Cantik dengan mengunakan bahan dapur sememangnya telah ramai antara kita amalkan. Ada yang gunakan serbuk kunyit untuk kecutkan jerawat, ada yang amalkan putih telur untuk atasi masalah whitehead, ada guna tomato untuk kulit lebih sihat dan berseri dan bermacam-macam lagi.
Apa yang pasti, apabila kita memilih untuk menggunakan bahan-bahan yang sedia ada didapur, ternyata modal yang digunakan cukup murah malah kesannya tidak menghampakan.
Dan kali ini melalui perkongsian Nur Amira mengenai petua untuk mendapatkan kulit yang lembut dan berseri, siapa sangka dia menggunakan tepung beras.
Jom semak cara Nur Amira jaga kulit.
Ni petua untuk lembutkan kulit uolls, guna bahan dapur ja . Senang kan ?
Bahan : Tepung beras
Ads
1. Bancuh sesudu tepung beras bersama sedikit air.
2. Sapu pada seluruh muka pada waktu malam.
3. Biarkan dalam 30-40 minit.
Ads
4. Selepas kering bilas muka dgan air suam @ bersih.
5. Amalkan selalu untuk kesan yang terbaik .
Apa manfaatnya?
1. Menyerap minyak berlebihan di muka
Ads
2. Mencerahkan kulit muka dengan penggunaan konsusten.
Mesti ramai ibu-ibu yang dah biasa beli ayam di pasar raya atau pasar biasa. Tdakalanya cepat berbau andai tidak di proses cepat, kerana itu, ibu-ibu selalu mencuci terus setiap kali pulang dari pasar.
Tetapi ada nuga yang bila dah balik tu nak cepat, terus je simpan dalam peti sejuk atau diletakkan di bahagian freezer tu kan.
Sebenarnya ada tips dan langkah-langkah penting yang kita boleh buat supaya ayam tak busuk bila nak dimasak.
Jom kita baca tips dan cara simpan ayam yang dikongsikan oleh Puan Hana Rahman . Moga bermanfaat!
Tips menyimpan ayam dlm peti ais supaya tak busuk bila nak dimasak.
Apabila ayam sampai di rumah sama ada pi beli sendiri atau dihantar oleh runner. Kalau tk nak potong lagi, maksudnya sejam lagi baru sempat potong dan bersihkan. Buka plastik, letak dlm besen. Siram air paip sekejab. Check dulu samaada ayam dah busuk atau masih elok. Confirm kan sb ramai yg cakap terbeli ayam busuk, kalau kita beli ayam masih elok, kedian pasa penjual duk tuduh depa juai ayam busuk. Padahal kita simpan dlm peti ais sblm cuci.
Jangan biarkan terperap dlm plastik kemudian humban dlm peti ais. Ayam akan membusuk jgk walaupun terus masuk dlm peti ais sb kekotoran najis, darah dan lendir ayam akan mempercepatkan proses membusuk. Lebih2 lagi peti ais kita dah sarat, jadi proses sejuk dan beku menjadi lambat. Masa ni lah bakteria mula menjentik2 ayam kita😊
Seelok2 terus buka plastik potong dan bersihkan. Lepas tu toskan biar air basuh ayamturun, masukkan dlm plastik atau sebarang bekas la kemudian letak 3 atau 4 helai daun pandan baru letak dlm frezzer. Bungkus dulu dgn kertas surat khabar pun ok. Daun pandan boleh mengelakkan ayam cepat busuk.
Ayam dlm gambar ni sis beli pada hari selasa lepas, petang ni keluarkan. Lagi satu jangan rendam ayam lama2. Rendam sekejab lps tu toskan biar ayam terlerai sendiri. Ayam masih segar seperti baru disembelih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan mudah untuk hadam erti kehilangan orang yang tersayang. Apa lagi sewaktu baru mahu mengecap erti bahagia sebagai suami isteri. Namun, kita hanya mampu merancang, tetapi yang menentukan hanya Dia Yang Satu. Pasti ada hikmah disebalik apa yang diberikan itu.
Bagi Nur Shira, walaupun sudah setahun pemergian suami, dia masih tidak mampu melupakannya. Setiap masa dia teringat akan saat-saat suami menghembuskan nafas terakhir di depan matanya. Arwah suami Nur Shira meninggal dunia dalam kemalangan bersama dua lagi sahabatnya.
Dua hari lepas genap setahun pemergian arwah suaminya, Nur Shira memuat naik nukilan mengingati kembali saat-saat manis bersama arwah. Tersentuh hati tatkala membacanya.
