“Kalau Kita Kat Luar, Tetiba Anak Minta Air!.” Yana Samsudin Kongsi Pengalaman Lucu Bila Anak Minta Makanan Di Bulan Ramadan

Share

Apabila bergelar ibu, pastinya momen bersama anak menjadi kenangan manis yang tidak dapat dilupa. Begitu juga dengan pelakon Yana Samsudin atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin telah berkongsi sekeping gambar bersama anaknya di Instagram miliknya mengenai pengalaman lucu ketika bulan Ramadan.

Menerusi kapsyenya, Yana berkongsi cerita bahawa anaknya pernah meminta makanan sehingga menyebabkan dirinya terpaksa menjelaskan bahawa makanan yang ditempah itu adalah untuk anaknya bukan dirinya.

Tahu tak perasaan jam jam gini kalau kita kat luar tetiba anak minta air! Hahaha !

Dulu dulu segan juga nak order air untuk anak. Tak kisahlah drive thru ke apa ke.. .

Ingat lagi 1st time order drive thru tengah bulan puasa untuk @aisymateen. Sanggup sebut bubur ayam satu untuk anak.  kahkah.. .

Agaknya kisah ke si pengambik order tu? Hahaha . .

Tapi lama lama biasa dah. Dah 2 tahun pengalaman kan.. kalau kita malu anak kita yang kebulur dan haus nanti. Ye lah kat luar nak masak apa pulak sembunyi sembunyi kan? .

So kesimpulan nya . Kerana anak mak ayah sanggup buat apa sahaja. Asalkan tak kelaparan.. sayangggg dieee. 
Kira ada lesen beso lah bila ada anak boleh beli makanan di siang hari! Hahaha .

Yana juga turut bertanya kepada peminatnya adakah mengalami situasi yang dialaminya

Korang pulak macam mana? Ada tak orang usha pelikkkk je bila beli makanan siang hari bulan puasa? .

Korang jangan ngade ngade kirim makanan kat yana pulak eaaaaa .. mentang mentang yana ada lesen beso.. hahaaha

Gelagat anak yang mencuit hati

Dalam pada itu, perkongsian lain, Yana memaparkan gelagat anaknya yang mencuit hati

Begitulah apabila bergelar mak-mak, sanggup masuk ke kedai makanan untuk order buat anak tersayang. Tapi pastikan anak ada bersama ye.

IKLAN