Seorang isteri pastinya inginkan suami yang menyenangkan hati dan sentiasa membuatkan diri dihargai. Suami yang bersikap penyayang ini pastinya dapat membina rumahtangga sakinah mawaddah.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh seorang doktor Nur Hanisah menerusi laman facabooknya, melahirkan rasa terharu melihat kasih sayang seorang suami memberikan semangat kepada isterinya ketika proses bersalin. Ikuti perkongsian ini moga menjadi inspirasi kita dalam hubungan suami isteri.
Asyik bercerita tentang perangai mak-mak je dalam labour room kan. Apa kata sekali ni kita cerita pasal bapak pulak?
Kalau haritu ada cerita tentang doktor dan misi sebagai pasukan sorak ibu bersalin. Bila sebut pasal ayah ni, boleh kata mewakili coach agaknya.
Teringat satu kenangan menyambut kelahiran bayi pertama sepasang suami isteri.
Gambar hiasan
Sang suami begitu proaktif sekali dalam membantu si isteri. Apa yang kami sebut, itulah yang dia ikut.
“Teran kuat, ayang! Panjang! Panjang!”
Terharu saya dibuatnya. Sungguh, suami seperti dia benar-benar membantu kerja doktor dan misi semua.
Bila isterinya tak teran kuat mana, dia ikut menegur kesalahan isteri pula.
“Eh, jangan bunyi gitu! Ketap gigi! Kuat lagi! Lagi!”
Tersenyum saya dibuatnya. Teruja dengan kesungguhannya.
Apabila doktor memanggil sang suami,
“Encik, cuba tengok sini kepala anak dah sampai mana. Suruh isteri encik teran kuat lagi.”
Maka, dia encourage lagi dengan bersungguh-sungguh.
Ads
“Sambung! Sambung!”
Hampir tergelak saya dibuatnya. Semangat betul dia!
Di saat kepala bayi kelihatan sudah mula mahu keluar, dia membuka kaki luas bagi tujuan merendahkan badan. Memastikan bisikan benar-benar sampai ke telinga isteri. Macam nak bersilat dah gaya dia waktu ni!
“Ok sayang! Last shoot! Last shoot!”
Allahu! Masa ni memang saya tak boleh tahan nak tergelak! Dia ingat agaknya dalam perlawanan bola sepak?
Akhirnya, si bayi selamat lahir.
Apabila doktor mengangkat bayi sambil bertanya, “Puan, sebut anak lelaki ke perempuan?”
Sang suami terlebih dahulu memberi respon teruja. Dia menekup muka dengan mata terbeliak. Antara terharu dan gembira.
“Doktor, saya dah boleh keluar, kan?”
Saya sangka, pasti dia mahu sujud syukur atas kegembiraan dikurniakan anak pertama mereka.
Memanglah dia boleh dapat Anugerah Suami Paling Proaktif dalam labor room ni!
Gambar hiasan
So, nak share sikit tips untuk para suami yang teman isteri bersalin.
1. Pastikan isteri ikut arahan doktor/misi.
Maksudnya kat sini, para suami kena peka! Dengar apa yang doktor/misi sebut. Ikut je ulang semula kepada isteri. Macam contoh suami dalam cerita tadi. Sampai doktor dan misi pun puji sebab dia telah membantu memudahkan urusan kami. Terbaik!
2. Jaga aurat isteri
Ini boleh dilakukan semampunya. Di ambang masa kemuncak isteri untuk mula bersalin, selalunya si isteri akan tak senang duduk melawan sakit kontraksi. Bergolek ke kanan. Bergolek ke kiri.
Tak kena cara, boleh terdedah aurat mereka. Begitu juga tentang tudung. Selagi tidak memudaratkan isteri, jagalah bab ini. Si isteri memang tak mampu nak jaga aurat sendiri dah waktu ni. Kesakitan menguasai diri. Maka, tolonglah ‘jaga’ mereka ya, para suami mithali.
Ads
3. Baca zikir ke telinga isteri
Terharu bila tengok ramai suami berbuat begini. Teruskan ya! Semoga isteri sentiasa dalam keadaan mengingati Tuhan Yang Esa. Dia jua yang Maha Memudahkan Segalanya.
4. Jaga solat isteri
Tolonglah para suami. Cakna hal yang satu ini. Ikut mazhab Syafie, selagi tak keluar bayi, selagi itu wajib solat. Maka perlu cakna waktu solat dan arah kiblat ya. Belajar juga cara ambil wudhu guna spray.
Boleh dalami lagi ilmu tentang ni daripada ustaz ustazah. Islam itu mudah. Tetapi bukan untuk diambil mudah.
