Susulan tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tempoh hari telah membolehkan aktiviti rentas negeri berlangsung. Ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung ataupun merentas negeri bagi bertemu insan tersayang dan menyambut hari raya yang tertunda.
Turut berpeluang bertemu dengan insan tersayang adalah pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew. Dalam satu perkongsian, beliau gembira apabila dapat bertemu dengan bapanya selepas sekian lama tidak bertemu disebabkan PKP.
Dalam perkongsian yang dibuat menerusi Facebook Ustaz Ebit Lew, bapanya yang berusia 80 tahun turut membawa nanas dan pisang sebagai buah tangan sekali gus membuatkan pendakwah tersebut berasa begitu terharu. Hari paling indah setelah sekian lama dapat bertemu ayah tercinta. Ayah bawa nenas dan pisang dari kebunnya. Umur dah lebih 80 tahun tapi masih sibuk berkebun. Rajin memang tak ingat. Suka berniaga dari muda. Saya minta doa beliau untuk elewsmart yang akan dibuka nanti.
. Ya Allah inilah nikmat paling indah dapat jumpa ayah. Rajin dan jaga masa. Dua itulah saya belajar betul-betul darinya. Tak boleh duduk diam.
Dari kecil teringat ayah bila balik kerja atau dari mana-mana mesti ada buah tangan. Sampai sekarang pun macam tu. Dapat peluk dan cium ayah tadi rasa bahagia sangat. Rindu nak bawa ayah berjalan-jalan.
Ads
Mak kalau ada mesti best. Mereka sentiasa bercinta jer. Ayah dengan mak sentiasa berjalan berdua. Makan mesti berdua. Mak tiada,ayah saya tak makan. Berbual 24 jam non stop agaknya. Tak pernah gaduh. Rasa 24 jam berdua. Kasih sayang mereka berdua menjadi contoh untuk kami adik beradik supaya sayang pasangan.
Dulu mak banyak cakap. Ayah diam sangat dengan anak-anak. Selepas mak pergi ayah kuat bercakap macam mak. Dan selalu bagi semangat dalam dakwah dan berniaga. Saya tanya kenapa ayah kuat semangat sampai sekarang. Katanya hidup ini amanah sehingga kita berjumpa Allah nanti. Tugas saya sebagai ayah terus beri semangat pada anak-anak selagi hidup. Itulah seorang ayah. Rindu mak. Syukur sangat dapat semangat dan doa dari ayah.
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebelum ini, kita dikejutkan dengan penahanan sepasang suami isteri yang didakwa memukul anak mereka kerana enggan solat. Susulan daripada itu, anak-anak dipisahkan daripada pasangan ini dan diletakkan di bawah jagaan pihak lain. Malah, kes ini turut mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.
Terbaru, sepasang suami isteri menerima nasib yang sama selepas anak mereka mengadu keletihan berpuasa kepada guru dan akhirnya pasangan ini ditahan manakala anak-anak diletakkan di bawah jagaan keluarga lain.
Kisah pasangan ini turut mendapat liputan seperti yang disiarkan menerusi Harian Metro yang berkesempatan mendapatkan maklum balas dari keluarga pasangan ini.
“ALONG hanya boleh jumpa anak-anaknya sebulan sekali. Itu pun hanya tiga jam sekali jumpa. Sudah pasti Along sangat rindukan mereka. Anak-anak Along pun dah minta maaf, mereka mahu kembali kepada Along dan Kak Long,” kata Hasrol Muhamad, 33.
Hasrol merupakan adik kepada Hairi Muhamad, 42, yang menetap di Stord, Norway sejak 10 tahun lalu bersama isterinya, Norliha Khamis, 42, dan lima anak.
Hasrol berkata, awal Ramadan lalu, seorang anak Hairi yang mungkin letih kerana berpuasa ditegur gurunya dan dia memaklumkan tertekan kerana berpuasa pada waktu yang lama (melebihi 12 jam).
“Mungkin gurunya fikir dia didera dan membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan kanak-kanak dan siasatan dijalankan.
“Seorang lagi anak Along beritahu dia pernah dipukul, namun polis yang memeriksa kediamannya langsung tidak menemui rotan atau sebarang bukti yang boleh mendakwanya.
“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan dan sepanjang tempoh itu, semua anak-anak Along dipisahkan daripadanya dan kini di bawah jagaan tiga keluarga bukan Islam di sana,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurut Hasrol, abang sulung yang dipanggil Along ada memberitahu mereka sukar untuk menang dalam kes itu menyebabkan mereka sekeluarga bertambah risau.
Lebih risau adalah ibu bapa mereka, Muhamad Ero, 66, dan Hasnah Sulong, 61, yang tinggal di Chaah, Segamat.
“Mak dan ayah rindukan cucu-cucu mereka,” katanya.
Menurut Hasrol, memang keluarga abangnya ada peguam mewakilinya ketika perbicaraan namun abangnya bimbang kerana dakwaan memukul anak cukup berat di sana.
“Kami sangat kenal Along dan Kak Long, mereka orang yang lembut. Cuma mereka memang tekankan soal agama pada anak-anak.
“Katanya, setiap kali bertemu, anak-anaknya akan memeluk mereka dan menangis memberitahu mahu pulang tinggal semula dengan mereka. Mereka sudah faham apa rasanya berjauhan dengan ibu bapa,” katanya.
Perbicaraan kes terhadap Hairi dan Norliha diteruskan pada 4, 5 dan 6 November ini dan dijangka keputusan terhadap kes itu juga akan dibuat dalam masa terdekat.
Kisah keluarga ini dimuat naik sebelum ini menerusi laman facebook MunieAsrol Muhamad yang berkongsi kisah suami isteri ini yang dipisahkan daripada anak-anak sejak Mei lalu.
Dia yang merupakan adik kepada Hairi yang bertugas sebagai pakar kimpalan memberitahu, abangnya dan isteri, Norliha hilang hak penjagaan lima anaknya berusia antara empat dan 16 tahun selepas berdepan siasatan pihak berkuasa susulan aduan dibuat seorang daripada anaknya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lahir anak sulung perempuan, kedua perempuan, ketiga pun perempuan. Tentunya ramai pasangan dalam situasi ini menaruh harapan besar agar kelahiran anak seterusnya adalah lelaki.
Namun rezeki cahaya mata itu ketentuan Tuhan, ada yang dimakbulkan hajat beroleh anak lelaki tapi ramai juga yang tetap dianugerahkan anak perempuan.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Daripada Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api nerewka.
Sebenarnya anda patut rasa bangga. Paling penting, jangan sesekali rasa tertekan bila anda tidak punya anak lelaki seperti orang lain. Yang anda perlu yakini, rezeki setiap orang berbeza-beza. Ada orang yang hanya memiliki anak lelaki kesemuanya dan ada pula yang bertuah memiliki kembar sepasang dan sebagainya. Semua ini bergantung kepada rezeki daripada Allah.
Antara kelebihan yang anda perlu tahu adalah:
1. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya.
2. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
3. Mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
4. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
5. Ibubapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Bayangkan kesemua anak perempuan anda yang setiap hari mendoakan ibu dan bapanya.
7. Apabila ibu dan bapa diuji dengan sesuatu perkara daripada anak-anak perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
9. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
Bagaimana Seorang Ayah Patut Didik Anak Perempuan
1. Seorang ayah mesti tunjukkan contoh tauladan dan sikap yang baik buat anak perempuannya.
2. Ajar anak perempuan menjadi anak yang sopan serta pandai menjaga akhlakdirinya.
3. Menutup aurat? Ini hal yang sangat penting ayah kena lakukan. Wajib!
4. Tunjukkan contoh bagaimana menjadi orang yang menghormati orang lain serta pandai menjaga hati orang lain ketika bercakap.
5. Ayah harus ajar anak perempuan jadi lebih kuat, percaya dan yakin pada diri sendiri.
6. Walaupun anak perempuan nampak manja dan agak penakut tetapi penting untuk seorang ayah menanamkan kata-kata semangat supaya jadi lebih berani.
7. Ketika anak perempuan mula belajar berjalan, ayah kena jadi lebih kuat dalam memberikan kata-kata semangat supaya anak berani melangkah walaupun berisiko untuk jatuh.
8. Anak perempuan memang anak yang manja. Mereka suka disayangi dan dimanjakanwalaupun sudah besar. Ayah, jangan lupa tentang hal ini!
9. Sentiasa berikan mereka perhatian, konsisten ucapkan ‘ayah sayang kamu’, percayalah anak perempuan anda akan membesar menjadi anak yang berjaya dan bahagia.