1 Mei 2018- 1 Mei 2019 Siapa sangka dia pergi dulu sebelum aku. Siapa sangka dia pergi tinggalkan aku selepas 11hari kami menikah. Disaat kami sedang bahagia baru menjadi suami isteri yg sah, dia pergi mengadap ilahi. Pergi dan takkan kembali……..
Terasa gelap dunia aku bila buka mata yg dia dah takda, aku harap yg ni satu mimpi. Tapi tidak, ini lah realiti yg dia dah tiada.. ‘Maafkan sayang, tak dapat temankan b masatu, sebab sayang mmg tak boleh bergerak, sayang hanya mampu tengok b dari jauh je. Sayang harap yg b bangun masatu. Tp Allah lebih sayangkan b.
Lepas kejadian tu, bagaikan mimpi ngeri yg terjadi dalam hidup aku. Tidur aku tak pernah lena, bila pejam mata aku nampak dia dan arwah kawan-kawan aku. Aku nampak kejadian tu.. Dia pergi depan mata aku, mcmana aku nak lupakan semua tu? mcmana aku nak lupakan perkara yg paling menyakitkan dalam hidup aku.
Sejak haritu hari-hari aku langsung tak bermakna, buat apa aku teruskan hidup tanpa org yg aku sayang.. Aku selalu fikir kenapa Allah tak ambil aku sekali? Kenapa? Kenapa dia tinggalkan sorang-sorang kat sini. Dia janji dia takkan tinggalkan aku. Setiap hari aku fikir mcmana aku nak teruskan hidup tanpa dia? Aku jatuh, aku merana.. sakit yg takkan dpt aku ungkapkan dgn kata-kata.
Rindu.. Aku rindukan dia sampai rasa mcm nak mati. Setiap hari aku doa Allah temukan aku dgn dia walau hanya dalam mimpi, sekejap pun jadilah. Alhamdulilah, Allah makbulkan doa aku. Walau hanya dalam mimpi, aku bersyukur. Sampai rasa taknak bangun dari tidur supaya dpt tengok dia lama-lama..
Dia selalu pesan bila dia dah takda nanti, jgn meratap, tak baik meratap dekat org yg dah takda. Yes, i do it…. Sampaikan masa aku tahu dia dah takda, setitik air mata aku takda keluar. Org semua ingat aku tak tahu yg dia dah takda, tp padahal aku nampak semua tu depan mata, tp disebabkan aku ingat pesan dia. Aku tahan. Aku menangis dalam hati. Sakitnya masatu cuma Allah yg tahu. Tp aku manusia biasa, sedangkan Nabi Muhammad pun nangis anak dia meninggal. Lagi kan aku? Aku tak mampu lg tahan air mata aku. Sakit yg terlalu sakit.
Aku belajar redha dgn semua takdir ni. Aku belajar terima hakikat yg dia dah tiada. Dia dah kat tempat yg lebih baik. Setiap hari aku ckp dekat diri aku, aku kena redha, ni takdir jalan hidup aku. Allah dah susun baik-baik setiap cerita hambanya. Allah sayangkan dia lebih dari aku mencintai dia. Aku tahu apa kita miliki semua nya milik Allah swt. Aku berharap Allah jagakan dia utk aku dgn baik.
Permintaan terakhir.. Sepatutnya aku kahwin bulan 12/2018 tp dia mintak awalkan sebelum Raya. Aku pelik tp aku turutkan jugak, tak sangka rupanya dia dah nak pergi. Aku lah org paling yg excited nanti dpt sambut puasa dan raya sama-sama as husband and wife, tp sayang semua tu tak sempat. Dia dah pergi tinggalkan aku.
Suami & Anak yg baik.. Dia mmg suami yg baik, walaupun hanya utk 11hari. Aku bersyukur.Dia selalu ckp aku lah yg pertama dan terakhir dalam hidup dia. Dia mmg buktikan aku lah yg terakhir dalam hidup dia. Seorang anak yg tkkn lupa ibu, dia lah.. aku sempat teman dia beli cincin utk hadiah birthday mak dia, tp beli awal. Sbb dia ckp nanti masa birthday mak dia takda. Aku tak pernah sangka yg dia betul-betul takda. Sampai skrg aku rasa ni semua mimpi and dia masih ada.
