Kaedah Paling Senang Jika Mahu Daun Sup Tahan Lebih Lama. Ibu-Ibu Patut Cuba Ni!

Share

Biasanya daun sup atau sayuran hijau lain mudah busuk dan layu. Tapi ada cara andai ibu-ibu mahu pastikan ia dapat tahan lebih lama. Kaedah ini dikongsi oleh pembaca dalam Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).

Langkahnya adalah seperti berikut;

1. Basuh bersih daun sup.

2. Racik daun sup lalu masukkan dalam bekas kiub ais.

3. Kemudian, tuang air hingga menenggelami daun sup.

4. Bekukan dalam peti sejuk menjadi kiub ais.

5. Apabila mahu digunakan untuk masakan sup ambil 2-3 kiub ais daun sup lalu masukkan ke dalam kuah sup yang sedang menggelegak.

Mudah kan, selamat mencuba.

Sumber: Facebook Masak Apa Hari Ni

IKLAN