10. Ayah wajib jadi pelindung setiap saat hingga akhir hayatnya!
Sumber: My info
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak petang tadi, seluruh warga maya seakan dapat melepaskan kerinduan kepada negarawan Malaysia dan juga bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhammad atau lebih mesra di panggil Tun M.
Sejak gagal mempertahankan kerusi di Parlimen Langkasi, Tun Dr Mahathir Mohamad seakan sepi daripada arena politik negara. Namun menerusi hantaran terbaharunya di laman sosial, rata-rata seluruh warga maya seakan dapat melepaskan kerinduan kepada insan yang banyak berjasa dalam pentadbiran serta pembangunan negara sewaktu kepimpinannya dulu.
Menerusi hantaran Tun M di laman sosialnya itu menceritakan mengenai seorang kanak-kanak cilik bernama Umar Amirul Shakur Haiccal atau mesra dipanggil Umar yang telah mewawancara negarawan ini untuk sebuah saluran Youtube.
Jika sebelum ini subjek utama yang akan dikongsikan di laman sosial milik Tun M adalah aktiviti yang berkaitan dengan tugasannya atau perkembangan parti yang dinaungi namun untuk hantaran kali ini amat berbeza.
Seakan teruja menceritakan mengenai Umar, warga maya dapat dilihat kemesraan mereka walaupun pertama kali berjumpa.
“Dalam temuramah tadi, saya cukup seronok dengar celoteh Umar dan dia begitu petah bercakap.”
Untungnya Umar apabila dipuji oleh lagenda negarawan yang menjadi idola ramai itu.
“Umar baru berusia 12 tahun dan minat bolasepak.”
“Tanya Umar, macam mana nak capai umur 97 tahun. Saya jawab kena tunggu lagi 85 tahun lagi baru tahu macam mana boleh capai.”
“Banyaklah soalan ditanya umpamanya bagaimana saya di zaman bersekolah, apa pesanan ibu saya, kenapa bina KLCC, Putrajaya, KLIA, pandangan bolehkah jadi influencer saja tanpa belajar dan banyak lagi,” kongsi Tun M mengenai wawancara bersama kanak-kanak cilik itu.
Apa yang paling menarik perhatian warga maya adalah Umar sempat ajar Tun M buat mini love.
“Sengaja saya usik minta jelaskan apa itu ‘mini love’. Yang saya faham, rapatkan ibu jari dan jari telunjuk tu.. itu simbol minta duit!
“Umar terangkan simbol love asalnya besar, kena guna dua tangan untuk cantum jadikan love, tapi ada orang cipta pula simbol love dengan dua jari. Pandai dia menjawab. “ Cerita Tun M lagi mengenai Umar.
Patutlah Tun M teruja bercerita tentag Umar ini, memang petah orangnya. Anda boleh melihat sendiri Umar menerangkan mengenai Mini Love dalam sat hantaran video di TikTok Bintang Kecil.
Rupanya Umar adalah salah seorang kanak-kanak yang terpilih untuk bertemu dengan idola dan menjadikan Tun M sebagai tokoh yang ingin ditemui.
Umar juga pernah menjadi host dalam program Pa&Ma TV melalui segmen Adik Tanya terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
Dalam sebuah segmen khas, saluran Bintang Kecil yang aktif di Youtube telah merealisasikan impian Umar untuk bertemu legenda iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad.
Di akhir hantaran, Tun M sempat menitipkan pesanan buat Umar.
“Saya pesan kepada Umar, rajin-rajinlah belajar supaya masa depan lebih terjamin. Semoga impiannya tercapai suatu hari nanti. InsyaAllah.” Tulisnya mengakhiri hantaran tersebut.
Sementara itu, menjengah di ruangan komen ramai yang memuji tokoh negarawan itu kerana begitu ‘sporting’ melayan ketelah Umar.
Malah Tun M sempat memakai helmet Star Wars apabila ditanya ‘Kenapa ada helmet Star Wars dalam pejabat saya – The Mandalorian dan Darth Vader.’
“Tun tetap idola dan jadi inspirasi untuk anak-anak dan generasi akan datang. Semoga satu haru nanti lahir seorang great leader seperti Tun untuk Malaysia.” – Robin Labu
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...