Perkongsian Doktor Hana Hadzrami ini bila pertama kali upload gambar dalam full PPE suit yang khusus untuk dipakai ketika hendak melakukan prosedur yang berisiko tinggi melibatkan aerosol virus, memberikan pelbagai reaksi warganet.

Ada yang berasa sayu, simpati dan tidak kurang juga terus memberikan kata-kata semangat dan mendoakan keselamatan barisan frontliners menentang Covid-19.

Pengorbanan yang dilakukan oleh barisan doktor dan seluruh frontliners dalam memberikan  khidmat dan rawatan kepada pesakit Covid-19, nyata begitu besar hingga tidak ternilai.

Sanggup mempertaruhkan nyawa, kerana mereka percaya seseorang perlu lakukannya dan merekalah yang paling mahir dalam hal tersebut.

Ikuti perkongsian penuh daripada Doktor Hana Hadzrami ini.


Inilah pertama kali saya upload gambar saya dalam full PPE suit. Ada banyak gambar tapi sebab semua hodoh, malas nak tunjuk.

Ada yang rupa teletubbies, ada yang macam Alien vs Predator. Kejap alien, kejap predator.

IKLAN

Yang saya pakai dalam gambar ni lain sikit dari full PPE biasa kerana ada respirator penapis udara (powered air purifying respirator: PAPR). Sebab tu gelembung lain macam sarung kepala dia.

“Kami Sanggup Buat Kerja Ini, Sebab Seseorang Perlu Lakukannya”. Deep Perkongsian Dr. Ni!

Kami akan pakai sut ini bila nak lakukan prosedur yang berisiko tinggi melibatkan aerosol virus. Contohnya nak masuk atau keluarkan tiub pernafasan. Atau nak buat open suction pada tiub pernafasan yang tersumbat plak kahak (closed suction memang tak jalan) dan bila nak ambil sampel kahak pesakit ICU.

Pekerja kesihatan kalau terdedah pada aerosol yang tinggi paras virus memang lebih teruk kesannya berbanding jika hanya duduk sebilik dengan pesakit Covid. Ibarat terpercik gulai berbanding terjun dalam kawah gulai Covid.

IKLAN

Berisiko jadi arwah dalam masa singkat.

Adakah kami risau? Ya. Adakah kami menyesal lakukan ini? Tidak.

Kami sanggup buat kerja ini sebab seseorang perlu lakukannya. Dan kami paling mahir lakukannya.

Semua orang ada kerisauan masing-masing.

Ibu-ibu risaukan keadaan rumah dan kesihatan ahli keluarga. Para ayah pula risaukan cukup ke tidak perbelanjaan keluarga. Pekerja risaukan kehilangan pekerjaan dan keperluan hidup. Para boss pula risaukan tiada pendapatan nak bayar pekerja dan sewa kedai. Para cikgu dalam pada duduk rumah jaga anak, perlu teruskan kelas secara online juga.

IKLAN

Pendek kata semua orang ada tugas dan fungsi dalam dunia.

Jadi kita teruskanlah hidup, berusaha dan berharap.

Pada yang duduk rumah patuh PKP, syabas. Buatlah hobi yang anda suka asalkan kekal siuman.

Saya pun seronok melihat apa yang kawan-kawan Fb saya lakukan sepanjang PKP. Tengok resepi yang berjaya dibuat, aktiviti anak masing-masing, surah yang berjaya dihafal, buku yang habis dibaca, filem yang ditonton, rekod senaman yang berjaya dipecahkan dan sebagainya.

Ia buat saya rasa jadi manusia biasa.

sumber : Hana Hadzrami
Sebarkan cinta

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI