Buat kudapan makan sambil menonton atau berborak, tak sedar boleh habis sebalang ni. rasanya yang spicy di tambah dengan kerangupan pasti buat anak-anak tertarik. Nah cuba resipi Kacang goreng crispy spicy dari puan Zita Samat
Sedap giler. Nah ada yg tnye resepi tadi. 3 bahan je.. Semudah ABC. 15 minit je siap bleh telan trus 🤣🤣
Sedar atau tidak, setiap hari dari mulanya matahari terbit hinggalah terbenam, ada sahaja tugas mengurus rumah dilakukan oleh isteri, tidak pernah habis! Tentu sahaja keadaan ini memenatkan isteri bila semuanya dilakukan sendiri. Bermula daripada mengemas rumah, mencuci pakaian, memasak, melipat kain dan macam-macam lagi pekerjaan yang dilakukan bagi memastikan seisi rumah berasa selesa dan lengkap segalanya.
Pun begitu, alangkah beruntung dan bertuahnya badan jika bersuamikan seorang lelaki yang tahu membantu isteri dan ringan tulang untuk melakukan kerja-kerja tanpa diminta.
Seorang suami sewajarnya tidak akan membiarkan isteri melakukan semua tugas-tugas itu bersendirian dan harus faham menjadi tanggungjawab bersama untuk saling bantu membantu dalam memastikan keharmonian rumah tangga dapat dicapai. Bahkan membantu isteri itu juga tiada salahnya malah bila suami ringan tulang, pasti dapat ganjaran pahala daripada Allah.
Berkongsi kisah daripada sebuah keluarga ini cukup membahagiakan dan pastinya ramai wanita sebenarnya mengimpikan dan mengharapkan seorang suami yang tidak berkira dan ringan tulang untuk sama-sama mengurus rumahtangga. Mengertilah wahai lelaki bergelar suami bila mana kalian ringan tulang membantu melakukan tugasan di rumah bersama isteri tersayang, tindakan sebegini cukup kuat buat kami isteri rasa disayangi dan dihargai.
Untuk itu, jom kita baca perkongsian kisah daripada Nurlia Mohd Nor ini.
Semalam selepas Isyak saya on washing machine. Dan kemudian pukul 10 lebih saya dah terlelap. Bangun awal pagi saya turun bawah siapkan menu sahur, sediakan ubat Abah dan keperluan lain. Dah ready semua saya gerak Abah dan si kembar yang tidur di ruang bawah. Tak lama kemudian incik suami turun dan sahur bersama- sama. Selesai sahur dia bantu saya mengemas dapur, basuh periuk nasi dan sebagainya.
Bila naik atas semula saya jenguk ke balkoni. Lega. Setel satu kerja. Incik suamiku dah siap sidai semua pakaian yang dibasuh semalam di ampaian. Tak pasti sama ada dia sidai semalam atau sebelum turun sahur tadi.
Ya, antara salah satu punca mood orang perempuan stabil adalah disebabkan perkara kecil seperti ini. Mungkin kecil bagi orang lain, tapi tidak bagi kami kaum wanita. Bila ada yang membantu memudahkan tugasan di rumah hati cukup rasa berbunga- bunga.
Percayalah…
Apabila suami dan anak- anak selalu bantu melakukan tugasan rumah bersama ianya mengurangkan tugasan dan penat lelah kita seharian. Bila kurang tugasan, badan dan otak taklah penat dan ini membuatkan mood kita happy dan ceria.
Andai kata seorang ibu/isteri secara tiba- tiba hilang mood, mungkin ini antara puncanya. Segeralah bertindak. Bantu dia melakukan tugasan rumah bersama- sama dan pasti anda akan lihat dia berubah menjadi individu yang ‘normal’ semula.
Sebenarnya kaum wanita bukanlah serumit yang disangka. Tak susah pun nak happy kan orang perempuan ni. Kalau bagi bunga atau hadiah satu hari je happy, tapi kalau selalu bantu buat kerja rumah hari- hari jadi happy. Happy wife, happy life.
