Melihat situasi si ayah terlebih dahulu tidur manakala anak masih berjaga mengundang perhatian ramai. Ada yang mengatakan itulah situasi yang sering berlaku semasa sedang menjaga anak yang masih kecil.
Ads
Rata-rata geram melihat gelagat anak sulung Eyra, Muhammad Hayder Qalish yang cukup comel tersenyum yang seolah-olah tahu ibunya sedang mengambil gambarnya.
Apabila sudah mendapat rumah pula, pasti satu perkara akan bermain di fikiran pemilik: bagaimana untuk membuat ruang dalam rumah kelihatan lebih luas.
Ini lebih-lebih lagi bagi para pembeli rumah Bina Ikut Tempahan (BTO) yang rata-ratanya lebih kecil berbanding rumah lama.
Sebelum anda tergesa-gesa angkat pengetuk untuk memecahkan tembok, baca dahulu enam tip ini yang boleh membuat mahligai anda kelihatan lebih luas dan selesa.
1. ‘Sembunyikan’ barang
Ruang yang kecil akan nampak lebih sempit jika terlalu sarat dengan barang. Cari cara untuk menyusun dan menyimpan barang ara ‘tersembunyi’ – sama ada di balik tabir, belakang pintu atau atas rak-rak. Terdapat juga perabot pelbagai fungsi seperti katil ‘storage bed’ dan kerusi yang bukan sahaja untuk dibuat baring atau duduk, malah boleh menyimpan barang.
Dengan cara ini, ruang-ruang yang ada akan kelihatan teratur, kemas dan lebih penting lagi, luas.
2. Pilih warna yang terang dan lembut
Anda mungkin mempunyai warna kegemaran sendiri, namun adalah penting untuk memilih warna yang terang, lembut dan sejuk (soft and cool) agar membuat suatu ruang nampak lebih terbuka dan luas. Menurut The Spruce, warna hijau dan biru akan memberi kesan yang paling optimum.
3. Padankan warna
Ya, peranan warna lagi. Selain memilih jenis warna, campuran warna juga boleh membawa kesan kepada ‘keluasan’ ruang dalam rumah. Warna yang senjang atau kontras akan membuat sebuah ruang kelihatan berpecah-belah atau terpisah. Sebaliknya, jika anda memadankan warna perabot dan dinding atau langsir, ia membuat ruang kelihatan lebih tersambung lantas lebih luas.
4. Lebih cahaya, lebih luas!
Mana-mana ruang bilik apabila dilimpahi cahaya, tidak kira cahaya semula jadi atau buatan, pasti nampak lebih luas. Buka pintu dan tingkap dengan luas pada siang hari untuk manfaatkan cahaya dari luar. Gunakan lampu untuk menghiaskan dan meluaskan lagi ruang rumah anda.
Oh ya, elakkan juga daripada menggunakan langsir tebal yang menghalang cahaya. Lagipun dengan jadual padat kehidupan hari ini, siapa yang mahu mencari masa mencuci langsir-langsir berat itu?
5. Letak cermin
Penggunaan permukaan cermin dan lutsinar (see-through) juga dapat membantu dalam membuat sebuah ruang nampak lebih luas. Misalnya, meletakkan skrin mandi yang legap (opaque) akan membahagi ruang yang semamangnya sudah sempit. Jika digantikan dengan skrin lutsinar dan tanpa bingkai, secara semulajadi ia tidak lagi kelihatan begitu merimaskan.
Begitu juga dengan menggunakan cermin. Satu atau dua cermin tinggi dan besar yang diletakkan pada dinding, serta merta meluaskan lagi pemandangan dalam rumah.
6. Besar perabot, besarlah ruang!
Ya, anda tidak tersilap baca. Bayangkan satu ruang yang dipenuhi dengan lima atau enam kerusi kecil di sana sini. Bandingkan pula jika dalam ruang yang sama, kesemua kerusi kecil itu digantikan dengan satu atau dua sofa sahaja yang boleh dinikmati beramai-ramai. Pasti lebih kemas dan teratur, bukan?
Jika seseorang bijak menggantikan perabot kecil yang banyak dengan perabot yang besar sedikit namun kurang bilangannya, ia akan membuka ruang di dalam rumah anda.
Kredit: WKK Bina via The Spruce
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap orang pasti ada kenangan waktu kecil, itulah yang dikongsikan oleh Tengku Mahkota Pahang menerusi laman Instagramnya.
Memuatnaik naik gambar kenangan ketika kecil bersama kekanda dan adindanya nyata meraih perhatian ramai.
Rata-rata yang melihat perkongsian tersebut teruja. Bukan mudah Kan nak melihat wajah kerabat sewaktu kecil.
Meninjau akaun Instagram milik baginda, terdapat perkongsian sekeping gambar yang memaparkan wajah Tengku Hassanal bersama adindanya yang lain antaranya Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Tengku Puteri Afzan Aminah, Tengku Puteri Jihan Azizah dan Tengku Muhammad Iskandar.
Rata-rata memuji wajah putera dan puteri tidak banyak berubah. Usai dewasa, masing-masing nampak cantik dan kacak belaka. Tengku Afzan misalnya ketika kecil cukup comel dan sedikit dengan baju merah jambunya.Rupa-rupanya gambar tersebut adalah kenangan yang diambil ketika mereka berada di England pada tahun 2004. Kelihatan semuanya masih kecil dan berwajah comel. Tengku Ahmad memaut leher Tengku Muhammad dan kedua putera ini nampak begitu akrab.Sejak dahulu lagi, Pemangku Sultan Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah antara putera raja yang sering menjadi perhatian ramai. Bahkan sikapnya yang berjiwa rakyat serta humble Yang diwarisi bonda dan dan ayahanda membuatkan,baginda cukup disayangi.
Sehingga kini, posting oleh Tengku Hassanal ini telahpun mendapat lebih 44 ribu likers daripada netizen.