Kalau Rasa Was-Was Tu, Jangan Tekan Link! Cara Scam Terbaru Yang Kita Perlu Berwaspada!

Share

Pasti ada hari-hari tertentu dimana kita datang mood “malas” untuk kemaskan rumah. Jadi, tidak hairanlah kalau kita menggunakan servis yang dapat melaksanakan tugas kita sebagai pemilik rumah.

Tetapi, janganlah kita memilih servis tersebut dengan sewenang-wenangnya. Nak tahu tak kenapa? Ayuh kita baca dan sama-sama menjadi pengguna yang bijak, sekali gus mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scam.

KleanHouz Home Cleaning Services

KleanHouz Home Cleaning Services merupakan salah satu servis pembersihan rumah palsu yang menjadi umpan scam kepada mangsa-mangsanya.

Cara scam ini adalah ia akan menonjolkan dirinya dengan mengiklankan servis tersebut di pelbagai platform media sosial seperti Instagram dan Facebook.

Scammers akan menggunakan “paid advertisement” yang akan membuat orang ramai terperdaya.

Modus Operandi

Apabila scammers ini berjaya mengumpan mangsanya, mangsa tersebut harus menghubungi servis itu dengan menggunakan aplikasi “WhatsApp” untuk membuat sebarang tempahan.

Selepas itu, scammers akan memberi pautan ke satu aplikasi yang mangsa perlu memuat turun.

Sudah dimuat turun aplikasi tersebut, mangsa perlu mengisi butiran peribadi dan dikehendaki membuat bayaran terlanjut.

Untuk membuat bayaran, aplikasi tersebut akan mengalih ke sebuah laman web perbankan palsu yang dicipta oleh scammers itu sendiri.

Tibalah saat yang paling mengerikan apabila mangsa mengisi nama pengguna dan kata laluan akaun banknya.

Di situ, scammers berjaya mendapatkan segala maklumat peribadi dan butiran bank mangsa. Kaedah ini dipanggil sebagai “phising”.

Bukankah kena ada nombor “TAC” ? 

Jika kita lihat, TAC (Transaction Authorisation Code) akan diberikan melalui SMS apabila kita hendak melaksanakan apa-apa transaksi dari akaun bank kita.

Bagaimanapun dalam kes ini, nombor TAC tidak diperlukan kerana apabila mangsa telah memuat turun aplikasi tersebut, scammers telah pun memasang “Malware”.

Malware merupakan sebuah software yang membenarkan untuk scammers tersebut untuk buat apa sahaja dengan telefon pintar mangsa.

Ibarat scammers itu dapat melihat skrin telefon pintar mangsa bahkan dapat melihat melalui kamera telefon pintar mangsa juga.

Tips dan Nasihat

Janganlah kita menekan apa-apa pautan dan memuat turun apa-apa aplikasi yang mencurigakan minda kita.

Terutamanya kepada pengguna telefon pintar Android yang membenarkan memuat turun aplikasi dari sumber terbuka di Google.

Anda juga boleh mengenalpasti jika sebuah laman web perbankan itu palsu atau tidak dengan melihat jika laman web tersebut meminta nama pengguna dan kata laluan pada satu laman yang sama.

Jika ya, ini bermakna laman web perbankan itu palsu dan anda dikehendaki untuk tidak mengisi apa apa butiran.

Terima Kasih.

Sumber: Cikgu Anep (@Anepppppppppp) di Twitter 

ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!

 

IKLAN