Terima kasih kepada kaum adam yang ringan tulang membantu melakukan tugasan di rumah bersama. Tindakan sebegini cukup buat kami kaum hawa rasa disayangi dan dihargai.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak termasuklah bab pendidikan. DEk kerana itu, ramai ibu bapa yang agak tegas dan menekankan hal ini dalam memastikan anak-anak tidak leka.
Setiap apa yang anak-anak gemari akan diikuti asalkan ia terbaik buat mereka. Demikian juga yang dikongsikan oleh pelakon Yana Samsudin mengenai anak sulungnya, Aisy Mateen.
Menurut yana, anak sulungnya menggemari subjek matematik di dalam bahasa inggeris berbanding bahasa melayu.
Bahkan, anaknya lebih cepat ‘tangkap’ dan cepat belajar jika menggunakan bahasa inggeris.
Paling suka subjek matematik.. Tapi mateen lebih suka kira dalam inggeris, dia cepat tangkap. Kalau bahasa melayu dia agak lambat sikit.
Bukan itu sahaja, Aisy juga telah didedahkan untuk menguasai tiga bahasa iaitu bahasa melayu, inggeris dan juga mandarin sejak masih bayi lagi.
Sebab masa baby lagi dah dedahkan 3 language.. bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa mandarin. Sekarang dia akan guna mana yang dia paling ingat. Alhamdulillah sekarang juga dah minat bahasa arab dan jawi..
Tak pernah paksa, tak pernah rotan semasa proses pembelajaran. Alhamdulillh mudah segala proses nya.
Ingat mateen , mommy bukan nak berlumba dengan kepandaian mateen dengan anak anak yang lain . Mommy nak mateen pandai ikut potensi mateen sahaja. semoga berguna untuk masa hadapan bila mommy takda nanti…
Sebagai wanita yang telah berkahwin, kita sering meletakkan dan berharap suami dapat membahagiakan kita hingga ke hujung nyawa. Umumnya, kita mahu suami adalah insan terbaik untuk kita, namun jika ada kekurangannya sering juga menyebabkan rasa kecewa dan lebih teruk menjadi punca kemarahan dan sekali gus menghilangkan kemanisan dan kebahagiaan berumah tangga.
Untuk itu, apa yang harus kita lakukan sebagai isteri agar bahagia yang kita impikan dapat dirasai hingga hujung nyawa bersama pasangan. Untuk itu, ikuti perkongsian Ummu Izz yang diharapkan dapat membantu ramai isteri untuk menjadi iterbaik dan sekali gus memiliki suami terbaik.
Dulu saya selalu berharap bahagia dari suami, bila harapan diletakkan pada makhluk, maka saya banyak kecewa, marah dan sedih bila suami tak capai standard/piawaian yang diharapkan.
Dalam banyak perkara, saya nak suami ubah jadi begitu begini, jangan buat begitu begini, jenuh hari-hari saya membebel, marah, sindir suami dan sebagainya, dengan harapan suami akan berubah.
Dalam masa yang sama, saya tak rasa saya salah, sebab semua saya ajar suami yang baik-baik, membebel suruh jadi baik, suruh jadi soleh, suruh pimpin anak isteri dan sebagainya perkara yang baik-baik.
Dimana salahnya saya?
Rupa-rupanya salah saya pada AKHLAK. Allah tidak pandang siapa betul siapa salah, tapi kita sering tertipu dengan “aku betul, kau salah”.
Jika “siapa betul siapa salah” jadi ukuran, sudah tentu Nabi saw tak pernah mengaku salah dengan isteri Baginda, yang ketika itu memang Baginda tidak bersalah, tapi tetap juga Baginda mengaku salah.
Itulah akhlak yang mulia.
Akhlak saya tidak baik, membebel sikap yang tidak baik, marah-marah adalah sifat syaitan, bagaimana saya ingin menyeru hati manusia menjadi baik, sedangkan akhlak saya sendiri tidak baik?
Saya menyuruh kebaikan, pada masa yang sama saya suburkan kebencian dalam hati suami dan anak. Sebab itulah bebelan, herdikan, tengkingan, tidak akan jadi “asbab hidayah” untuk orang sekeliling berubah.
