Menerusi satu hantaran di instagram dan tiktok, penyanyi Alyah memohon orang ramai untuk mendoakan keluarga kakaknya yang menetap di Johor, kini disahkan positif Covid-19.
Terdahulu Alyah berkongsi keadaan anak saudaranya yang dijangkiti Covid-19 berpunca daripada sebuah kilang di Gelang patah, tempat Siti Nazirah dan keluarganya berniaga makanan.
Ujarnya, ” Mohon doakan Anak sedara saya @nazirah_aziz93 kembali sihat semula. Dia dah ditidurkan kerna sukar bernafas kerana positive covid19 dan seluruh keluarganya sudah terkena positive covid19.”
Ads
“Dikenal pasti dijangkiti dari kilang tempat mereka menjual makanan di kafe kilang tersebut di gelang patah dan kilang terbabit masih beroperasi…”
Tambahnya lagi, “Adakala duit mampu mengaburi mata tapi saya mohon renung2kan mampu kah duit mengembalikan nyawa??? Mungkin kematian atau yg sakit itu bukan dari kalangan keluarga pihak pihak yg harus mengambil tindakan. Tapi hilangkah rasa kemanusian kerana wang ringgit??”
Menerusi hantaran terkini, Alyah menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu ujian berat dan apa yang mampu dilakukan olehnya adalah dengan berdoa.
Ads
“Beratnya dugaan kakak aku ya Allah swt.Dan aku hanya mampu berdoa dari kejauhan.
Wahai sahabat ig ku sesungguhnya aku buntu kerna aku tidak mampu berbuat apa apa kecuali berdoa.Duduklah dibelakangku bersama berdoa dgn ku buat kakakku yg berada di wad c19,Abg iparku yg dikuarantinkan,seorang anak sedaraku yg telah dikomakan,seorang lagi yg dikuarantinkan di pasir gudang dan 3 dikuarantin dirumah.Dugaan besar buat keluarga kakakku”
Isteri kepada pemuzik, Datuk Ramli MS ini juga merayu agar semua peminatnya turut mendoakan kesejahteraan anak saudara dan seisi keluarga kakaknya itu dan benar benar berharap agar kilang-kilang yang tak sepatutnya beroperasi ditutup sementara wabak ini tidak dapat dibendung.
Menu yang manis berlemak ini memang diakui menjadi makanan yang digemari oleh anak-anak. Bahkan kita orang dewasa juga tidak terkecuali, turut sama melayan selera. Umpanya Jagung Manis Leleh ini, tidak tertahan rasanya untuk segera dijamah andai terhidang di depan mata. Nampak cukup menyelerakan!
Tambahan pula berbeza cara penyediaannya, jika sebelum ini jagung hanya direbus atau dibakar, tapi dengan menyediakan resipi seperti yang dikongsikan oleh Nor Ashima Mohd Utama ini memberi variasi untuk anda sekeluarga menikmati jagung dengan penuh berselera.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita buat dan nikmati keenakan rasanya.
Resepi Jagung Manis Leleh
5 biji jagung- potong 2@3 ikut pada kesukaan anda nak kecik ke besar.
5 sudu besar tepung kastard
1 cawan susu pekat manis (KLIK link untuk beli online)
1 tin susu cair
Sedikit garam
Cara Buat:
– Rebus jagung tanpa garam dan gula. Kalau tak nanti jagung mudah kecut. Tak cantik.
– Jagung yang telah masak elok, angkat tos letak tepi. Tinggalkan sedikit sahaja air rebusan jagung. (Dalam 3,4 cawan sahaja).
– Perlahankan api,masukkn susu cair. Bila nak mendidih sedikit, masukkn susu pekat dan sedikit garam (1 sudu teh).
– Dah mendidih elok, masukkan tepung kastard. Kacau sampai pekat ikut pada citarasa anda nak, jika terlalu pekat tambah air panas sedikit. *sentiasa kacau ye selepas masukkan tepung kastard.