Aku percaya setiap apa yg jadi pasti ada hikmah disebaliknya, Allah takkan uji kita lebih dari kemampuan kita. Aku selalu doa Allah bg aku kekuatan utk aku tempuh ujian yg akn dtg. Skrg, aku sedang bangun utk cari sisa-sisa kekuatan yg dia dah bawa pergi sekali. Dulu aku kuat sebab aku ada dia. Skrg aku kuat sbb aku ada Allah.
Suamiku❤️ Semoga tenang disana. Harini genap setahun pemergian awak. Saya rasa mcm baru semalam awk pergi tinggalkan saya. Ye, saya rindut sgt kat awk. Awk tahu kan mcmana saya sayangkan awk? Mcmtu lah saya rasa skrg. Perasaan tu takkan pernah berubah. Saya selalu berdoa supaya Allah satukan kita semua disana nanti. Setiap yg hidup pasti akan mati. Lambat atau cepat, kita semua pasti akan balik padaNya. Tunggu sayang ye b. Sayang akan menyusul nanti. Rindu dan sayang dekat b takkan pernah hilang. Biarlah saya simpan semua kenangan kita dalam hati yg paling dalam… Doakan saya kuat utk tempuh hari-hari akn dtg.
Tenanglah… Syurga tempatmu. AL-FATIHAH Suamiku… Muhammad Safuan Bin Sazali ❤️
AL-FATIHAH utk sahabatku Muhammad Aseel Habel Bin Akhbar Mohamad Ridzuan Bin Mohamad
Mendidik anak-anak agar menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat, diakui bukanlah tanggungjawab yang mudah untuk dilaksanakan. Tentu ada cabaran dan rintangannya.
Pun begitu walau apa juga yang dihadapi oleh seorang ayah mahu pun ibu, teruslah bersabar dan tabah. Ini kerana ganjaran pahalanya cukup besar.
Memahami tentang ganjaran mendidik anak-anak, ayuh kita baca perkongsian ilmu daripada Dr Ahmad Sanusi ini untuk dijadikan inspirasi buat ibu ayah agar istiqomah mendidik anak-anak.
Pahala Ibubapa Mendidik Anak
1. Barangkali musim PKP ini adalah situasi yang benar-benar memberikan tekanan buat ibubapa yang mendidik anak-anak mereka di rumah. Bukan mudah mengendalikan sesi pengajian di rumah dengan pelbagai tekanan yang mendatang.
2. Pada hakikatnya, pendidikan bermula dari rumah dan ganjaran mendidik adalah sesuatu yang sangat besar di sisi Allah. Dalam al-Quran Allah memuji Nabi Ismail dan Luqman al-Hakim kerana sifat mereka mendidik keluarganya. Firman Allah:
“Dan (Nabi Ismail itu) menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!” (Surah Maryam: 55)
3. Malah pahala mendidik anak ini adalah satu ganjaran yang tidak mungkin terputus sekalipun kita telah meninggal dunia nanti. Ibubapa yang mendidik anak dengan perkara kebaikan dan anak tersebut mengamalkan ilmu tersebut, maka mereka akan mendapat ganjaran pahala yang mengalir selagimana anak tersebut beramal dengan didikan tersebut. Sabda Rasulullah:
“Jika meninggal seorang insan itu, maka terputuslah seluruh amalannya melainkan tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. “ (HR Muslim).
4. Manakala ibubapa yang mendidik anak dengan ilmu al-Quran pula, maka Allah akan menganugerahkan buat ibubapa tersebut satu perhiasan yang tidak boleh dihitung nilainya dengan isi dunia. Sabda Rasulullah:
“Dan dipakaikan kedua ibubapanya dengan perhiasan yang tidak boleh dinilai dengan isi dunia. Lalu kedua ibubapanya bertanya: Wahai Tuhan, mengapa kami diberikan nikmat ini? Lalu dijawab kepada mereka: Kerana engkau mengajar anakmu al-Quran.” (HR al-Tabrani)
5. Manakala ibubapa yang membesarkan anak perempuan dengan baik, maka anak-anak tersebut berupaya menjadi penghalang buat mereka daripada ancaman api neraka kelak. Sabda Rasulullah:
“Barangsiapa yang diuji dengan anak perempuan, lalu dia membesarkannya dengan baik (menjaga hak-haknya), maka anak-anak tersebut akan menjadi perisai buatnya dari api neraka.” (HR Ahmad)
6. Semoga ibubapa terus cekal mendidik anak dalam musim PKP ini dan dikurniakan setinggi-tinggi ganjaran di sisi Allah.
Semoga Allah membimbing kita.
Sumber : Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.