5. Berterima kasih kepada isteri
Fuh! Sendiri tengok orang bersalin pun dah dapat rasa penat dia macam mana. Struggle tahap tinggi punya!
Para suami, ringankan mulut. Ucapkan terima kasih kepada isteri. Kucup dahi isteri tanda penuh menghargai. Ada saya tengok, suami lebih excited tengok bayi yang baru dilahirkan daripada isteri yang baru habis menang ‘berlawan’.
Memanglah si isteri dah tak kisah pun sebab lebih nak berasa lega daripada penat yang amat sangat. Tetapi alangkah sejuknya hati bila dapat lihat suami yang sudi layan isteri macam bidadari.
Oh ya! Apa salahnya berterima kasih juga kepada pasukan sorak (doktor dan misi) yang turut menyumbang jasa. Hormatilah mereka dengan tutur kata yang baik dan riak wajah yang manis. In syaa Allah, semua gembira!
Sekian sahaja.
Selamat menjadi seorang bapa yang penyayang kepada ibu dan anaknya!
Nur Hanisah Yang Memerhati . P/s: Kongsikan tips ini kepada pasangan sendiri, adik-beradik, mahupun rakan-rakan yang bakal melalui perjalanan yang sama nanti!
Jemput Follow dan set See First Nur Hanisah supaya dapat selalu baca post santai dan bermanfaat tentang dunia #HospitalTarbiah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumahku syurgaku. Itu adalah satu ungkapan indah dan manis buat pasangan yang ingin sama-sama membina bahagia. Namun, impian itu takkan berkekalan andai ada salah seorang dari anda tidak jujur dalam perkahwinan. Memang susah untuk diterima dan sangat menyakitkan lebih-lebih lagi oleh orang yang paling kita percayai.
Harga sebuah kemaafan tidaklah boleh sampai memaksa pasangan kita untuk menerima kebohongan kita ‘membabi buta’. Tidak dinafikan, isteri ni ada kelebihan deria keenam dalam merasai apa yang tersirat di hati jika pasangan cuba menipu atau berbohong.
Jika anda merasakan bahawa suami anda sedang menyembunyikan sesuatu dari anda, selidik terlebih dahulu. Usaha membabi buta menuduh tanpa usul periksa. Cari punca kenapa ia berlaku dan cari jalan supaya hubungan anda tidak keruh dek kerana masalah tersebut.
Baca perkongsian dari saudara Ariff Ismail mengenai isu ini.
JANGAN TIPU WANITA
” Yang abang balik lambat, p tengok bola dengan member “
Bila kita cakap macam ni, jawapan isteri :
” okay abang, jangan balik lambat sangat “
Jika kita dalam sutuasi ini, nak teruskan dengan niat atau batal kan saja niat kita? Kalau betul nak p tengok bola, teruskan. Kalau nak kelain batal kan saja niat kita tu brother.
Kaum hawa ni, dia ada kelebihan yang kita kaum adam tak ada. Kita kalau buat salah belakang dia, mesti peratusan nak kantoi tu sangat tinggi. Panca indera kaum hawa ni padu, kalah kuasa Thanos.
Cuba kita buat muslihat sikit, kata nak p tengok bola tapi p tengok wayang, paling paling dia dapat kesan lokasi kita. Tak pon dia akan keluar ayat ” tengok bola kat mana tu, bukan musim bola dah habis ke?”.
Ehh macam mana kaum hawa ni boleh tahu, untuk pengetahuan kaum adam sekalian, untuk memastikan kejujuran kita, mereka sanggup google dan kaji semua perkara berkaitan apa yang kita buat.
Hobi kita boleh jadi hobi depa juga. Tapi cuba kita kaum adam ni, kita sukar untuk sama sama kaji hobi mereka. Nak ikut depa buat hobi depa pon kita boleh bagi 1001 alasan. Sebab tu lah kaum hawa ni Super Power bab mencari ketidak jujuran lelaki.
Perempuan ni satu je, kalau kita dah kantoi sekali menipu, memang sampai kiamat lah depa tak percaya dah. Baru jadi “nightmare” kat kaum adam. Mereka ni bukan nak menyibuk, tapi mereka ni bab bab kejujuran ni asas utama.
Lagi satu dengan kaum hawa ni, tak perlu tipu pon, cuba kena guna bahasa dan cara yang betul untuk jelas kan pada mereka. Inshaallah mereka akan faham dan beri kerjasama.
Kesimpulan nya, jujur itu lebih baik dari menipu atau berkata dusta. Kunci kebahagian kita terletak pada kejujuran. Inshaallah cinta Adam Dan Hawa akan mekar ke syurga.
Menguruskan kewangan keluarga kena perancangan teliti agar perbelanjaan mengikut kemampuan. Jika salah perancangan boleh menyebabkan kita hidup berhutang hingga ke usia tua. Perkongsian Hafizul Hakimi ini amat bermanfaat untuk perancangan kewangan bagi masa depan.
Tanda Alami Masalah Kewangan
Kad Kredit
– Korang jenis bayar baki minimum sahaja setiap bulan.
– Baki tertunggak meningkat setiap bulan.
– Dah guna kad sampai had maksimum.
– Kerap ‘withdraw’ wang tunai guna kad kredit.
– Selalu lewat membuat bayaran bulanan.
– Kad kredit dibatalkan oleh pihak bank. Haa jaga surat dari pihak guaman datang.
Pinjaman
– Kerap guna overdraf atau kemudahan pinjaman automatik daripada akaun semasa.
– Terima notis bayaran daripada pemiutang kerana tidak membayar hutang.
– Gagal mendapat pinjaman kerana laporan kredit CTOS/CCRIS tidak cantik. Kerap sangat bayar lebih dari tempoh sepatutnya.
– Sering pinjam wang daripada keluarga atau kawan untuk membayar hutang. Gali lubang, tutup lubang.
– Kerap kali dihubungi oleh pihak pemungut hutang.
Perbelanjaan
– Hidup bergantung semata-mata pada pendapatan bulanan.
– Tidak mengetahui berapa banyak hutang sehinggalah penyata diterima.
– Kerap kali bertengkar dengan suami atau isteri mengenai wang.
– Selalu beli benda yang tak diperlukan.
Simpanan
– Sering ‘terguna’ wang simpanan pada kadar yang membimbangkan.
– Tidak punya langsung simpanan untuk menangani perbelanjaan kecemasan.
– Kerap bocor sehingga sendiri tak tahu mana perginya wang simpanan. Hilang tanpa jejak.
Kawan-kawan,
Ekonomi sekarang dalam tahap membimbangkan. Sekarang kalau tak dipulihkan segera, takut-takut kita di dalam masalah yang besar.
Cara untuk keluarkan diri dari masalah di atas:
1. Tulis jadual perbelanjaan. DI sebelah kiri pendapatan dan kanan perbelanjaan.
2. Di sebelah kanan, cuma contoh sahaja. Disitu dapat ‘trim’ mana perbelanjaan sepatutnya dapat dihentikan.
3. Belajar teknik snowball untuk bayar hutang dari terkecil hingga terbesar.
4. Cari pendapatan kedua untuk pulihkan segera keadaan kewangan semasa.
5. Rendahkan gaya hidup dari luar kemampuan kepada biasa-biasa.
Semoga berjaya!
Hafizul Hakim
Silakan share tanpa perlu minta izin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Siapa sangka kes saya menggempar satu Malaysia. Saya pun tidak sangka. Hingga ramai ahli politik, menteri bahkan pm turut sama membicarakannya.”
“Ramai tokoh-tokoh ternama, nama besar dalam arena politik turut serta menyatakan sokongan mereka. Terima kasih semua yang ikhlas menyokong.”
Antara perkongsian Mohd Fadli Mohamed Salleh yang juga merupakan guru Matematik tular setelah mendedahkan dirinya dikenakan tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
DIGUGURKAN TINDAKAN TATATERTIB
Isu ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.
Namun setelah meraih perhatian ramai pihak termasuk ahli politik serta wargamaya yang menyokong usahanya, siapa sangka tindakan tatatertib itu digugurkan.
Sebagaimana laporan Harian Metro, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan memutuskan guru Matematik Mohd Fadli Mohamed Salleh tidak bersalah susulan pendedahan mengenai kepincangan silibus pendidikan negara.
Menerusi surat keputusan yang tular di laman sosial petang ini, Mohd Fadli juga dibebaskan daripada tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Berdasarkan surat berkenaan, guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Surat berkenaan ditanda tangan Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.
Selain itu, semalam Mohd Fadli juga berkongsi keputusan mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan menerusi Facebook (FB)
Rentetan daripada keputusan itu, wargamaya meluahkan rasa syukur dan menitipkan doa untuk guru berkenaan untuk meneruskan perjuangannya dalam membela nasib murid-murid.
Sebelum ini, Mohd Fadli mendakwa silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.
Malah dia turut menyuarakan pendapat jumlah murid di dalam kelas terlalu ramai selain subjek pembelajaran yang banyak serta isu beg berat yang boleh memudaratkan kesihatan murid.
Malah usahanya itu turut mendapat sokongan daripada pelakon popular Rita Rudaini menerusi hantaran di instagram miliknya.