– Manis dan pekat ikut pada citarasa masing-masing ye, kalau saya nak manis lemak baru best
– Dah siap! Kalau yg suka chesse boleh tambah chesse last sekali ye.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Antara emosi negatif yang ada dalam setiap diri kita adalah antaranya mempunyai perasaan marah. Atas sebab ini juga, tidak hairanlah dalam satu hari pasti ada sahaja perkara atau tingkah laku anak-anak yang boleh menyebabkan seorang ibu menjadi marah tiba-tiba. Ayat mudahnya, ada sahaja yang tidak kena.
Jika dimarahi sekali sekala itu lumrah, namun andai pantang anak buat silap habis ‘dilahar’, maka tindakan tersebut wajar diambil serius untuk segera berubah. Ini memandangkan perasaan marah itu jika tidak dikawal dengan sebaiknya bimbang akhirnya menyebabkan seseorang menjadi baran dan suka menengking.
Justeru, menyentuh tentang keinginan untuk berubah menjadi seorang yang lebih tenang, dan sekali gus membuang sifat baran dalam diri. Ada baiknya kita baca perkongsian seorang ibu ini yang mana berkongsi pengalaman dan proses yang dilaluinya untuk berubah daripada seorang yang bersikap baran menjadi seorang ibu yang lebih tenang jiwa, perasaan dan tingkah lakunya.
Nak tahu lanjut, jom baca perkongsian penuh daripadanya.
Orang tanya saya, macam mana saya control baran. Ya, dulu saya baran. Luar biasa juga. Tanyalah suami saya, tuan Akmal. Benda kecil pun saya mudah berang.
Awal perkahwinan dulu saya pernah tanya suami saya, angkat baju tak? Masa tu dah Maghrib. Suami saya jawab tak, sebab saya tak pesan.
Terus saya menengking, saya kata habis semua benda saya kena buat sendirilah? Serius keluar suara lelaki masa tu. Sambil angkat baju, saya mendengus kuat sambil muka menyinga. Campak kasar baju-baju ke katil.
Kemudian, apa yang jadi lepas tu saya akan mudah berang. Kalau anak buat perangai, memang kenalah dengan saya. Kalau memukul, boleh berbirat dibuatnya.
Marahnya bersambung-sambung. Kalau boleh nampak dosa, agaknya berbakul-bakul penuh.
Bila saya decide nak lawan balik #depression dan #anxiety, saya kena buang semua benda-benda negatif termasuklah sikap baran.
Tuan Akmal nampak progress saya cuba buang sikap marah. Dari memukul, saya mula berhenti memukul. Dari menengking, saya mula rendahkan tone suara. Dari marah-marah, saya mula senyap. Dari marah berjam-jam, saya mula marah dalam tempoh sekejap. Dari marah bersambung-sambung, saya mula marah masa tu saja.
Ya, tak mudah. Ianya proses yang lama. Bertahun-tahun. Jadi, apa rahsianya?
Tak ada rahsia.
1. Saya banyak membaca dan cari ilmu terutama sekali bab parenting. Sebab life saya surirumah, 24 jam dengan anak. Saya mesti tackle punca utama buat saya stress. Bila ada ilmu, baru saya faham kenapa anak tantrum, kenapa anak meragam, kenapa anak beremosi.
2. Saya jaga makan. Saya perasan, bila saya eat clean dan makan dalam portion yang sedikit, emosi saya semakin baik. Bila saya follow penulisan doktor-doktor di Facebook, fahamlah saya. Makanan memang berkait rapat dengan emosi, terutama sekali kalau pengambilan gula dan tepung yang berlebihan. Jadi saya mula kurang makan makanan manis. Percaya tak, dulu sentiasa standby stok kek SR dalam peti.
3. Setiap malam, saya selalu minta maaf pada suami dan anak-anak. Saya sedar, jadi ibu bukan tanda saya ada kuasa veto untuk control anak. Saya sedar, saya bukan isteri yang sempurna buat suami saya. Amalan meminta maaf buat saya turunkan ego, lama-lama ego akan lenyap.
4. Saya mula memeluk dan mencium anak. Dulu, Mawar sangat takut pada saya. Sekarang, kalau Mawar nak ke sekolah mesti dia dapatkan saya dulu. Peluk dan cium tangan. Pergi kedai pun nak salam.
