Barang seperti ironing board jangan terus dibuang jika rosak. Ada banyak kegunaan lain. Sebagai contohnya dijadikan pelapik untuk meja tulis atau tempat mengecas telefon. Inilah yang dikongsikan oleh Zulaila Ismail menerusi kelab Deko Bajet Malaysia.
Kaki ironboad patah jangan buang, boleh letak adjustable bracket jadi macam ni.
“Multipurpose table..boleh buat papan gosok dan boleh jugak jadi meja tulis atau tempat cas henpon..
Ads
Kaki ironboard tu dah patah sayang nak buang so masih boleh diselamatkan😅…
lupa nak kabo besinye tu boleh beli kat DIY harga dalam RM16 jek adjustable bracket namanya.
Ads
Ads
Kredit: Zulaila Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Media sosial pagi ini dihujani dengan berita Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyambut keputeraan putera kedua. Baginda berkongsi berita tersebut dengan memuatkan sekeping gambar bersama isteri dan puteranya.
Pasangan diraja yang disatukan pada 2014 sebelum ini dikurniakan puteri dan putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah serta Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.
Turut berkongsi berita yang sama, Che Puan Khaleeda Bustamam yang memilih bersalin di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru sudah dibenarkan pulang ke kediaman bagi menjalani sesi berpantang.
Menerusi laman Instagram, Che Puan Khaleeda menzahirkan ucapan terima kasih kepada doktor dan kakitangan hospital yang terlibat dalam melancarkan proses kelahiran tersebut.
Dalam pada itu, rata-rata netizen melahirkan rasa bangga dan memuji pasangan diraja ini kerana memilih hospital kerajaan berbanding di swasta bagi melahirkan cahaya ketiga itu.
Seperti tahu ajalnya semakin dekat, seorang suami ini memberikan catatan buat isteri dan ahli keluarganya di facebook miliknya untuk dijadikan pesanan dan ingatan akhir untuk insan yang tersayang.
“Buat isteri aku, maafkan abang kalau abang gagal membahagiakan anak-anak dan isteri… ayah dah cuba buat yang terbaik, ingat pesan dan amanah ayah… solat dan al-Quran jangan bagi depa tinggal”
Itu antara coretan terakhir pengawal keselamatan, Mohammad Hafizuddin Abdul Halim, 36, kepada isterinya Sunani Yusuf yang dimuat naik dalam Facebook (FB) miliknya dua hari sebelum meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, Khamis lalu yang dikongsikan di myMetro.
Dalam coretan itu, Allahyarham Mohammad Hafizuddin turut memohon maaf kepada ibu dan bapanya kerana tidak sempat membalas jasa mereka.
Malah, anak sulung daripada sembilan beradik turut berpesan kepada ahli keluarga supaya menjaga semua anaknya yang berusia dua hingga 13 tahun sekiranya dia sudah tiada.
Ayah Meninggal Sehari Sebelum
Lebih menyedihkan, Allahyarham yang ditidurkan juga tidak mengetahui bapanya, Abdul Halim Abdullah, 59, meninggal dunia sehari sebelum itu di hospital sama.
Adik ketiga Allahyarham, Muhammad Hafizan Abdul Halim, 32, berkata, dia dan arwah memang rapat namun terpaksa menerima kenyataan yang abangnya sudah tiada buat selama-lamanya.
“Bukan saja abang, malah sehari sebelum itu kami sekeluarga terpaksa menerima berita pemergian bapa yang meninggal dunia juga akibat Covid-19 selepas dua hari dimasukkan ke hospital.
“Kami adik beradik terpaksa menghadapi semua ini dengan tabah dan kuat selain berharap dapat menunaikan permintaan arwah abang untuk menjaga keluarganya,” katanya.
16 Hari ‘Berjuang’
Muhammad Hafizan berkata, abangnya terlebih dahulu dikesan positif dan menjalani rawatan selama 16 hari di HSAH namun kesihatannya merosot dan terpaksa ditidurkan selama dua hari.
“Selepas abang, bapa mula berasa badannya lemah dan demam namun arwah mendakwa itu berlaku kerana dia terlupa makan ubat darah tinggi dan kencing manis yang dihidapinya.
“Bagaimanapun, selepas dibawa ke hospital, dia didapati positif Covid-19 sebelum ditahan dan diberikan rawatan kecemasan,” katanya.
Menurutnya, selepas dua hari menerima rawatan bapanya meninggal dunia jam 10.42 malam Rabu disusuli abang jam 7 malam keesokannya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Teka-teki peminat sebelum ini berkenaan baby bump Wawa Zainal kini terjawab.
Ini berikutan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel memaklumkan isterinya kini sedang hamil anak keempat mereka.
Berita gembira tersebut dimuat naik Aeril menerusi satu hantaran terkininya di Instagram bersama pautan video.
Dalam perkongsian tersebut, Aeril menzahirkan rasa syukur dan mendoakan agar isterinya sentiasa dirahmati Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah ya Allah doa di makbulkan dapat baby no 4, tinggal nak 1 je lagi. Doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tak lama lagi.
“Doa yang baik2 ya, terima kasih semua. Semoga @w4w4_zainal sentiasa dalam lindunganNya. Terima kasih syg. Jgn tutup kilang dulu ye,” tulisnya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.