Membebel, memarahi secara menengking, mengherdik, ia bukan kaedah mendidik, sebaliknya ekspresi kemarahan yang dilepaskan oleh nafsu mazmumah dalam diri.
Kaedah mendidik manusia, tidak dapat tidak adalah kaedah Nabi yang tersusun cantik dalam sunnah Baginda saw.
Akhlak must comes first.
Jika tiada akhlak, bahkan membebel meleteri 24 jam non-stop sekalipun, tiada hati yang terpikat untuk berubah menjadi lebih baik.
Perkara yang baik perlu diajak dengan kebaikan, bukan dipaksa dengan kebencian dan hati yang panas membara. Tiada jiwa manusia yang tenang saat sedang membebel.
Dimarahi, dileteri, ditengking, dihina, diherdik, tak ada jiwa manusia yang suka perkara begini, tapi semua membenci. Asbab itulah Baginda tidak mendidik dengan kaedah yang dibenci oleh fitrah manusia ini, kerana ia menjauhkan dan merosakkan hati-hati yang baik.
Di satu ketika apabila saya muhasabah diri, saya “pejam mata” akan kekurangan suami, saya mula bicara dengan Allah kembali, saya letakkan harapan pada Dia Yang Satu, saya ubah diri sendiri tanpa pedulikan ingin mengubah suami atau orang sekeliling.
Hebatnya Allah Ta’ala, bila saya fokus ubah diri sendiri, Allah tak semena-mena mengubah suami saya.
Dulu saya penat lidah, penat emosi, penat mental membebel setiap hari, tapi sebaliknya keburukan yang saya dapat, bergaduh siang malam, hati tak tenang, stress, jiwa kacau, tapi once saya ubah diri saya, baiki solat, jaga solat awal waktu, baiki akhlak sendiri, baiki hubungan dengan suami, fokus didik anak, tanpa sepatah kata, Allah telah ubah dia, malah jauh lebih baik dari apa yang saya mahukan selama ini.
Beliau jaga solat berjemaah 5 waktu di masjid, makin banyak luangkan masa dengan anak-isteri, berkasih-sayang, berlumba-lumba khidmat dalam rumahtangga, tiada lagi sikap berebut malas, bersama-sama berpimpin tangan berganding bahu, lead anak buat khidmat diluar rumah, jaga amal, ikram ahli keluarga, infaq sana sini, masya Allah…
Benarlah Allah kata, “jika kamu bersyukur, maka Aku akan tambah nikmatKu kepadamu, namun jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat pedih” (QS,14:7)
Teringat pada kata-kata Ustaz Ebit, “jangan ubah pasangan kita, tapi ubah diri kita”
Akhlak Ustaz Ebit saja telah dapat tarik arwah ibu beliau meninggal dunia dalam Islam, akhlak Ustaz Ebit saja dapat tarik ayah beliau mengenal Allah, akhlak Ustaz Ebit saja dapat tarik isteri beliau terjun dalam kerja-kerja dakwah, akhlak para daie ini bahkan telah berjaya menarik golongan LGBT, mat rempit, drug addicts, dan sebagainya ummat yang jauh dari agama.
Yang mana mereka bukan telah confirm neraka, dan kita pula bukan telah confirm syurga.
Saya yakin, tiada kejayaan melainkan dengan cara Nabi saw dan para sahabat radhiaLlahu ‘anhum, yakni orang-orang yang telah berjaya, yang dijamin syurga oleh Allah ta’ala…
Disclaimer: Post ini berkisarkan tentang akhlak dalam mendidik jiwa manusia, bukan ingin merendahkan sesiapa atau ingin memuji sesiapa, tapi digarapkan dalam bentuk pengalaman dan kisah peribadi saya sendiri.
Moga Allah ampun, moga Allah redha, tempat tuju kita semua akhirnya kembali ke sana jua.
sumber : Ummu Izz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Faizal Ismail mencuri perhatian apabila tidak dapat menahan sebak ketika menjadi wali dalam majlis pernikahan anak sulungnya, Nur Khairina Iman, yang berlangsung di Cyberjaya.