Kaedah Tarik Dahan, Tu Rupanya Rahsia Pokok Limau Purut Merendang & Lebat Buahnya. Begini Cara Buatnya!

Share

Antara pokok yang biasa akan ditanam di laman rumah adalah pokok limau purut. Maklumlah banyak kegunaannya, selain daun digunakan untuk menyediakan menu tomyam, paprik dan sebagainya malah buahnya juga banyak digunakan dalam petua-petua orang dulu-dulu untuk merawat penyakit dan sebagainya.

Jadi bila ada yang sudah menanam pokok limau purut ini namun berdepan dengan masalah pokok yang tegak meninggi malah tidak berbuah, bolehlah praktikkan cara yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Amri ini iaitu dengan kaedah tarik tahan.

CARA LEBATKAN POKOK LIMAU PURUT, MUDAH!
Sebelum ini pernah saya kongsikan berkaitan tanaman limau purut. Pokok ini saya tanam di dalam pasu sahaja, tetapi telah memberikan hasil yang sangat luar biasa.

Kali ini saya berkongsi pula cara saya lebatkan pokok limau purut menggunakan kaedah atau petua yang dikongsikan oleh “orang lama”. Sahabat, memang menjadi jadi pokok lebat daun juga buahnya.

Tapi sahabat berkebun semua kena ingat, ini adalah satu teknik untuk melebatkan pokok sahaja. Perkara asas seperti baja, cahaya, booster, siraman tetap kena on. Kalau tidak nayaaa laa!

Langkah 1 : Buatkan ‘ring’ dengan menggunakan dawai yang diikat di bahagian pasu pokok seperti di dalam gambar.

 

Langkah 2 : Ambil tali atau dawai untuk dijadikan pengikat ranting pokok. Pastikan semasa mengikat ranting jangan terlalu ketat. Buat secara berhati-hati.

 

Langkah 3 : Kemudian ikatkan hujung dawai tadi pada ‘ring’ yang ada di bahagian pasu. Ini bertujuan untuk ranting pokok melentur ke bawah dan dengan kaedah ini akan menjadikan pokok lebih rendang dan dalam masa yang sama pada bahagian yang melentur akan tumbuh cabang ranting baru. Ini akan mempercepatkan lagi pokok limau purut merendang dan berbuah lebat.

Dan inilah hasilnya pokok limau purut yang mempunyai banyak cabang, rendang dan berbuah lebat.

Untuk lebih detail anda boleh lihat video yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Amri ini.

Sumber : Mohd Amri 

 

ARTIKEL MENARIK:Cara Mudah Menabung Di Maybank2U, Sampai Masa ‘Matang’ Sedar-Sedar Duit Sudah Banyak Dalam Akaun!

LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN