Setiap kali berkunjung ke restoran nasi kandar, pasti kita akan terliur dengan salah satu hidangan iaitu kari sotong. Tapi, bila difikirkan harga menu ini yang boleh ‘melambung-lambung’, apa kata kita cuba resepi ini di rumah sahaja kan? Bukan sahaja jimat malah boleh makan tambah berkali-kali! Memang sedap.
RESEPI KARI SOTONG PEKAT
-1 kilo sotong (dibersihkan)
-2 tangkai daun kari
-1 biji bawang besar(dihiris)
-3 ulas bawang putih(dihiris)
-1 cm halia(dihiris)
-3 sudu perahan asam jawa
-1 buah tomato(dibelah 6)
-Daun ketumbar(2-3 sudu besar)
-Minyak masak secukupnya
-Serbuk perasa
-Garam
-7 sudu besar Serbuk Kari ikan
-Sedikit air (Jadikan paste)
P/s=tidak perlu mengunakan air, kerana apabila memasak sotong nanti airnya akan keluar sendiri.
CARA MEMASAK
1) Panaskan minyak di dalam kuali,tumiskan bawang putih,bawang merah, halia dan daun kari.masak sehingga sedikit keperangan.
Ads
2)Kemudian masukkan paste rempah kari dan gaulkan sebati, masak sehingga pecah minyak (mengunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah akan kelihatan cantik dan sentiasa kacau)
3)Apabila sudah pecah minyak,masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap. (Masih mengunakan api sederhana)
Ads
4)Selepas itu, masukan sotong yang telah dibersihkan tadi, masakkan seketika.
Ads
5)Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tomato, serta perasakan dengan garam dan serbuk perasa.(Boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan) tunggu sedikit kering dan tutup api.
Lumrah kehidupan yang penuh dengan pelbagai ujian dan dugaan. Tak kira kecil atau besar, semua manusia di muka bumi akan menghadapi ujian dalam hidup. Bak kata Bonda Rozita yang merupakan ibu kandung kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri itu, setiap manusia ada ujian yang berbeza.
Bonda yang berkongsi kata-katanya di laman Instagram itu turut memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak mudah berputus asa dalam menempuh ujian hidup.
“Takdir – ujian hidup setiap manusia tak sama, Allah bagi sesuai dgn kemampuan manusia tu , bab ni saya sangat yakin! Ujian yg berat sesuai dgn manusia yg hebat! Para nabi – ulama lebih berat Allah uji.
“Kalau kita mengatasi masalah dunia Sedang2 je perasaan kita jgn keterlaluan walau apa bentuk musibah,” tulisnya.
Selain itu, bonda turut berkongsi tentang ujian yang berbentuk nikmat di mana ini adalah ujian yang lebih berat terutamanya apabila timbul sifat riak. Katanya ujian ini juga ujian paling susah untuk dilalui dan tak perlu berasa ‘excited’ jika diberi ujian sebegini.
Sedikit nasihat juga diselitkan oleh bonda dalam pesanannya buat orang ramai yang sedang diuji dalam kehidupan seharian.
“Minda dan hati kena selalu berlatih mengarahkan mengingatkan yg kita dinegara ujian. Allah berkehendak atas kita, kita tak mampu menolak minta kekuatan utk bersabar. Allah pasti ada jalan mengatasinya.
“Semua perkara dalam hidup ni Allah yang bagi. Allah juga yg ambik balik! Kita tak punya apa pun sebenarnya. Jangan terpesona dgn hal dunia kita belajar adab dengan Allah dan tahu malu sebagai hambaNya. Belajarlah bertenanglah wahai hati yg gelisah”.
Sementara itu, dalam video yang dikongsikan, bonda juga beri kata-kata pesanan untuk mengatasi masalah fokus dalam melakukan pekerjaan saat dilanda ujian.
Bukan mudah nak didik anak menjadi ‘orang’ yang mempunyai kepribadian yang mulia.
Ramai ibu bapa bimbang jika anak bersikap tidak beradab. Oleh sebab itu ada segelintir ibu kerap membebel pada anak dengan harapan anaknya berubah sikap.
Hakikatnya cara itu tidak berkesan. Nak tahu cara yang sesuai untuk didik anak supaya lebih berada. Ikuti perkongsian ustazah ini.
Petua didik anak lebih beradab dan sopan.
Saya kongsikan petua ibu ayah hebat yang berjaya menjadikan anak-anak mereka beradab serta sopan tingkah lakunya.
1. Anak tidak beradab kerana mereka tidak tahu cara beradab, tidak pernah diterangkan dan dipertontonkan kepada mereka apakah sebenarnya “Adab”
2. Aplikasi sunnah dalam keluarga
Ajari anak-anak tentang sunnah yang mudah dahulu seperti cara tidur, cara makan, cara masuk tandas, cara belajar, cara bercakap, cara bergaul dan beberapa perkara yang menjadi rutin dalam kehidupan. Segalanya mesti bermula dari ibu ayah. Jika sunnah ini subur dalam keluarga kita, anak-anak akan terbiasa tanpa perlu memaksa.
