
Kabinet Dapur Usia 10 Tahun, Lepas ‘Makeover’ Auto Nampak Macam Baru
Kabinet dapur yang lama, usahlah dibuang. Bila kita ‘mekap’ sikit kabinet lama ini, terus nampak macam kabinet baru. Modal yang diperlukan pun tidaklah banyak. Hasilnya tentu memuaskan hati.
Sayang kalau nak dibuang sedangkan kabinet dapur itu masih elok dan kukuh. Hanya ‘rupa parasnya’ sahaja yang nampak buruk.
Berikut dikongsikan projek DIY menukarkan kabinet dapur lama berusia 10 tahun menjadi kabinet dapur baru seperti yang dikongsikan oleh Sha Liya.
KEADAAN ALMARI ASAL:
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Cabut semua drawer, keluarkan pemegang pintu dan skru.
2. Guna spray paint (MR.DIY) untuk pemegang pintu dan skru.
*Pastikan semua permukaan dispray dan biarkan ia kering.
*Sebelum guna spray, lapik dahulu sebab kalau terkena lantai memang susah nak tanggal.
3. Guna kertas pasir untuk ratakan permukaan kayu yang ingin dicat.
4. Lap semua habuk kesan dari kertas pasir terlebih dahulu.
5. Sapu satin glo Nippon Paint pada permukaan warna kuning sebagai base.
*Sapu dua layer. Pastikan lapisan pertama kering sebelum sapu lapisan kedua.
6. Sapu Glitter Gold Nippon Paint pada bahagian kuning itu.
*Pastikan yang satin glo kering dulu sebelum apply Glitter Gold Nippon Paint. Boleh skip step ini kalau nak finishing yang tiada glitter.
7. Sapu Nippon Timber Finish pada seluruh kawasan permukaan yang lain.
*Yang ini kita buat 1 layer sahaja sebab satu layer pun sudah cantik. Terpulang kalau nak buat 2 layer, bergantung kepada finishing yang kita nak.
*Jangan sentuh bahagian yang disapu cat timber finish itu selagi belum kering sebab kotoran mudah melekat pada permukaan itu.
8. Selepas semua sudah kering, bolehlah pasang semula pemegang pintu dan drawer.
INILAH HASILNYA:
Mana-mana perabot yang rosak sikit-sikit itu bolehlah kita baik pulih. Jangan buang. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini eloklah kita berjimat-cermat.
Kredit: Sha Liya
“Baru Saya Tahu, Dryer Ni Ada 3 Jenis…” Wanita Ni Kongsi Beza Untuk Nak Mudah Faham.

Musim hujan ini mulalah kita terfikir betapa pentingya kalau kita ada mesin pengering pakaian di rumah. Bukan apa, berhari-hari baju yang disidai tidak juga kering-kering. Lama-lama berbau hapak pula pakaian yang telah dicuci.
Jadi sebelum anda ingin membeli mesin pengering yang ada di pasaran, lebih baik anda baca info yang dikongsikan oleh Rose Dafeeya ini semoga bermanfaat.
Okay, baru saya tahu, dryer ni ada 3 jenis. Ni sekadar pemahaman sayalah ya.
1. Vented – harganya murah juga. RM800 lebih boleh dapat. Cuma jenis ni kena letak dekat luar. Sebab nak alirkan wap air. Kalau letak dalam rumah, kena sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air tu.
2. Condenser – harganya boleh tahan. RM1200 ke atas. Jenis ni tak perlu letak luar rumah. Sebab wap akan ditukar menjadi air dan disimpan dalam bekas yang ada dekat mesin ni. Cuma, setiap kali lepas keringkan baju, kita kena buang air tu. Dari segi penggunaan elektrik pula, saya dah semak dekat bill calculator TNB. Akan ada tambahan RM15 hingga RM20 jika kita guna setiap hari. Masih dikira okay lah kan.
3. Heat pump – konsepnya masih sama dengan condencer. Tapi lebih power dan padu. Harganya kayangan sikit. Sepanjang pencarian, semuanya lebih RM2000. Saya tak reti sangat nak ulas tentang heat pump ni. Sebab saya bukan orang elektrik. Tapi, memang padulah. Terutamanya penggunaan elektrik. Lepas saya cek, sekali penggunaan 800 watt. Kalau saya guna setiap hari, akan ada kenaikan bil sebanyak RM5 saja. Kalau dua hari sekali, RM2.50 saja bil dryer ni sebulan. Bapak murah. Patutlah Samsung claim, kos elektrik hanya RM30 setahun (kalau saya salah tolong betulkan)
“Kalau abang beli Heatpump, harganya memang mahal. Tapi elektrik murah. Cuba kira balik condencer dengan heatpum dalam jangka masa setahun mana yang lebih untung? Biar beli mahal sekali tapi jimatnya berpanjangan. Daripada beli murah tapi bil mahal.”
Lepas basuh, masukkan dalam dryer. Picit-picit, tunggu 3 jam. Siap. Kering boi.
Lamanya 3 jam. Kemon. Penggunaan elektrik murah, kot. Lagipun, siapa yang nak tunggu 3 jam tu? Lepas klik start, buatlah kerja masing-masing. Nak tidur ke, tengok tivi ke. Lepastu, bila teringat, barulah keluarkan baju dari mesin.
Tak kedut ke? Ada sesetengah dryer, dia ada anti wrinkle. Baju keluar dari mesin, takkan kedut. Bukanlah tak kedut langsung. Tapi tak berkedut macam kita pakai dryer dobi layan diri.
Paling best, dia boleh memerangkap habuk. Lepas basuh, kita boleh buang habuk yang terkumpul dalam filter. Baju bukan setakat bersih tapi lebih bersih. Ha gittewww.
Kalau tanya saya, puas hati tak beli? Jawapan saya puas hati gila. Berbaloi tak beli yang Heatpump? Sangat berbaloi. Alah membeli, menang memakai. Senang tak pakainya? Senang sangat. Sampai dah terlupa cara nak sidai baju macam mana.
Sumber :Rose Dafeeya
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ayah Ni Sanggup Bina Rumah Terapung, Demi Usaha Selamatkan Keluarga Dari Banjir!

Sediakan payung sebelum hujan, inilah peribahasa Melayu yang sering kita dengar malah ucapkan kepada anak-anak kita agar sentiasa ada perancangan dan usaha untuk menghadapi sesuatu keadaan.
Begitu juga apa yang telah dilakukan oleh seorang warga emas yang tinggal di Kampung Tebak, Terengganu dalam membuat persiapan berdepan dengan musim tengkujuh yang umumnya melanda negara setiap hujung tahun.
Guna 69 Tong Plastik
Ini sebagai mana memetik berita yang dikongsikan oleh Sinar Harian, difahamkan A Bakar Che Ahmad, 67 menggunakan kreativiti sendiri dalam membina sebuah rumah terapung sebagai persiapan menghadapi banjir.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Difahamkan sebanyak 69 biji tong plastik digunakan sebagai pelambung bagi memastikan rumah yang mempunyai lima bilik tersebut terapung dan tidak ditenggelami air.
“Saban tahun, kawasan ini sentiasa banjir dengan kedalaman air melebihi empat meter, jadi saya ambil keputusan bina rumah terapung ini sebagai persediaan awal untuk sebarang kecemasan,” katanya.
Inspirasi Daripada Reban Ayam Terapung
Menurut A Bakar, kejayaannya membina sebuah reban ayam terapung bagi menyelamatkan 60 ekor ayam denak pada tahun 2018 dijadikan inspirasi untuk menyiapkan rumah baharu tersebut.
Walaupun tidak mempunyai kemahiran dalam bidang pertukangan, A Bakar tetap berusaha menyiapkan rumah itu sendiri mengikut rekaan seperti yang digambarkan.
Katanya, dua tiang besi turut diletakkan di kiri dan kanan bagi membolehkan ia diikat pada rumah supaya kediaman terbabit kukuh serta tidak dihanyutkan arus banjir.
“Saya tinggal di sini bersama isteri dan dua anak, rumah lama dibina dua tingkat memang sering dinaiki air jadi saya buat rumah ini di sebelah.
“Adanya rumah ini yang telah siap dibina pertengahan September lalu dengan sokongan dan bantuan kewangan daripada anak-anak.
“Ini juga adalah sebagai usaha untuk selamatkan keluarga. Jika banjir bolehlah anak-anak yang lain datang sini untuk selamatkan diri,” ujarnya lagi.
Sumber : Sinar Harian & Astro Awani
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Anak Tak Akan Bosan Cuti Sekolah Ni, Malah Kreativiti & Imaginasi Terserlah Bila Main Ni!

Pada zaman sekarang ini situasi di mana kanak-kanak bersama penggunaan gajet menjadi suatu pemandangan atau keadaan biasa yang boleh kita lihat di mana-mana jua. Malah, tidak hairan jika dikatakan hampir semua anak-anak mempunyai telefon pintar masing-masing.
Tanpa menolak kelebihan adanya teknologi terkini memberi kebaikan buat kita semua, namun penggunaannya haruslah diselia dan dikawal khususnya di kalangan kanak-kanak. Apatah lagi ketika musim cuti sekolah ini, jangan pula sampai seharian anak-anak dibiarkan leka bermain gajet.
Tanpa kawalan, penggunaan gajet yang berlebihan boleh menyebabkan ketagihan dan akhirnya membawa kesan buruk kepada anak-anak.
Tidak mahu semua itu terjadi pada anak-anak, apa kata kita cuba alihkan perhatian anak-anak agar dapat memanfaatkan kreativiti, imaginasi dan ekspresi mereka dengan bermain LEGO.
5 kebaikan bermain LEGO
1.Melatih jiwa seni
Pemilihan warna dan hasil bangunan yang dibuat dapat melatih jiwa seni anak. Kita boleh nampak anak lebih cenderung meminati warna yang jenis terang atau suram.
2.Rangsang daya imaginasi
Anak akan jadi lebih kreatif da berimaginasi. Mereka akan berfikir blok lego yang manakah perlu digunakan untuk digabung.
3.Bentuk kemahiran berkomunikasi
Jika bermain bersama-sama dengan adik beradik yang lain atau dengan kawan, secara tidak langsung akan berkomunikasi dan mereka mengemukakan idea. Dia juga belajar berkongsi barang dan menunggu giliran.
4.Latih kemampuan berbahasa
Kemampuan berbahasa anak juga akan lebih terlatih. Anak akan belajar perkataan dan faham erti ‘di atas’ , ‘di bawah’, ‘kecil’, ‘besar’, dan pelbagai lagi.
5.Pupuk sikap bertanggungjawab
Jadikan kebiasaan selepas main wajib kemas semua permainan LEGO. Ini secara tidak langsung boleh memupuk sikap bertanggungjawab dengan barang sendiri.
Nyata jika ingin disenaraikan kelebihan bermain LEGO terlalu banyak. Jadi sekiranya sebelum ini anak anda hanya ada satu set LEGO, apa kata anda tambah lagi set LEGO yang sedia ada dengan pilihan antara 10 set yang paling popular menjadi pilihan kanak-kanak iaitu LEGO CITY, LEGO Technic dan LEGO Friends untuk membina impian anak-anak anda dalam bermain.
Manakala bagi anak-anak yang sukakan beberapa aksi, mereka boleh memilih untuk bermain menyesuaikan dan menyelesaikan jenayah dengan 60316 LEGO CITY Police Station, set 3 tingkat yang menampilkan kawasan latihan anjing polis serta butiran berinspirasikan cerita seperti kemungkinan pecah masuk penjara dengan menggunakan trak sampah oleh penjahat; atau ingin membina bandar dengan Kren Mudah Alih LEGO CITY 60324 di mana kren pembinaan adalah seperti realiti yang anak-anak boleh lihat di jalan raya; atau buat keputusan taktikal dengan bermain set LEGO 42137.
Begitu juga anak-anak boleh bermain Technic Formula E® Porsche 99X Electric sama seperti pemandu kereta lumba menggunakan aplikasi realiti tambahan dan dua motor tarik ke belakang untuk melancarkan kenderaan.
Manakala bagi kanak-kanak yang sukakan pengembaraan, mereka boleh membuat percikan dengan 41720 LEGO Friends Waterpark yang menampilkan meriam air dan sotong berputar; atau luangkan masa sehari bermain sebagai seorang puteri di 43205 LEGO Disney Princess Ultimate Adventure Castle untuk menikmati keseronokan dan peluang bercerita yang tidak berkesudahannya.
Buat anak kecil yang menyayangi haiwan juga boleh meneroka pemandangan hidupan liar dengan 10974 LEGO DUPLO Wild Animals of Asia.
Kegemaran ramai yang lain termasuk 71403 LEGO Super Mario™ Adventures with Peach Starter Course, 71772 LEGO NINJAGO The Crystal King, 41957 LEGO DOTS Adhesive Patches Mega Pack dan 76206 LEGO Superheroes Iron Man Figure