5. Saya mula ambil insiatif “pejam mata” bila anak buat silap. Contoh macam dalam gambar ini, Muawwiz nak tutup botol mineral sendiri. Yalah, dah 2 tahun ni semua benda dia nak buat sendiri. Saya cakap “okaylah, Awiz tutup sendiri.”
Tak lama lepas tu Muawwiz datang cakap minta maaf. Saya tanya kenapa? Dia tunjuk air tumpah. Yeee memang menyirap juga dibuatnya. Saya tarik nafas, saya jawab pergilah ambil kain di dapur. Boleh lap. (tanpa marah-marah)
Berlari anak Muawwiz ke dapur, ambil kain lap tangan terus lap air atas lantai. Kain lap tangan? Ya Allahhhh… Saya senyum jeee. Dah selesai lap Muawwiz kata dah mami. Saya kata okay pergi letak kain di singki dengan nada lembut. Kemudian saya puji, saya cakap bersih lantai ni, macam baru lepas mop.
Tak lama lepas tu, saya pula tertumpahkan air. Terus Muawwiz bersuara “tak apa mami, air boleh lap. Nanti pergi ambil kain” bersahaja saja dia bersuara, sama macam saya tegur dia sebelum ini. Sayu pulak hati ni bila anak tegur kita. Anak memang copy paste apa kita buat.
Akak-akak, abang-abang, bersabarlah dengan diri sendiri kalau nak berubah. Ada masa kita boleh, ada masa kita tak boleh. Itu biasa.
Berdoalah pada Allah. Bawa berbincang dengan pasangan sebab bagi saya, kunci perkahwinan itu ialah komunikasi. Mintalah pasangan beri sokongan. Kemudian sama-samalah berusaha.
Keterujaan untuk bercucuk tanam tidak membataskan saudara Azizul untuk memiliki kebun sayurnya sendiri walaupun tinggal di rumah kondo.
Bukan sepasu dua pokok ditanam olehnya malah banyak dan pelbagai, bahkan tanamannya hidup begitu subur.
Berkongsi info cara dan teknik yang dilakukan olehnya di sini, semoga dapat memberi inspirasi kepada anda.
Ini perkongsiannya.
Alhamdulillah.
Salam semua. Saya kongsikan kisah kebun langit aras 34 ini. Mula-mula pindah kesini hanya ingin tanam pokok Alor Vera, kari dan pandan sahaja. Tapi apabila tragedi PKP/MCO tu projek merebak sampai jadi kebun langit terus.
Saya cuma tanam sayur yang senang untuk di jaga dan sedap untuk di makan. Contohnya Kailan jenis broccoli, pakchoi, bayam Brazil, daun sup da ketumbar. Kangkung, sawi dan bayam merah susah sikit, ia memerlukan ruang besar. Kalau tak sayur jadi kecil dan halus.
Pokok cili ada beberapa pokok dan jenis. Bug putih tu memang selalu menyerang juga walaupun duduk di aras tinggi ni. Tapi saya dah jumpa satu teknik. Saya sembur serai wangi bercampur sedikit cuka kayu.
Kaedah siraman, saya guna air recycle dari penyaman udara. Saya akan bancuh baja hidroponik A+B terus ke dalam tong air tu. Itu yang subur menghijau lain macam.Tak perlu angkut air dari bilik air.
Rack putih saya beli di Aeon. Rack grey saya beli di shoppe. Ia tahan karat dan untuk outdoor. Ada beberapa jenis sayuran yang memerlukan cahaya direct. Jadi ruang bawah tak berguna sangat kecuali pokok pudina yang santai tak perlu cahaya terang.
Tanaman saya juga ada beberapa yang kurang menjadi contohnya kunyit dan daun kesum. Susah betul nak kembang subur kat atas ni. Begitu juga pokok keladi. Saya akan tetap berusaha.
Saya akan elak menanam pokok yang akan menghasilkan daun kering. Nanti jiran bawah marah. Biasanya sayur sahaja akan diletakkan ditepi balkoni. Pokok cili, daun kaduk dan kunyit disusun disebelah dalam. Senang nak uruskan daun-daun yang kering. Biasanya sebelum daun kuning saya dah cantas.
Untuk masa akan datang, saya ingin mencuba tanam cekur manis dalam pasu panjang. Hehehe.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.