Diuji dengan sakit, pening kepala, selesema atau demam, itu biasa sesiapa pun merasakannya. Malah anak-anak kita juga tahap kesihatannya tidak menentu, kejap ok sekejap sakit. Apatah lagi untuk ibu ayah kita yang semakin berusia, risiko untuk lebih kerap jatuh sakit itu lebih tinggi. Maklumlah imunisasi tubuh semakin merosot.

Bila setiap kali sakit, pasti kita akan pergi ke klinik atau pun hospital untuk dapatkan rawatan agar cepat sembuh. Dan bila menyentuh tentang kos rawatan yang perlu dibayar, boleh tahan juga jumlahnya.

Kalau Ada Ahli Keluarga Diuji Dengan Penyakit Kritikal, Boleh Tuntut RM 8000 Dengan Kerajaan!

Itu baru sakit yang biasa-biasa, cuba bayangkan berapa pula kos yang perlu ditanggung untuk merawat 36 jenis penyakit kritikal seperti kanser, koma, penyakit Paru-paru dan sebagainya? Sah-sah memerlukan kos yang jauh lebih mahal dan tidak semua antara kita mampu untuk menanggung kos tersebut.

Tapi bila adanya mySalam, iaitu skim yang menawarkan PERLINDUNGAN KESIHATAN TAKAFUL PERCUMA kepada 3.8 juta individu yang di dalam kumpulan berpendapatan rendah B40 dan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun serta pasangan mereka sewajarnya boleh berasa lega dan perlu memanfaatkannya  dengan sebaik mungkin.

Kalau Ada Ahli Keluarga Diuji Dengan Penyakit Kritikal, Boleh Tuntut RM 8000 Dengan Kerajaan!

Mulai 1 Januari lalu, mana-mana yang telah tersenarai di dalam B40 dan jika menghidap antara 36 jenis penyakit kritikal ini, boleh datang menuntut RM8000 dengan syarat rawatan dibuat di hospital kerajaan. Ia dikendalikan oleh syarikat insuran Great Eastern Takaful Berhad dan disahkan patuh syariah.

Bukan sahaja bagi mereka yang tersenarai di dalam skim ini boleh dapat wang tunai yang akan dikreaditkan ke akaun penerima secara terus, malah penerima juga akan mendapat alaun hospital harian sebanyak RM 50 (maksimum 14 hari).

Ni Senarai 36 Penyakit Kritikal yang Dilindungi di bawah Skim Perlindungan Nasional B40:

1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih

2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama

3. Meningitis Bakteria

4. Tumor Otak Benigna

5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya

6. Pembedahan Otak

7. Kanser

IKLAN

8. Kardiomiopati Teruk

9. Anemia Aplasia Kronik

10. Koma

11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari

12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih

13. Ensefalitis/encephalitis

14. Kegagalan Hati Tahap Akhir

15. Penyakit Paru-Paru

16. AIDS Peringkat Teruk

17. Hepatitis Virus Fulminan

IKLAN

18. Serangan Jantung

19. Pembedahan Injap Jantung

20. HIV Akibat Transfusi Darah

21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang

22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)

23. Hilang Pertuturan

24. Trauma Kepala Utama

25. Pemindahan Organ Utama/ Sum

26. Penyakit Neuron Motor

IKLAN

27. Sklerosis Berbilang

28. Distrofi Otot

29. Kelumpuhan / Paraplegia

30. Penyakit Parkinson

31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer

32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius

33. Strok

34. Pembedahan Aorta

35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)

36. Pelecuran Tahap Ketiga

Kalau Ada Ahli Keluarga Diuji Dengan Penyakit Kritikal, Boleh Tuntut RM 8000 Dengan Kerajaan!

Nak Tuntut Senang Ke Susah ?

Boleh rujuk kepada arahan di laman sesawang mySalam, namun jika ibu dan ayah terasa sukar bolehlah minta bantuan anak yang dewasa untuk uruskannya.

 

Sumber : mySalam

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI