Benarlah umur itu sekadar angka. Siapa kata untuk belajar hanya untuk orang muda. Ibu ini buktikan , usia yang sudah melepasi separuh abad, namun keazaman dan kegigihan membolehkannya menamatkan pengajian dan menggenggam segulung ijazah.
Tahniah atas kejayaan wanita ini yang pastinya menjadi inspirasi buat anak muda apabila melihatnya. Justeru bagi yang sudah berumur, tak perlu malu jika ingin melanjutkan pelajaran biarpun dah lanjut usia.
Berbalik kepada wanita berumur 58 tahun ini, kisahnya yang berjaya menamatkan pengajian telah dikongsikan oleh anaknya bernama Norreen menerusi laman twitternya.
Menurut Norreen, ibunya berjaya mendapatkan diploma biarpun umur sudah menjangkau 58 tahun dan mempunyai cucu.
IKLAN
Dulu mak aku pernah tanya, “Dik, mama nak amik Diploma boleh ?”
Aku jawab , “Mama larat ke sana ke sini. Mama dah ada ramai customer nak urut/pantang kan”
Dia replied, “Kalau dah minat dik, tak kisah larat ke tak.”
And today, she just graduated as a Therapist and shes 58 yo. Aku dulu pun belajar tak habis. Sem 3 aku quit sebab aku tak boleh buat subject Wood Carving. Memang down habis.
IKLAN
Tapi mak aku, haish… Rajin sungguh dia. Kalau korang nak tau, Acupunture pun dia tau buat tau. Dia sanggup pergi Singapore belajar dengan pakcik dia, a doctor.
Sebab tu kalau aku sakit , most of the time aku tak pernah pergi klinik, mak aku ada Bila dia keluarkan jarum halus diac dia cucuk kat point-point yang sepatutnya, pastu esok aku sihat Itu part of apa yang mak aku buat lah. Tapi dia bukan doctor ye hehehe
Rupa-rupanya, ibu Norreen ini mengambil kursus Therapist, memandangkan dia pandai mengurut. Justeru, dia ingin menimba ilmu dalam jurusan itu dengan lebih mendalam.
Mak aku suka mengurut, jadi dia belajar sana sini until she decided to further study in related course.
IKLAN
Aku support dia, even kadang-kadang mak aku bising dok cakap assignments bagai.
But alhamdulillah, she made it.
Kisah kejayaan ibu Norreen ini sangat memberikan inspirasi. Selain faktor umur, memang betullah orang kata follow your passion.
Kecil-kecil cili padi, walaupun bertubuh kecil dan baharu sahaja berusia 11 tahun siapa sangka sudah mampu mencipta nama hingga di peringkat antarabangsa.
Maryam Muzamir, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang ini turut menerima ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kejayaannya mengharumkan nama negara.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas dan tahniah kepada Maryam Muzamir atas kejayaannya mengharumkan nama negara selepas meraih tiga pingat emas dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Kanada ke-6 (iCAN 2021), di Toronto, Kanada, bulan lalu.
Berbangga dengan pencapaian murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang itu, Perdana Menteri turut berdoa supaya Maryam terus menempa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Maryam, 11, beroleh kejayaan dalam pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara itu selepas mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut.
Kejayaannya turut mendapat perhatian dunia melalui siaran Rancangan TV terkemuka, The Late Late Show with James Corden.
— The Late Late Show with James Corden (@latelateshow) September 23, 2021
Maryam bukan sahaja mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara, tetapi beliau juga menjadi pemenang termuda dalam pertandingan itu.
Apakah yang produk inovasi yang telah dicipta Maryam? Berikut ialah 10 fakta ringkas mengenainya:
1.Maryam mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan cangkerang siput sedut yang dinamakan Yam 2.0.
2.Idea inovasi Yam 2.0 tercetus semasa dia melihat pembaziran sisa makanan laut yang terbuang di restoran.
3.Maryam difahamkan telah membaca artikel menyatakan cangkerang makanan laut mengandungi bahan ‘chitin‘ yang mana mempunyai kebaikan di dalam makanan ternakan. Justeru ia menjadi titik tolak Maryam mula merancang inovasinya.
4.Sebanyak 30 kilogram bahan kulit udang dan cangkerang siput sedut diperolehi Maryam dari restoran di Kuantan.
5.Bahan itu kemudian dicuci dan dikeringkan di bawah cahaya matahari.
6.Setelah kering sepenuhnya kulit udang dan cangkerang siput sedut diasingkan sebelum dikisar dalam bentuk dan saiz yang sesuai untuk dimakan haiwan ternakan.
7.Produk tersebut memerlukan pemprosesan selama 1 minggu dan sampel percuma tersebut diberikan kepada ladang ternakan lembu.
8.Pengambilan Yam 2.0 oleh lembu didapati tidak menjejaskan penghasilan susu.
9.Antara perkara yang juga menjadi motivasi kepada Maryam adalah terdapatnya pernyataan bahawa harga daging yang semakin meningkat disebabkan oleh harga makanan untuk ternakan yang tidak stabil akibat penggunaan makanan jagung yang berkualiti tinggi.
10.Kos penghasilan YAM 2.0 rendah berbanding produk makanan haiwan ternakan konvensional dan ia boleh digunakan sebagai makanan untuk haiwan ternakan seperti ayam, kambing, ikan termasuk khinzir.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Kisah hidupnya cukup menarik dan boleh dijadikan ispirasi buat wanita bergelar ibu yang lain. Manakan tidak, daripada seorang suri rumah biasa, dia berjaya meletakkan aras baru dalam hidupnya apabila bergelar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi TAJ International College ( TIC) yang terletak di Perak.
Tina Dato’ Sri Hj Tajuddin, 43 tahun ketika itu merupakan seorang suri rumah telah memberanikan diri menggalas satu tanggung jawab yang berat apabila diminta oleh ayahnya untuk mengambil alih perniagaan keluarga.
Berkelulusan dalam bidang guaman dari universiti luar negara dan pernah berkhidmat seketika dalam bidang tersebut sebelum mengambil keputusan berhenti kerja kerana ingin tumpukan perhatian kepada keluarga.
Ulang alik naik bas KL-Ipoh
“Sebelum itu, kolej berkenaan diuruskan oleh abang saya. Tetapi disebabkan masalah kesihatan, jadi ayah minta bantuan saya. Bayangkan saya ketika itu berada di Kuala Lumpur perlu menguruskan kolej yang terletak jauh di Ipoh, Perak
“Ketika itu juga, saya baru sahaja melahirkan anak yang ketiga dan baru berusia 4 bulan dan masih menyusu badan. Bukan mudah sebenarnya kerana saya terpaksa berulang alik dengan menaiki bas pukul 4 pagi dan sampai ke rumah tengah malam.
“Untuk permulaan, saya terpaksa menaiki bas ekspress seawal jam 4 pagi dari Shah Alam ke Ipoh untuk pergi tempat kerja kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri. Selepas dua tahun barulah saya mengambil keputusan berpindah ke Ipoh.
“Tak mudah sebenarnya nak ‘start enjin’ dengan faktor anak tetapi saya ambil cabaran dan alhamdulillah daripada suri rumah akhirnya bergelar CEO. 13 tahun fokus dalam bidang ini dan daripada daripada aliran guaman, dan terkini berkecimpung secara serius dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Dari lot kedai ke kampus besar
Dari lot kedai ke Kampus besar Semangat keusahawanan yang kuat membolehkan dia mengusahakan sebuah kolej kecil sehingga berjaya memenangi anugerah di peringkat antarabangsa.
“Keberanian, keyakinan dan Ilmu perlu ada sebelum memasuki bidang bisnes. Persediaan untuk bergelar usahawan bukan sekadar mental dan fizikal tapi juga pengetahuan. Umur sekadar satu angka. Generasi Muda dan Golongan Wanita ada kekuatan, keberanian serta kreatif. Jadi kenapa nak bataskan kreativiti kerana tidak mahu berjinak-jinak dalam dunia perniagaan,” ujar ibu kepada 6 cahaya mata ini yang lebih dikenali sebagai #IamCEOMentor dilaman sosial.
Jadikan Saidatina Siti Khadijah ‘Role Model’
Ditanya akan pembahagian masa antara kerjaya dan rumah tangga, akui Tina suami banyak membantu dan mereka bergilir-gilir.
“Anak adalah keutamaan kami ditambah lagi anak yang kedua bakal menduduki peperiksaan PT3 tidak lama lagi. Saya jenis ibu yang tidak suka manjakan anak-anak dan atas sebab itu saya lebih tunjukkan kepada mereka tiada istilah jalan pendek untuk berjaya dan perlu keazaman yang tinggi serta tidak mudah berputus asa. Didikan yang terbaik apabila kita memberikan contoh yang baik didepan mata.
“Saya juga amat menitik beratkan nilai islamik dalam kerja dan mengambil inspirasi Saidinatina Siti Khadijah sebagai “role model” dalam bidang bisnes dan perjuangan Islam membantu Rasulullah. Kerana itu, saya menamakan satu- satunya anak perempuan saya dengan nama Nur Aira Khadijah. Ukhrawi dan Duniawi perlu diseimbangkan dalam dunia pekerjaan yang saya lihat sebagai ibadah.
“Alhamdulillah, setiap jumaat dipejabat sudah menjadi budaya 30min kuliah Dhuha dan malam Jumaat bersama pelajar- pelajar Kolej saya dalam aktiviti Pusat Islam yang saya terlibat sebagai penasihat. Kelas membaca Al Quran juga dititikberatkan dan semua warga TIC akan mengikuti kelas
“Kemahiran Membaca AlQuran UM yang dibuat secara mingguan di Kolej. Memandangkan jadual saya terbatas untuk ke kuliah agama dimasjid, oleh itu kami anjurkan seberapa banyak aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat disini. “ ujar Tina yang seringkali dijemput sebagai penceramah motivasi Di sekolah.
Bersama suami dan anak-anak yang cukup memahami.
Hilangkan stress dengan memasak
Kelazimannya dia akan turun masak sendiri sebagai Chef utama kerana itu salah satu minatnya selain menghilangkan stres.
“Saya hilangkan stress dengan memasak. Hujung minggu memang saya akan masak mengikut permintaan anak-anak. Mereka ibarat ‘customer’ tetap saya di rumah,” ujar Tina sambil berseloroh yang merupakan peminat setia rancangan MasterChef dan mengakui mempunyai wawasan untuk membantu lebih ramai golongan wanita yang berkeluarga agar sentiasa berusaha mewujudkan keseimbangan antara famili, kerjaya dan juga agama.
Pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada golongan B40 dan M40 pastinya disambut baik oleh rakyat. Setidak-tidaknya dapat meringankan beban sepanjang menempuh saat getir PKP ini.
Pun begitu, disebabkan sedikit kesilapan teknikal siapa sangka seorang lelaki ini tanpa disangka menerima BPN dan dengan jujurnya mengembalikan semula wang tersebut.
Ini sebagaimana yang dikongsikan di akaun fbnya. Nyata sikapnya itu ramai yang memuji.
MEMULANGKAN HAK PADA TEMPAT..
Sistem online ni,hebat mana pun akan ada mistake. So bagi bantuan BPN ni,disebabkan saya tengah buat pembetulan penyata tahun 2018,maka sistem anggap saya golongan layak.
Jadi free lah dapat BPN…maka dalam konteks ni kena realistik:-
1) Kalau diamkan siapalah yang tahu kan? tapi…Allah Maha Mengetahui
2) Adakah kita gembira pada saat ada orang mungkin penerima sebetulnya sedang berkelaparan? Kalau ya, kan menzalimi hak org tu!
Jadi kalau saudara/saudari masih mampu bertahan dan tak layak, pulangkanlah bantuan tersebut utk LHDN agihkan semula kepada yg berhak.
Cara2 nya:-
a) Buat draf bank atas nama akauntan negara
b) Tulis sikit penjelasan kenapa tolak bantuan (rujuk lampiran no 26)
c) Pos balik ke MOF
P/S: Sekecil zarah tetap akan dinilai Allah…sekian terima kasih.
Bye2 BPN…haha, walaupun saya pun takla banyak mana pun duit…tapi bila BPN tersalah masuk,maka pulangkan ke tempat asalnya. Rata2 B40 ada yang masih tak dapat.
Maka bagi yg tersalah terima,pulangkanlah ia….kesian kat makcik bedah,pak leh lemang, kiai dolah, kak joyah dan sebagainya di kg2..
Kaedah nak pulangkan:
1) Bank deraf atas nama Akauntan Negara Malaysia
2)Surat iringan alasan pengembalian
3) Pos ke Pejabat Belanjawan Negara
P/S: Jgn marah LHDN,ralat sistem normal la..benda kalut kadang2 ada mistake. So,bantu mereka sama. #sayangiMalaysia