“Kalau Nak Cakap Banyak, Cakap Fasal Kerja. Rancaklah,” Anak Dedah Perwatakan Dr Noor Hisam Di Rumah!

Share

Menjadi anak kepada seorang yang cukup besar jasanya pada negara lebih-lebih lagi ‘panglima perang’ dalam memerangi Covid-19, sudah pasti sedikit sebanyak tempias turut mengenai ahli keluarga.

Terutama anak-anak. Justeru, bersempena dengan sambutan Hari Malaysia hari ini, Radio Hot FM berkesempatan mengundang seorang anak muda yang juga merupakan Felo Perdana Kementerian Kewangan Malaysia 2020, Muhammad Khair Noor Hisham.

Pemuda berusia 22 tahun ini juga merupakan anak kepada hero negara kita iaitu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam temu bual bersama Geng Pagi Hot, mereka telah cuba ‘mengorek’ perwatakkan sebenar Dr Noor Hisham jika bersama keluarga daripada anak bujangnya itu.

Temu bual tersebut dilakukan secara langsung pagi tadi di Hot FM pagi tadi. Muhammad Khair merupakan pelajar UiTM cawangan Pahang dan sedang mengikuti pengajian di Sheffield Hallam University.

Menurut Muhammad Khair, perwatakkan bapanya tetap sama walaupun berada di rumah kerana beliau sangat tenang dan tidak banyak bercakap. Namun, beliau akan rancak berborak andai topik yang dibualkan berkenaan dengan kerjanya.

“Beliau memang seorang yang tenang juga. Itu memang karakter dia (beliau). Dan dia memang fokus pada kerjalah.”
“Kalau nak cakap banyak dengan dia, cakap pasal kerja. Rancaklah!”

Para penyampai Hot FM turut sempat berseloroh dengan bertanyakan sama ada pernah dihanger oleh hero negara kita itu dan Khair menjawabnya dengan santai sahaja.

“Masa kecil-kecil dulu pernahlah zaman nakal. Tapi bila dah besar ni, kita lebih banyak berdikari sebenarnya.” ulas Muhammad Khair lagi.

Sumber: Hot FM

IKLAN