Anak-anak akan senang dibentuk dan akan tinggi sifat taatnya kepada ibu ayah.
3. Terima kasih
Ucapan terima kasih nampak simple tapi kesannya sangat hebat. Dari rutin ucapan ini anak-anak pandai menghargai, tidak merendahkan orang lain, menyuburkan rasa kasih dan sayang kepada orang yang ada di samping mereka. Ibu ayah yang mendengar ucapan ini dari seorang anak pasti hatinya sejuk, tenang dan selalu mendoakan kebaikan.
4. Maafkan saya
Saya pernah jumpa murid yang selalu minta maaf, datang lambat minta maaf, cakap kuat sikit minta maaf, tak dapat hadir kelas minta maaf, sampai satu masa dia membuatkan kita rasa sayang. Hanya kerana ungkapan maaf itu membuatkan dia dihormati dan dikasihi. Betul sabda Nabi SAW orang yang lazimi ungkapan maaf akan menjadi individu yang berani, kental, akan beroleh kemuliaan dan diangkat tinggi darjatnya.
5. Teringat pesan imam syafie jangan terlalu keras menghalang anak-anak dalam pergaulan kerana ia membuatkan mereka akan bermusuhan dengan orang lain dan jangan pula terlalu berikan mereka kebebasan sehingga mereka mula bersahabat dengan orang yang tidak baik. Ibu ayah yang pandai seimbangkan akan buat anak-anak kekal dalam posisi yang selamat.
Adab dulu baru ilmu
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Tan Yee Kew di lihat menerusi kemas kini di akaun Facebooknya memaklumkan seorang ayah kepada lima orang anak yang dikenali sebagai Ikhwan sedang menjalani kuarantin di rumah sementara isterinya dan seorang anaknya berusia sebulan menerima rawatan di hospital.
Menurut beliau lagi, keadaan itu menyebabkan Ikhwan terpaksa menjaga anak-anaknya walau sedang menjalani kuarantin di rumah.
“Ikhwan telah disahkan positif covid dan sedang dikuarantin dirumah. Ketika dia bercakap dengan saya, terasa betapa risau dan kusut dirinya. Isteri dan bayi berusia sebulan telah dimasukkan ke hospital, tinggallah dia bersama 4 orang anaknya yang masih kecil berumur antara 1 hingga 5 tahun dirumah. Tiada siapa pun yang dapat membawa anak-anaknya ke klinik untuk ujian calitan Covid pagi esoknya.
“Saya amat terkejut bila mendapati pesakit covid yang sepatutnya dikuarantin, tetapi harus bergerak ke sana sini dirumahnya untuk menjaga keperluan anak-anaknya, termasuk memberi makan bayi berusia setahun kerana tiada orang dewasa lain dirumah.
“Banyak perkara perlu saya selesaikan dalam jam-jam berikutnya. Saya perlu segera menguruskan ambulans untuk membawa anak-anak ini membuat ujian calitan kerana tiada sukarelawan yang sanggup membawa mereka ke hospital atas sebab keselamatan.
“Jika tiada ambulans, saya sendiri perlu membuat ujian calitan kepada semua anak-anak dirumah ini seperti yang disyorkan Klinik Kesihatan.
“Ikhwan sememangnya tidak perlu berada diposisi ini untuk menjaga anak-anaknya. Saya terpaksa menguruskan permit perjalanan untuk ibunya di Puchong ke Wangsa Maju untuk membantunya. Seterusnya, rumah juga perlu disanitasi. Setelah melalui banyak kesukaran, akhirnya semua selesai,” menurutnya dengan panjang lebar.
Keadaan Semakin Serius
Yee Kew menjelaskan lagi, “Pagi ini, saya dan pembantu datang ke rumahnya dengan memakai PPE penuh, lengkap dengan pelitup muka, kit ujian calitan covid. Ketika dalam perjalanan, saya diberitahu, keadaan Ikhwan bertambah serius. Dia mengalami kesukaran untuk bernafas dan berasa lemah serta tertekan.”
“Saya katakan kepada Ikhwan, bertenang! Semuanya akan baik-baik sahaja.
Nasib baik, pasukan sanitasi tiba tepat pada masanya dan ambulans juga sampai serentak.
“Selesai proses sanitasi rumah, Ikhawan dan anak-anaknya sudah sedia untuk ke hospital dengan ambulans,”katanya lagi.
Mohon Doakan
Yee Kew juga mohon agar kita semua sama-sama mendoakan agar keluarga ini segera sembuh.
“Marilah kita sama-sama doakan, kesembuhan yang cepat kepada keluarga Ikhwan. Saya menantikan saat untuk berjumpa dengan anak-anak perempuannya yang comel dan membesar dengan kuat dan sihat!
“Inilah kehidupan seorang ahli parlimen ketika pandemik!,” kongsinya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.