Kanak-kanak dipukul bapa saudara dengan tukul meninggal dunia selepas seminggu bertarung nyawa.  Kanak-kanak lelaki yang cedera parah selepas dipukul menggunakan tukul oleh bapa saudaranya sebelum ini, akhirnya menghembuskan nafas terakhir petang tadi.

Kanak-kanak Dipukul Bapa Saudara Dengan Tukul Meninggal Dunia Selepas Seminggu Bertarung Nyawa

Muhammad Ammar Muhammad Badrul, 7, disahkan meninggal dunia pada jam 3.02 petang ketika dirawat di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian, selepas seminggu bertarung nyawa akibat kecederaan serius di kepala.

Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh kedua ibu bapanya menerusi hantaran status WhatsApp. Bapanya, Muhammad Badrul Rameli, 31, menulis: “Assalamualaikum, anak saya Muhammad Ammar da (sudah) kembali ke negeri asal… sama-sama sedekahkan al-Fatihah,” tulisnya.

Kanak-kanak Dipukul Bapa Saudara Dengan Tukul Meninggal Dunia Selepas Seminggu Bertarung Nyawa

Ads

Ketika dihubungi, beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan anaknya sejak kejadian tersebut. “Terima kasih, meninggal jam 3.02 petang,” katanya ringkas.

Ibu arwah, Nur Ayuni Mohd Kamarulzaman, 29, turut berkongsi khabar pemergian anak sulungnya itu melalui status WhatsApp. Sebelum ini, beliau memaklumkan doktor sudah menasihatkan keluarga supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan selepas jantung Ammar berhenti berdegup selama kira-kira 14 minit pada pagi semalam.

Ads

Tragedi tersebut berlaku Khamis lalu apabila murid Tahun Satu itu dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya berusia 46 tahun di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat, Bachok. Suspek kemudiannya melarikan diri sebelum ditemukan tidak bernyawa di Pantai Melawi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Sumber: Berita Harian 

Ads

Artikel lain: Keluarga Kanak-kanak Parah Dipukul Dengan Tukul Berdepan Detik Sukar, Jantung Mangsa Terhenti 14 Minit

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads