Tentunya waktu ini ibu bapa sibuk menguruskan persekolahan hari pertama anak-anak. Pastinya ada segelintir anak-anak yang menangis tetapi ada juga yang dapat mengawal perasaan.
Waktu ini juga, cikgu adalah individu yang popular yang akan menjadi perhatian ibu bapa. Ketika ini cikgu akan menjadi rujukan utama untuk pelbagai masalah dan perkara berkaitan persekolahan. Begitulah tanggungjawab cikgu ketika ini, sebagaimana yang dipaparkan oleh Pakar Kekeluargaan, DrTaufiq Razif perihal peranan cikgu.
5 Benda Mak Ayah WAJIB Tahu Tentang Cikgu
Ads
1. Cikgu ni tempat anak kita bertanya dan menuntut ilmu. Tugas mengasuh dan mendidik anak tu tetap 100% di bawah bahu kita mak ayah
2. Cikgu ni tetap manusia biasa. Bila ada salah dan silap tu tegurlah tapi biarlah dengan saluran yang betul dan dengan cara yang berhikmah
3. Cikgu ni walaupun sporting macam mana pun mereka bukannya kawan anak kita. Mereka tu GURU mereka. Jadi ajarlah anak kita untuk jaga adab dan kata kata dengan guru. InsyaAllah berkat hidup anak kita bila mereka pandai hormat orang yang beri mereka ilmu
Ads
4. Cikgu ni besar jasanya pada anak kita. Walaupun nampak cikgu cuma ajar benda yang remeh pada mata kita tapi kita tak tahu mungkin benda remeh tu la yang paling anak kita perlu suatu hari nanti
5. Cikgu ni bebannya banyak dan berat. 1 guru tu kadang nak kena jaga sampai 30 orang murid. Tak mampunya mereka nak fokus kat anak kita sorang je. Jadi, tanggungjawab kita la untuk bagi fokus secara eksklusif pada anak kita sendiri.
Bahagia itu sederhana, yang penting dapat bersama dengan insan yang disayangi. Melihatkan secebis kisah pengorbanan seorang ibu mencari mainan terbuang demi memenuhi permintaan si anak cukup menjentik emosi warga maya.
Perkongsian kisah wanita ini dimuat naik menerusi tiktok @YoonaChiee yang memaparkan si ibu berkongsi cara dalam membahagiakan anaknya yang berusia 5 tahun. Biarpun serba kekurangan, namun si ibu cuba memenuhi permintaan anak yang mengingini mainan.
Justeru, si ibu mencari barangan terpakai di kawasan paya bakau. Biarpun barangan yang diperoleh itu dibuang namun ia masih boleh digunakan oleh anaknya.
Usai mendapatkan beberapa barangan, si ibu mencuci dan membersihkan barangan tersebut sebelum diberikan kepada si anak yang menyambutnya dengan gembira.
Dalam memastikan anaknya terhindar dari penyakit, si ibu ini dilihat merendam dengan air sabun sebelum membilasnya dengan air panas yang dimasak bagi mengelak kuman melekat pada barang tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya melahirkan rasa sebak dan terharu melihat kesungguhan si ibu memenuhi permintaan si anak dengan caranya sendiri. Walaupun diberi barangan terpakai, namun si anak tidak banyak karenah dan menerimanya dengan gembira.
Part ank dia cium tu.. Allah jelas tergambar dia ibu yg sgt2 penyayang… moga keluarga ni terus berbahagia & dimurahkan rezeki
Bila kita rasa kita susah,masih ada lg insan yg lg susah utk kita lebih rasa bsyukur.Saya doakan semoga Allah lapangkan sgla kesulitan mrk dn dikurniakan rezeki sllu
Demi anak ayah dan ibu sangup berkorban apa sahaja berhujan , berpanas sanggup menahan lapar dan dahaga demi anak2 tersayang ya Allah engkau ampun kan lah dos2 aruwah emak ku dan engkau beri kan lah kesihatan buat ayah yang masih ada dan engkau beri lah ke kuatan buat adik ini yang bergelar ibu menempuh hari2 degan tabah dan engkau beri lah ke senangan buat nya amin……..
Mendidik seorang anak pun kita sudah dapat merasakan kesukaran dan cabarannya. Inikan pula jika 13 orang anak.
Mencungkil rahsia dalam mendidik anak, ustazah ini berkongsi kisah untuk dijadikan panduan bersama. Jom semak.
DIDIKAN IBU 13 ANAK
Beberapa hari lepas, saya bertemu dengan seorang ibu yang pandai mengurut.
Saya suka bertemu dengannya, sebab dia lain dari yang lain. Sambil mengurut, lidahnya sentiasa menutur nasihat dan kata-kata yang baik. Tidak langsung bercerita keburukan orang lain. Malah bertudung sepanjang masa walaupun beliau mengurut pesakit di rumahnya sendiri.. MashaAllah.
“Kerja kuat sangat ni, tak sempat rehat ya..” Lembut je Mak Cik Yah bertanya.
“Lebih kurang gitulah cikyah,” Pesakit menjawab dalam kesakitan. Kakiku tergeliat sedikit alkisahnya.
“Balik rumah jaga anak-anak pula ye. Takpelah sekejap je anak nak membesar. InsyaAllah anak dah belajar universiti nanti, rehat dah. Tengok Cikyah ni, sunyi dah, anak dah kerja semua..” Suka dengan motivasi Cikyah.
“Cikyah, cikyah ni awet muda kan.. senyum je. Cikyah mesti sabar je kan dengan anak-anak?” Saya meneka-neka.
“Eh, kadang-kadang datang juga ‘singa’ tu,” jawab Cikyah
“Ustazah nak tau, kakak Cikyah lagilah sabar.. anak dia 13 orang. MashaAllah, 13 orang.. bayangkanlah macamana. Dia keluarga sederhana je. Tapi anak dia semua menjadi.. semua belajar tinggi..”
13 orang? Bior betul?
“Masa anak-anak dia kecik, dunia dia dengan anak-anak je. Cikyah kalau pergi rumah dia memang meriahlah. Orang selalu tanya, macamana akak cikyah tu didik anak? Dahlah ramai.. semua berjaya pulak tu..” Cikyah berkongsi lagi.
“Kakak Cikyah kata, dia didik sama je macam orang lain. Tapi 2 benda ni wajib buat walau susah macamanapun.
DIDIK SOLAT & DIDIK AL-QURAN. Alhamdulillah, jaga dua benda ni insyaAllah Allah jaga anak kita. ” MashaAllah motivasi hebat saya dapat hari itu.
? ANAK 13 ORG + SABAR + DIDIK SOLAT + DIDIK AL-QURAN + SUNGGUH2 DAN KONSISTEN = INSYAALLAH BERJAYA!
(Formula perkongsian dari Cikyah)
Sambil tersenyum manis apabila diajukan soalan mengenai jodoh. Era Fazira tenang menjelaskan satu persatu pertanyaan para wartawan mengenai hal jodohnya yang sentiasa mendapat perhatian daripada peminatnya.
Tidak jemu mata memandang aktres jelita ini. Raut wajah bujur sireh manis bertudung litup serta tutur kata yang sopan membuatkan dirinya punya aura tersendiri.
Pesona yang dimiliki oleh pelakon jelita ini, Fazira binti Wan Chek atau dikenali sebagai Erra Fazira sungguh istimewa.
Mempunyai sepasang mata yang menawan serta susuk tubuh yang tinggi, langsing dan fotogenik, bekas ratu cantik Malaysia sentiasa manis dipandang mata tabah meneruskan kehidupannya. Dia kini hidup bahagia bersama anak perempuan tunggalnya.
Soal Jodoh
Soal jodoh, ajal, maut dan rezeki bukan dalam genggaman tangan kita. Semuanya dalam genggaman yang Maha Pencipta. Ia telah tertulis sejak azali lagi atau sering kita baca telah tersurat di loh Mahfuz. Siapa kita untuk menidakkannya dengan kuasa dan izin-Nya.
“Mencari jodoh bukan mudah.”
Erra ketika ditemui pada sidang media Showcase Awie Romantika pada penghujung bulan lalu berkata, jika jodoh itu membuatkan hidup tidak tenang lebih baik menjalani kehidupan sendirian.
Namun ini tidak bermakna dia gembira dengan kehidupannya sekarang. Tetapi jauh disudut hatinya dia redha dengan ketentuan Ilahi buatnya.
Bila Cantik Ramai Nak Dekat, Itu Mitos!
Dalam pada itu, apabila diajurkan soalan mengenai memiliki wajah rupawan menjadi aset untuk membuatkan ramai yang ingin mendekatinya. Namun dakwaan itu disangkal dengan penuh makna oleh pelakon filem Pasrah berusia 48 tahun.
Dengan spontan Erra menjelaskan bahawa ia dakwaan itu adalah mitos sambil tersenyum manis.
“Itu mitos! Orang cantik, artis. Ramai nak dekat.”
“Bagi saya itu tak relevan. Oleh kerana artislah, ada yang takut nak approach.”
Katanya lagi, jika dirinya bukan artis bekerja dengan membuat andaian sebagai guru atau kerja pejabat mungkin ada yang berani melamarnya.
“Saya dari dulu peka dengan hal ini. Nama saya dikenali dalam industri ini. Pada mereka, artis ini high maintenance, high profile. Orang biasa-biasa tak layak untuk approach. Saya hadapi masalah itu.
Namun katanya ada pro dan kontra apabila dikenali ramai. Katanya sebagai orang yang dikenali ramai dia juga perlu berhati-hati dalam memilih siapa yang ingin mendekatinya.
Banyak Kali ‘Dikahwinkan.’
Sudah lali dengan pelbagai gossip mengenai jodoh dirinya, membuatkan pelakon jolokan Primadona Filem Melayu ini, tidak mudah melatah apabila terpali dengan dakwaan yang sedap didengar termasuk menjadi isteri kedua.
“Dah biasa dari dulu banyak kali ‘di kahwin’.”
Baginya sukar untuk menghentikan dakwaan sedemikian lantaran penggunaan media sosial.
“Saya tidak boleh menghalang tapi jika ia memberi kesan kena buat sesuatu. Tetapi jika ia tidak memberi kesan, saya tak kisah nak cakap apapun. Saya rasa yang perlu berubah adalah orang itu.
Mengenai jodohnya, Erra berharap para peminatnya mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Saya hanya nak minta doa. Apa jua jodoh, siapa jodoh dan apa juga status, doakan terbaik buat Era.
“Tak ada masalah untuk Era nak kahwin. Tak nak kahwin ker. Saya bukan kanak-kanak ‘rebina’ atau remaja yang baru nak mulakan kehidupan.
“Saya dah ada kehidupan. Cuma sekarang ni nak teruskan macam mana. Doakan yang terbaik buat saya,” ujarnya mengukir senyuman manis.
Untuk makluman, Erra dengan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun. Pasangan itu bagaimanapun, menoktahkan pernikahan mereka pada 18 Februari 2014.
Sebelum itu, Erra dan Yusry sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, pelakon, dan pengarah filem, Yusry Abdul Halim pada tahun 2003 namun berpisah tiga tahun kemudian.