“Kalau Ayah Jaga Anak, Dia Yang Tidur Dulu.” Gambar Anak Eyra Hazali Bersama Ayah Undang Perhatian, Ramai Geram!

Share

Setiap ibu bapa tidak mahu melepas peluang untuk menikmati momen bersama si kecil yang tengah membesar.

Perkongsian tebaru pelakon Eyra Hazali atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali menerusi laman twitternya mencuri tumpuan wargamaya.

Gambar yang memaparkan  suaminya bersama anak mereka sedang tidur mencuit hati  kerana seolah-olah si anak yang menjaga ayah yang sedang tidur.


Melihat situasi si ayah terlebih dahulu tidur manakala anak masih berjaga mengundang perhatian ramai. Ada yang mengatakan itulah situasi yang sering berlaku semasa sedang menjaga anak yang masih kecil.

Rata-rata geram melihat gelagat anak sulung Eyra, Muhammad Hayder Qalish yang cukup comel tersenyum yang seolah-olah tahu ibunya sedang mengambil gambarnya.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN