Bukan hanya golongan berusia, golongan muda juga semakin cenderung untuk terkena serangan darah tinggi dengan mudah.
Faktor kerja dan tekanan disekeliling antara penyebab semakin ramai golongan muda mengalami masalah ini.
Jika melepasi bacaan, doktor selalunya memberikan ubat darah tinggi yang wajib diambil setiap hari bagi mengawal kenaikan darah ini. Jadi jangan abaikan makan ubat kerana kesannya amatlah bahaya.
Jika anda sering mengalami masalah ini sebaiknya berjumpalah dengan doktor dan dapatkan khidmat nasihat yang terbaik daripada pakar selayaknya.
Disamping bekalan ubat daripada doktor, tidak salah jika anda ingin mengamalkan petua tradisional bagi menurunkan masalah darah tinggi.
Bagi Nur Hidayah Dayah yang berkongsi petua menggunakan timun patut juga kita amalkan sebagai salah satu usaha mengawal masalah ini.
Ads
Menariknya dia hanya mengamalkan jus timun sahaja setiap hari. Jom kita ikuti petua yang dikongsikan olehnya.
Makan-makan jugak. Saya nak kongsi petua untuk darah tinggi. Dulu darah tinggi saya bacaannya 190 tapi sekarang dah turun 120 sahaja. Alhamdulilah, saya hanya amalkan minum jus epal dan timun sahaja.
Saya tak amalkan makan ubat, hanya minum ni saja.Siap ajarkan pada mak mentua lagi. Dan alhamdulillah mak mentua cakap bacaan darah turun sikit. Akak-akak boleh lah cuba ya.
Jus 2 Bahan
Ads
Bahan-bahan:
2 biji epal
1 biji timun
Caranya:
1. Potong buah epal dan timun kecil.
Ads
2. Kisarkan bersama air secukupnya.
3. Amalkan jus ini setiap hari.
Kredit: Nur Hidayah Dayah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perjalanan seninya terlihat cukup indah dan sempurna. Bermula langkah sebagai blogger paling popular di Malaysia dan kemudiannya melangkah ke dunia penuh glamor. Disusuli dengan bidang pengacaraan seterusnya membawanya ke dunia lakonan penuh cabaran.
Dan kini, pemilik nama Hanis Zalikha menjadi sebahagian daripada figura paling trending dan mendapat perhatian di Malaysia.
Biarpun menamatkan zaman gadisnya pada usia yang muda namun perkembangan seninya tidak terhenti di situ. Malah status tidak sekali-kali menjadi penghalang kepada perjalanan seninya. Wanita cantik ini makin jauh melangkah.
Sayapnya semakin dilebarkan malah hidupnya makin diintai ramai pihak semenjak kehadiran sang suami, Hairul Azreen, dan Yusof Iskandar, si jantung hati pasangan ini.
Menariknya tidak hanya Hanis Zalikha seorang bahkan dua hero dalam hidupnya terutama Yusof menjadi perhatian umum. Malah trending di media sosial. Aura tersendiri yang dibawakan keluarga kecil ini cukup luar biasa.
Baik Hanis mahupun Hairul sendiri mereka masih mengekalkan sifat rendah diri walaupun mempunyai bilangan peminat dan pengikut yang cukup ramai di media sosial.
Kata Hanis, semuanya berlaku tanpa disangka.
“ Memang dari awal lagi kami sekadar nak kongsi dan paling penting niat awalnya nak kongsikan momen Yusof supaya kami tak lupa setiap perkembangannya, tapi tak sangkalah setiap yang kami kongsikan di instagram buat semua orang suka malah ramai yang follow. Memang kami langsung tak sangka,” luah Hanis ringkas.
Sekadar Kongsi Cerita
Sehingga kini, si cilik Yusof Iskandar yang sudahpun berusia 2 tahun mempunyai jumlah pengikut lebih 2.1 juta di instagramnya, @theyusofiskandar. Memang hebat!
Bagi Hanis dan Hairul sendiri, keseronokkan mereka berkongsi apa sahaja mengenai perkembangan Yusof tidaklah keterlaluan. Sebagai ibu bapa, mereka sentiasa memikirkan soal keselamatan atau apa jua yang dirasakan kurang wajar untuk dikongsikan di instagram.
“ Kalau ikutkan sebenarnya setiap kali nak upload gambar, saya atau Hairul akan tapis tiga kali terlebih dahulu kemudian barulah letak dekat IG. Bukan apa, supaya orang tak salah faham. Bimbang apa yang kita letakkan disalah ertikan oleh orang lain.
“Bagi kami, apa yang kami upload, kalau ada yang komen-komen berbaur agak negatif, kami tidak cepat melatah. Awal-awal lagi kami dah ingatkan diri supaya sentiasa berlapang dada dengan setiap komen daripada netizen. Itu yang kami amalkan sejak dulu dan rasanya ia langsung tak jadi masalah buat kami.
Paling seronok bila saya kongsikan setiap ilmu pasal keibubapaan, ramai yang DM saya secara personal dan bertanya serta kongsikan ilmu mereka pula dengan saya. Boleh dikatakan sampai beribu-ribu mesej setiap hari. Memang tak terlayan, tapi sebagai ibu saya rasa happy sebab apa yang kita kongsi ada manfaatnya pada orang lain. Malah kita sama-sama dapat ilmu, itu yang buat saya suka,” kata Hanis lagi.
Yusof Pencinta Haiwan
Melihat setiap keletah Yusof di instagramnya memang mencuit hati sesiapa sahaja. Malah gelagat Yusof bersama Bujibuchempel saban hari buat kita hati sesiapa sahaja rasa terhibur. Aksi spontan dan keberanian Yusof memang boleh dipuji.
“First time kami bawa Yusof ke Night Safari di Tambun, barulah kami tahu Yusof cukup sukakan haiwan. Dia langsung tak takut malah dia beri burung makan dan pegang ular tanpa takut. Arnab pula dia pegang dan angkat, macam Bujibu,” kata Hanis yang sentiasa membawa Yusof berjumpa sepupu-sepupunya setiap minggu bagi membiasakan diri.
Rapat Dengan Mentua
Berkongsi kisah keluarga, Hanis tidak lokek berkongsi cerita mengenai mentua kesayangannya, Puan Habsah Desa, ibu kesayangan suami tercintanya.
“ Dulu masa sebelum kahwin, time dating dengan Hairul, saya tidaklah terlalu rapat dengan mak. Tapi bila dah kahwin barulah lebih mengenal mak orang yang macam mana.. and I love her so much.
Kalau setiap kali datang ke rumah, mak memang tak boleh duduk diam. Ada sahaja kerja yang nak dibuatnya. Kalau Yusof lepaskan ‘hajat’ dia cepat-cepat nak bersihkan. Begitu juga kalau ternampak baju bertimbun di tempat basuhan pun mak nak tolong basuhkan walaupun dah dilarang berkali-kali.
Kalau setiap kali saya keluarkan tudung baru, mak selalulah tawarkan diri nak tolong di pejabat sambil bawa bekalan Kek Batik ke pejabat. Seronoklah staff-staff dapat merasa air tangan mak. Kalau pasal masak, mak kalau masakkan makanan ringkas pun dah cukup sedap pada saya. Ketam goreng yang nampak ringkas pun pada saya cukup sedap dan istimewa,” kata Hanis berkongsi cerita.
Demi menjaga ikatan yang kuat bersama seluruh keluarga mentuanya, bercuti merupakan salah satu aktiviti wajib buat Hanis dan seluruh ahli keluarga mentuanya setiap tahun.
“Biasanya kalau Hairul cadangkan untuk bercuti ke mana-mana satu keluarga, memang semua adik beradik akan sepakat dan turutkan demi merapatkan hubungan kami adik beradik. Bercuti pula dah jadi aktiviti tahunan kami. Tahun ini, kami sempat bercuti ke Gold Coast, Australia. Beberapa hari selepas Hari Raya Aidil Fitri lalu.
Family trip ke Gold Coast kali ini memang sudah dirancang lebih awal. Dengan cara ini dapatlah kami berkumpul adik beradik dan bercuti serta rehatkan minda,” katanyaq lagi.
Bisnes Demi Masa Depan
Tidak hanya sibuk dengan kerjaya dan lakonan, kedua pasangan ini juga makin ligat berbisnes. Baik Hanis mahupun Hairul, masing-masing punya bisnes mereka yang tersendiri. Kedua-duanya tidak lokek berkongsi cerita perniagaan mereka.
“Saya dan suami terfikir nak buat bisnes bersama bila kami cari duit nak kahwin. Bila nak kahwin kenalah cari outcome yang stabil. Sebagai pemegang ijazah dalam bidang perniagaan, saya cuba aplikasikan segala ilmu berbisnes demi untuk masa depan kami.
Tahun 2013 kami mulakan bisnes bersama dan produk pertama kami Hello Studio, yang merupakan studio berkonsepkan hospital yang direka oleh saya sendiri tapi diuruskan oleh Hairul. Itulah permulaan kami.
Selain Hello Studio, kini pasangan muda berjaya ini mempunyai enam rangkaian bisnes lain iaitu Keknis, koleksi shawl, Malead, pakaian street wear, HH Parfume, jenama minyak wangi, Shade Dough by Hanis Zalikha yang menyenaraikan rangkaian lipstick, Malead Kid serta Toujour Advanced yang merupakan suplemen kolagen. Hebat bukan?
Sumber: Majalah Keluarga Sept-Oct 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berkongsi pengalaman seorang wanita ini yang pada awalnya tidak menyangka kedatangan haid yang tidak teratur mengundang masalah kesihatan buat dirinya hingga terpaksa dibedah. Diharapkan melalui perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita sebagai wanita menghargai kesihatan dan lebih prihatin sedar jika berlaku sebarang pada diri bermula dari peringkat awal agar mudah untuk dirawat.
Sempena setahun selepas buat Laparoscopic Surgery on Pcos, jom kita throwback sikit pengalaman saya.
Cerita ni bermula seawal umur 14 tahun bila period datang dua bulan sekali. Dan semakin meningkat jarak kehadiran period tu. Sehingga pernah setahun, hanya sekali.
TAHUN 2013, perubahan pada kulit semakin ketara, bulu roma di tangan semakin lebat, jerawat semakin subur di kulit, pikmentasi kulit semakin bertambah, period semakin lambat. Pernah 8bulan xdatang period. Pergi klinik reproduktif, masa tu doctor suspect pcos.
Ape itu PCOS? Doctor suruh buat research sendiri. Supaya betul² faham maksudnya. Doktor kasi pil hormone (Yasmin/ Diane35) Dan doktor kasi refer letter ke Hospital. Tapi masa tu masih xtau kemudaratan nya.. TAK PERNAH refer hospital.
TAHUN 2015, semakin cakna tentang ketidakhadiran period, refer hospital swasta dengan pakar O&G, doctor scan, tak kelihatan lagi cyst nya dlm ovary. Cume ovary kelihatan bukan pada size normal. Doktor hanya suggest utk teruskan ambik pil hormone selama 3bulan berturut. Tujuannya adalah utk normalkan semula kelancaran period setiap bulan. Malangnya, selepas 3bulan bergantung dgn Yasmin, masuk bulan ke-4, period xdtg pula… mase tu mula rase stress dtg semula… fed-up dgn ubatan, dan hanya biarkan period xdtg lagi.
TAHUN 2016, Selepas kahwin tanpa refer O&g terus ambik Yasmin 1cycle dan terus anggap boleh pregnant, bila xpregnant, lagi stress. Bayangkan setiap hari check UPT (dan sehingga kini sy menjual UPT/OPK haaa promote sikit
Setiap bulan pergi klinik scan. Tapi semua tu hanya sia-sia. At last jumpe o&g semula, doctor bg cadangan utk ambik ubat induced bleeding (provera) dan makan pil rangsang telur (clomid).
Ujian bertimpa, semasa cycle pertama pengambilan Clomid, perkahwinan berakhir dengan penceraian (so xsempat experiment clomid tu)
Stress semakin kuat, hormon semakin tak stabil, emosi semakin bercelaru.
Period langsung xdatang selepas berpisah. Seminggu selepas bercerai, masuk hospital demam panas, blood pressure naik mendadak (hipertension) dgn bacaan 157/103.
TAHUN 2017, pasang azam dari keluarga dan orang sekeliling yg bnyak memberi moral n mental support, kumpul semula semangat, kutip sisa hati yg berkecai musnah.
Pada awal bulan 7, buat check up di hospital akibat rase ade sakit di breast. Lepas doctor buat scanning, tiada ape yg asing dan doctor tnye history kesihatan, saya kata mmg dah xperiod 8bulan dan doctor minta terus refer pakar O&G.
Bila buat altrasound, mmg nampak ketulan asing dalam kedua belah ovary. Doctor terus buat procedure laparoscopic surgery utk ovary drilling. Dan itu adalah ikhtiar terakhir yg boleh dibuat. Seminggu lepas tu, hospital call utk operation.
Alhamdulillah selepas 2hari pembedahan dilakukan, period keluar. Dan itulah saat yg tidak dpt diperkatakan betapa bersyukurnya.
