“Kadang Gaya Bebel Anak Sulung Sebijik Macam Ibunya”- Anak Ni Peniru Paling Agung!

Share

Anak adalah anugerah, tetapi ia tidak terhenti sekadar itu sahaja. Anak-anak juga adalah amanah. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendidik mereka dengan sebaik mungkin dan tahukah anada cara paling berkesan dalam mendidik anak-anak adalah melalui diri kita sendiri.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Ramai mengatakan anak adalah cermin dan pantulan daripada pelakuan ibu bapanya. Oleh itu kita sebagai ibu ayah perlu menjadi contoh teladan dengan menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik di hadapan anak-anak kerana anak-anak cenderung mengikuti tingkah laku yang paling hampir dengan mereka

Anak ni peniru paling agung

  1. Kadang gaya bebel anak sulung sebijik macam ibunya
  2. Kadang nada dan cara bercakap sesama adik beradiknya pun sebijik macam bapanya
  3. Kadang cara dia tunjuk emosi gembira sama macam gaya mak ayahnya
  4. Kadang cara dia luah emosi amarahnya pun sama sebijik seperti cara dia dimarah oleh ibu bapanya
  5. Kadang cara dia hormat mak ayahnya pun sama seperti mak ayahnya hormat padanya
  6. Kadang loghat bahasa yang dia gunakan dia tak pernah dituturkan oleh mak ayahnya tetapi sebijik sama seperti loghat bahasa kartun yang ditontonnya

Anak ni peniru paling agung. Kadang kita memang tak boleh ubah anak anak kita melainkan kita ubah perkara di sekeliling anak kita samada rancangan yang dia tonton dan juga kejiranan yang anak kita tinggal..

Tapi yang paling terbaik yang kita boleh buat untuk anak anak kita adalah dengan cara kita ubah diri kita sendiri. Kita lah sumber primer dan sumber pertama yang anak anak kita contohi dan tiru selama ini.. Tanpa disedari

Sumber : Taufiq Razif

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

 

IKLAN