terkenal yang selalu melakukan kebajikan pada masyarakat, Adrian Edy baru-baru ini telah berkongsi kisah sayu seorang lelaki yang berniaga sayur untuk menampung kehidupannya dan keluarga.

Lelaki yang dikenali sebagai Julamri berasal dari Putatan, Sabah ini mencari rezeki setiap hari dengan berniaga sayur berharga RM 1 sahaja seikat dengan menggunakan sebuah basikal pemberian adiknya.

Difahamkan Julamri akan berniaga sayur setiap hari, di tepi sebuah jalan di Putatan bermula jam 8 pagi selepas menghantar tiga orang anaknya yang masih bersekolah dengan menaiki basikal seawal pukul 5.30 pagi.

Menurut Adrian Edy, lelaki ini telah menaman sendiri sayur-sayuran di rumahnya seperti kacang, kangkung dan timun. Jika tidak habis, dia akan menjualnya dengan harga RM 1 seikat.

[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

“Ketika saya berjumpa dengannya, saya beli semua sayur yang ada. Itu pun baru RM 20. Harganya terlampau murah tetapi semua sayur-sayuran yang dijual itu sangat segar, berbeza dengan sayur di kedai. Cuma susah orang nak berhenti beli kerana dia berniaga di tepi lampu isyarat.” kata Adrian.

Sewaktu pertemuannya dengan Julamri, Adrian berpeluang untuk membuat kejutan apabila memberi sumbangan wang tunai serta sebuah basikal baharu kepada lelaki itu.

IKLAN

Jelas Adrian, dia telah mencari lelaki itu sejak tahun lepas lagi tetapi baru sekarang berpeluang untuk berjumpa dengannya.

“Saya dah tahu lama tentang pakcik Julamri. dulu ada orang hantar gambarnya di Facebook saya. Dah setahun saya cari. Setiap kali pergi, tak jumpa.

“Baru-baru ini, kawan maklumkan dia terjumpa pakcik ini. Terus saya minta kawan tolong tanya pada pakcik Julamri. Akhirnya saya dapat jumpa juga dengannya.

IKLAN

“Dia terkejut saya bayar lebih masa borong semua sayurnya. Dia tanya macam mana nak balas? Saya kata tak apa. Kemuadian saya tanya juga tentang basikal. Dia kata kalu basikal rosak, dia tak keluarg berniaga.

“Jadi saya terus keluarkan sebuah basikal dan berikan kepadanya. Basikal itu memang saya dah beli awal-awal. Dia macam terkejut. Pakcik Julamri kata dia macam bermimpi dapat basikal. Terus dia menangis.

“Pada mulanya saya berniat nak belikan motorsikal, tetapi dia tiada lesen dan tidak tahu menunggang motorsikal. Sebelum ini dia gunakan basikal yang diberikan oleh adiknya. Dia nak beli sendiri tapi tak mampu.” Terang Adrian Edy lagi.

Jual Sayur RM 1 Seikat! Lelaki Ini Kayuh Basikal Seawal 5.30 Pagi Hantar 3 Anak Ke Sekolah Sebelum Berniaga Tepi Jalan

IKLAN

Apa yang mengejutkan, walaupun Julamri hidup dalam serba kekurangan tetapi dia tetap akan bersedekah sayur-sayuran buat jiran-jiran setiap kali ia tidak habis terjual.

Di ruangan komen. rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dan berharap ramai orang akan membeli sayur dengan pakcik Julamri.

“Sayur harga RM1. Memang tak masuk akal tapi pakcik ini ikhlas. Moga rezekinya semakin murah.” kata salah seorang netizen.

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Jual Sayur RM 1 Seikat! Lelaki Ini Kayuh Basikal Seawal 5.30 Pagi Hantar 3 Anak Ke Sekolah Sebelum Berniaga Tepi Jalan

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI