Apabila bergelar ibu, pastinya momen bersama anak menjadi kenangan manis yang tidak dapat dilupa. Begitu juga dengan pelakon Yana Samsudin atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin telah berkongsi sekeping gambar bersama anaknya di Instagram miliknya mengenai pengalaman lucu ketika bulan Ramadan.
Menerusi kapsyenya, Yana berkongsi cerita bahawa anaknya pernah meminta makanan sehingga menyebabkan dirinya terpaksa menjelaskan bahawa makanan yang ditempah itu adalah untuk anaknya bukan dirinya.
Tahu tak perasaan jam jam gini kalau kita kat luar tetiba anak minta air! Hahaha !
Dulu dulu segan juga nak order air untuk anak. Tak kisahlah drive thru ke apa ke.. .
Ingat lagi 1st time order drive thru tengah bulan puasa untuk @aisymateen. Sanggup sebut bubur ayam satu untuk anak. kahkah.. .
Ads
Agaknya kisah ke si pengambik order tu? Hahaha . .
Tapi lama lama biasa dah. Dah 2 tahun pengalaman kan.. kalau kita malu anak kita yang kebulur dan haus nanti. Ye lah kat luar nak masak apa pulak sembunyi sembunyi kan? .
So kesimpulan nya . Kerana anak mak ayah sanggup buat apa sahaja. Asalkan tak kelaparan.. sayangggg dieee. Kira ada lesen beso lah bila ada anak boleh beli makanan di siang hari! Hahaha .
Ads
Yana juga turut bertanya kepada peminatnya adakah mengalami situasi yang dialaminya
Korang pulak macam mana? Ada tak orang usha pelikkkk je bila beli makanan siang hari bulan puasa? .
Korang jangan ngade ngade kirim makanan kat yana pulak eaaaaa .. mentang mentang yana ada lesen beso.. hahaaha
Bila saja anak sudah menginjak ke alam persekolahan, ada beberapa perkara yang mak ayah perlu tekankan pada anak. Ini termasuklah bab menjaga aurat lelaki dan perempuan.
Menurut Dr Redza Zainol, sebaik anak melangkah ke alam persekolahan, anak perlu dijaga dengan beberapa perkara yang penting untuk menjalani proses pembesaran mereka. Ikuti perkongsian ini.
6 perkara yang anak lelaki & perempuan usia 7 tahun perlu jaga bila dah mula bersekolah:
1. Jaga adab sesama kawan. Jangan biarkan budaya ‘body shaming’ atau ejek mengejek berlaku.
2. Jangan benarkan rakan-rakan atau orang dewasa sentuh ‘private part’ walau sesama jantina (dada, bibir, punggung dan kemaluan).
3. Jaga tutur kata. Murid Darjah 1 pun ada yang dah mencarut, tunjuk jari tengah dan lain-lain.
4. Mengadu kepada guru andai berlakunya buli (ejek-mengejek), sentuhan tidak selamat atau pertuturan kawan yang tidak menyenangkan.
5. Hargai barang yang dibeli oleh ibu bapa. Jika tidak, pensel, pemadam, pembaris, botol air semua hilang.
6. Mula diajar solat setiap hari dan belajar bacaan semasa solat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila bercakap pasal rumah, sudah tentu kita inginkan rumah yang kemas dan cantik. Namun kadang kala untuk hiasa rumah perlukan modal yang banyak.
Bagaimanapun bagi yang kreatif, boleh lakukan sendiri. Hanya menggunakan bahan yang sedia ada.
Sebagaimana wanita ini. Menggunakan almari lama untuk buat rak baru serbaguna. Rak baru ini beliau jadikan rak jahitan. Menarik jom lihat caranya!
Ikuti perkongsian ini.
Assalamualaikum semua salam 1 september. Firstime share hasil tukang diy dalam group ni
Ini hasil dari almari pakaian yang sudah rosak tapi aku diy jadikan rak barang jahitan.
Lihat gambar ni untuk rujukan
Kain almari pakaian ni sudah koyak dan rosak, jadi aku buang kain tu dan ambil rangka besi ni. Korang jangan buang tau sangat banyak kegunaannya. Tak percaya korang tengok step seterusnyaTaraa, ni lebihan plywood buat bilik rumah hari tu. Potong memotong plywood ni bapa aku yang buat. Di sebabkan plywood tinggal tu ja ada, jadi belakang tu kosong la. Kalau korang ada budget lebih boleh letak plywood belakang tu. Ikut kreativiti masing2.Benda ni untuk pengikat tepi bucu-bucu plywood dengan tiang besi tu.Macam ni la rupanya bila da ikat. Lubangkan plywood tu guna paku.Seterusnya untuk hias aku guna wallpaper, beli kat mr.diy semalam. Mula-mula fikir mau cat, tapi tukar plan baik guna wallpaper lagi comell bercorak.Yeahhh ini lah hasilnya tengah malam pasang wallpaper ni. Kena sabar ya time memasang ni nampak senang tapi okay lah di permudahkan alhamdulillahMacam ni gambar dekat, kalau korang rajin boleh spray atau balut tiang-tiang besi tu bagi cantik lagi.Cantikkan corak wallpaper aku pilih ni. Biasa lah pink loverFinally… siap rak barang jahitan aku, jimat beli rak baru yang pasti harga ratus-ratus kalau beli kat luar kan. Buat macam ni confirm super duper jimat. Nanti kita tambah lagi aksesori mana yang patut. Semoga bermanfaat dan selamat berDIY semua, terima kasih
Jimat dan di situ beli rak baru kan.. semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kawan-kawan semua.
Mungkin ada antara kita yang biasa buat begini, lepas beli baju atau seluar terus pakai. Dengan alasan baru dan tiada sebarang kotoran. Tapi sebenarnya cara ini salah. Mungkin nampak bersih tetapi sebaiknya cuci terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari. Lagipun kita tak tahu bagaimana proses pembuatan pakaian itu. Mohd Fhais berkongsi tentang isu ini di facebooknya baru-baru ini. Jangan Terus Pakai Baju Yang Baru Di Beli Saya selalu nasihat kat orang benda ni, bah kan pelanggan #byrara sendiri pun saya akan nasihat benda yang sama. Cuci dulu sebelum pakai. Ini pengalaman saya sendiri semasa melawat kilang buat baju di bangladesh tahun lepas. Nampak tak longgokan kain yang saya buat anak panah tu? Itu la kain kain yang kuantitinya lebih dari 1000kg dan sudah berbulan bulan duduk kat situ. Tersadai kat situ tanpa ada perlindungan atau di tutup rapi. Saya jadi tertanya tanya bila lihat kain kain ni terdedah begitu je. Kat sini bebas seranga ke? (tanya dalam hati) Tak puas hati jadi saya tanya pada owner kilang. “Di sini tak ada tikus atau lipas ke?” Terkejut saya bila owner kilang ni jawab tikus dan lipas ada banyak. Saya pun tanya lagi, “Habis ni kain semua kalau kena berak atau kencing dengan tikus macam mana?” Owner tu jawab senang je, diorang akan gunting dan buang. Selebihnya guna buat baju. Aduh, sejak dari itu setiap kali beli baju baru saya akan basuh dulu sebelum pakai. Tak kira la baju jenama besar ke, jenama kecil ke saya pasti basuh dulu. Kita bukan tahu sepanjang proses nak hasilkan baju tu ntah apa apa benda atau seranga dah lalu melintas pada kain tu. Banyak benda dah melekat kat kain tu. Kita bukan nampak pun. Basuh je la dulu senang. Tak rugi apa pun, hilang bau kedai je! Sampaikan pada orang lain juga ye, masih ramai yang sambil lewa pasal benda ni. Mohd Fhais
Mata nampak bersih tak semestinya bersih
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lukisan yang memaparkan sebuah bas, penghadang jalan dan perkataan "kematian" yang dilakar oleh Allahyarham Muhammad Mustaqim Rosde, 21, seolah-olah menjadi isyarat awal sebelum beliau terlibat dalam kemalangan tragis yang meragut nyawanya pada 9 Jun lalu.