Sebab doktor kata, jika period turun selepas pembedahan, itu membawa maksud pembedahan itu berjaya, jika tidak, doktor akan bagi masa dalam 2bulan. Jika tidak berhasil, maksdnya pembedahan tu tidak berjaya utk membantu PCOS.
Memang diakui semasa dlm waktu perkahwinan, langsung tidak jaga pemakanan hampir setiap hari makan process food and junk food. Burger, nugget, sausage, fries, ayam goreng, chips, snacks adalah makanan harian sebabkan ikut selera suami. Tapi sebenarnye semua tu kesilapan besar sebab waktu tu la adalah rapid growth utk cyst tu terbentuk. Jika tidak tersedar awal, mungkin boleh menyebabkan cancer.
Nauzubillah!
Tengok gambar. Dekat bahagian putih tu adalah ovary. Warna putih sebab dah dipenuhi cyst. Ovary tu dipenuhi hormone testosterone yg membantutkan kematangan telur. Sebab tu x period. So doktor tebuk ovary utk release hormone testosterone tu.. Yg lain lelemaks tu ko jgn tnye hakak
Dan hormone hormone tu adalah dari pemakanan yg tidak sihat. So jaga lah pemakanan… bertindak awal sebelum merana.
So untuk wanita diluar sana. Sayangi ovary anda kerana ova ni sangat penting sbb ia adalah kilang utama telur anda. Dan telur telur ini akan habis. Bayangkan, jika dah banyak telur yg rosak menjadi cyst, tinggal berapa lagi telur yg berbaki? Umur masih muda.
Jika anda mempunyai masalah period tidak stabil, segerakan lah jumpe pakar. Jangan malu dan tggu sehingga bertahun. Jangan anggap tidak period bermaksud anda mengandung! Itu adalah hormone. Hormone yg mengganggu kitaran haid.
Tips: nak makan ape² ubat atau supplement, refer doc pakar anda dulu. Sbb dosage berbeza bagi setiap pesakit. JANGAN IKUT APA KAWAN AWAK MAKAN.
Pesanan saya
“hargai lah setiap titis darah period anda, sy setahun hanya sekali beli pad dan itu TIDAK NORMAL”
Hampir dua tahun hidup bersama sebagai suami dan isteri, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang comel. Biarpun Saharul Ridzwan sibuk dengan kerjaya seninya, namun isteri dan anak adalah keutamaan baginya.
Berbanding sesetengah artis yang agak terhad bercerita tentang keluarga, Saharul pula berbeza. Malah, laman sosialnya penuh dengan cerita dan gambar keluarganya. Ada sahaja aktivitinya baik dengan isteri mahupun anak dimuat naik di laman instagramnya.
Selepas mendirikan rumah tangga, Saharul dilihat cukup bahagia dan ada sahaja kisahnya yang memotivasikan orang lain. Terbaru pelakon Jangan Benci Cintaku ini memuat naik cerita doa isterinya untuk sama-sama ke masjid mendengar ceramah agama. Hanya selepas dua tahun, doa itu akhirnya dimakbulkan.
Awal2 kahwin dulu, wife saya pernah cakap dekat saya “Sayang, teringin nak pergi masjid dan dengar ceramah sama-sama”
Hari ni sepatutnya saya shooting, tapi cancel last minit, kemudian ada tahlil arwah kawan baik wife saya di Masjid, katanya lepas Maghrib, tapi Imam buat lepas Isyak. Sementara itu, kami dengarlah ceramah sama-sama
Selepas hampir nak 2 tahun doa itu, maka Allah makbulkan pada hari ini iaitu 1 Zulhijjah 1439 walaupun dengan ‘asbab’ yang lain.
Dia dalam pada itu, turut mengambil berkat bulan Zulhijjah untuk berdoa semoga niatnya untuk menunaikan haji bersama isteri sebelum umur 40 tahun dimakbulkan.
Jadi doa saya hari ni pulak, sy dan isteri dapat dijemput Allah utk tunaikan HAJI sebelum umur kami 40 kalau dipanjangkan umur. Amin, InShaaAllah
Sesungguhnya Allah itu Maha Perancang dan Maha Mengetahui apa yang terbaik utk hambaNya
Allaahu akbar. Allaahu akbar. Allaahu akbar. Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan pengorbanan arwah sebagai Ibu diangkat Allah SWT. Amin Ya Rabb.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.