Semalam penyanyi nombor satu negara membuat pengumuman mengenai kehamilan keduanya membuatkan ramai teruja dan mengucapkan tahniah.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, 41, bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa mengumumkan kandungannya kini berusia empat bulan lebih ketika satu sidang media dan pelancaran BeauSiti X Wonderlab menerusi aplikasi Zoom.
Dalam sesi soal jawab semalam, Datuk Seri Siti berkongsi beberapa perkara mengenai kehamilannya kali ini.
“Syukur sangat bila dapat tahu saya hamil sekali lagi, hanya Allah sahaja tahu bagaimana perasaan saya. Sebenarnya saya tertanya-tanya juga, adakah Allah akan berikan lagi saya zuriat selepas saya temui banyak kegagalan ketika melakukan proses IVF sebelum mendapatkan Aafiyah. Namun ternyata Allah terlalu baik dan saya diberi peluang hamil lagi.
Ads
“Saya memang berserah kepada Allah sahaja untuk proses IVF kali ini. Tapi bila sudah mula proses IVF saya memang bersedia untuk berehat, lebih-lebih lagi dengan pandemik sekarang ni saya lebih selesa berehat di rumah. Setakat ini proses kehamilan saya berjalan lancar dan saya tiada masalah seperti pendarahan macam pernah berlaku ketika saya hamilkan Aafiyah dulu.
“Saya akui agak bimbang juga hamil ketika ini kerana wanita hamil antara yang berisiko tinggi untuk terdedah kepada banyak penyakit. Sebetulnya saya dijadualkan membuat proses IVF lebih awal tetapi ketika itu Covid-19 baru sahaja merebak dan kesnya membimbangkan. Jadi kami lewatkan sehingga kes ketika itu sudah agak reda. Pun begitu saya kini amat berjaga-jaga dan tidak akan keluar rumah jika tidak ada kepentingan.
Ads
Ditanya kenapa menunggu hinggal usia ke empat bulan baru mengumumkan berita kehamilan, penyanyi kesayangan ramai ini mengakui beliau berpegang kepada nasihat seorang ustaz.
“Seperti ketika hamilkan Aafiyah dahulu, saya pegang dengan nasihat dari seorang ustaz yang menasihati saya untuk mencukupkan usia kandungan empat bulan sebelum beritahu kepada umum kerana dipercayai ia sudah ditiupkan roh di dalamnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengakui Aafiyah cukup teruja bakal bergelar kakak tidak lama lagi.
Ads
“Ketika mula-mula cerita padanya dia sangat teruja. Nak kata faham atau tak itu tak pasti tapi bila kita kata ada baby dalam perut saya, dia selalu datang cium perut saya,”
“Mengandung kali ini, saya lebih penat untuk kehamilan kali ini, mungkin juga faktor usia kerana saya akan mencecah 42 tahun pada tahun depan. Selain itu, kali ini saya perasan saya lebih emosi dan mudah menangis lebih-lebih lagi jika menonton drama sedih atau membaca kisah-kisah sedih di laman sosial, ujar Tokti yang dijangka bersalin pada April tahun hadapan.
Ada orang kata susahnya kalau hendak menyemai anak pokok limau purut ataupun pokok limau kasturi mahupun pokok lemon.
Macam-macam teknik dicuba tapi belum berhasil. Jadi apa kata cuba pula cara paling simple dengan menggunakan keratan batang.
Ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh Puan Bebiyana, sungguh ringkas caranya dan dapat dilihat setelah seminggu keratan batang ditanam ia mengeluarkan pucuk baharu.
Ini stepnya untuk yang ingin mencuba.
Limau purut, kasturi dan lemon sangat senang ditanam. Hanya perlu pilih dahan yang sihat dan cukup tua untuk dijadikan “cutting”.
Petang ni Kak BB share cara tanam pokok limau purut dari “cutting”.
Sila rujuk gambar cara buat.
Selamat mencuba.
Step 1
Pilih dahan yang sihat dan matured. Potong.
Step 2
Buang semua daun.
step 3
Buat lubang dalam tanah yang lembab. Kita tanam 1 cutting untuk 1 bag.
Step 4
Masukkan cutting tadi dan padatkan tanah.
Step 5
Putik daun mula keluar selepas 1 minggu ditanam.
ekstra info :
1. Jika cutting tidak sempat ditanam, boleh simpan di dalam bekas berisi air untuk beberapa hari.
2. Jangan buang daun limau yang diluruhkan dari dahan yang dipotong tapi masukkan dalam plasti dan simpan di dalam peti sejuk. Boleh gunakan untuk masak tomyam.
Menikmati hidangan nasi bila ada sambal belacan memang membangkit selera, tapi bila bab menyediakan menu sambal belacan ini mungkin ada yang berkira-kira. Apa tidaknya, perlu menumbuk bahan-bahan sambal belacan tersebut untuk mendapatkan rasa yang original.
Tidak dengan itu, jika ada yang pernah mengalami sedang asyik menumbuk sambal tiba-tiba terpercik ke mata, pedihnya hanya Allah yang tahu. Ternyata bertapa leceh dan peritnya untuk menghasilkan sambal belacan tersebut. Apatah lagi jika ingin menyediakan menu sambal belacan setiap hari. Pasti buat kita berfikir panjang.
Namun tahukah anda, sambal belacan juga jika dikisar dengan cara yang betul bersama pilihan ramuan yang enak, keenakan dan keaslian rasa masih dapat dinikmati. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Mariana dan paling bestnya, dengan cara ini boleh buat stok sambal belacan. Jadi bila-bila masa boleh makan sambal belacan dengan mudah!
Ikuti perkongsian tersebut.
“Cukup 2 minggu restok lagi sambal belacan.Nni cara saya, saya tak guna tomato,bawang dalam sambal belacan saya buat ni. Rasanya sama macam sambal belacan tumbuk. Cuma bila nak blend tu on off kejap ja. Jangan terlalu lama blend nanti sambal jadi halus dan lumat”–Mariana
bahan-bahan:
6 biji cili merah
Cili padi secukup rasa-buang biji jika suka
9 biji limau kasturi
2 1/2 potongan belacan
Air asam jawa secukup rasa
1 sudu gula
1/2 sudu garam kasar
Cara Buat :
Masukkan kesemua bahan kecuali limau kasturi ke dalam blender.
Kemudian ambil limau kasturi dan perahkan airnya ke dalam blender. Manakala hanya 2 biji limau kasturi dihiris dan di campur ke dalam bahan tadi.
Tekan blender on off on off (sekejap-sekjap). Kisar jangan terlalu lama.
Dan hasilnya..seperti ni.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mungkin kerana terbiasa dari kecil bergelumang di kandang lembu membuatkan remaja perempuan berusia 18 tahun ini tidak sibuk berhias mencantikkan diri seperti gadis-gadis seusianya. Apatah lagi sebagai anak sulung, dibahunya penuh dengan tanggungjawab untuk membantu keluarga.
Boleh dikatakan rutin harian Nor Farisya Azhar sepanjang hari hanya diluangkan untuk menjaga dan menguruskan lebih 200 lembu baka Brahman dan Kacuk Kelantan di kandang milik bapanya, Azhar Che Abdullah, 53, di Kampung Tebing Tinggi, Kemumin, Kelantan.
“Memang ada yang memandang rendah dan berkata sinis apabila mengetahui saya menjaga lembu dan tidak kurang yang terkejut kerana biasanya kerja itu dilakukan orang lelaki.
“Bagaimanapun, ini memang minat saya dan tidak kisah langsung jika tidak dapat berhias cantik atau melaram seperti gadis lain disebabkan ia bukan kesukaan saya,” katanya ringkas.
Menjelang musim perayaan terutama Aidiladha, kandang seluas 4.8 hektar itu akan memuatkan lebih 1,000 lembu dari kedua-dua baka yang dibeli dari Thailand serta Myanmar sebelum dijual kepada pembeli.
Nor Farisya yang juga pelajar sebuah pondok di Tumpat berkata, dia berhasrat untuk meneruskan legasi bapanya dalam ternakan lembu, malah kini berupaya menjalankan urusan niaga bermula daripada proses import sehingga kepada pengguna akhir.
“Sebagai anak sulung, saya rasa bertanggungjawab untuk membantu bapa dan walaupun saya seorang perempuan, itu tidak menjadi halangan untuk terbabit dalam bidang ini,” katanya.
Berkongsi pengalamannya lagi sebagaimana memetik laporan di Harian Metro, siapa sangka dia pernah mengalami beberapa insiden disondol lembu. Pun begitu ia tidak mematahkan semangatnya, malah memberitahu ada cara khusus untuk menjinakkan binatang peliharaan itu.
“Lembu yang menjadi kesayangan saya ialah Boboi (baka Brahman) yang sentiasa manja walaupun fizikalnya besar dengan berat sekitar 800 kilogram (kg).
“Boboi sudah dipelihara hampir lapan bulan dan kami bakal berpisah tidak lama lagi kerana ia sudah ditempah oleh pembeli untuk korban,” ceritanya lagi berkongsi pengalaman.
Dulu dipisahkan sebagai kembar siam, kini Muhammad jalani rawatan kanser di Riyadh. "Saya rindu dan tak sabar nak balik Malaysia," kata Muhammad Rosli, 27, yang kini dirawat di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, Arab Saudi selepas disahkan menghidap kanser pundi kencing.