“Kau Satu-Satunya Tempat Jatuhnya Cinta.” 10 Tahun Usia Perkahwinan, Aeril Zafril Syukur Miliki Wawa Zainal

Share

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel berkongsi momen romantis bersama isterinya Wawa Zainal ketika makan malam bersama.

Kedua-duanya tampak segak dan manis ketika meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10. Beberapa keping gambar dimuatnaik menerusi laman Instagram bapa kepada empat cahaya mata ini.

Titipan kasih seorang suami buat isterinya begitu romantis, itulah yang sering dilakukan Aeril setiap kali menjelang hari istimewa baik ulang tahun perkahwinan mahupun hari lahir ahli keluarganya.

“Entah bagaimana harus dikatakan tentang hari ini…
Saat kita memilih dua jiwa menjadi satu. Satu hati. Satu cinta. Satu cita-cita. Satu harapan. Dan satu tujuan bersama ke Surga di sana Negara Abadi.

“Terima kasih sayang kerana bila berani untuk bersama itu, bermakna dirimu mengerti perjalanan yang bakal kita tempuh bukanlah mudah dipermulaannya kerana penuh getir dan sesekali pasti jua dilambung ombak – dipukul badai ujian. Kita berjaya melewati dan mengharungi semuanya dengan pertolongan ALLAH jua.

Tuhan hadiahkan kita kebahagiaan dengan terus bersimpuh kasih padaNya. Barangkali kerana titis air matamu dan doa rintihanmu yang paling tulus lalu dikurniakan kekuatan jiwa, akal dan buah fikir pada dirimu agar titipan rahmatNya berpanjangan hingga kita mengecapi manisnya cinta yang halal dalam redhaNya sehingga saat ini. Terima kasih segalanya sayang..

“Sungguh, kau satu-satunya tempat jatuhnya cinta yang paling bening. Segenap keluh resahku, kau jadi perlabuhan kedamaian. Ketika sakit duka bertandang, kaulah jadi penawarnya. Bila akal dan semangatku mulai tumpul, kaulah yang jadi penajamnya. Bak kata hukama, kau tak ubah seperti kehangatan saat kedinginan.

“Terima kasih sayang untuk semuanya…

“Kutulis ini kerana Hari ini Ulangtahun Pernikahan Kita Yang ke -10. Doakan hubungan kami kekal selamanya semua…

Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Soffya dan Muhammad Fahri yang dilahirkan 30 November lalu.

Sumber: aeril_zafril & wawa_zainal


ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!

“Percutian Singkat Tapi Bermakna, Peluk Cium Anak Sendiri.” 2 Biji Kek Jadi Perhatian, Ibu Dr Amalina Syukur Kejutan Menjadi!

BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

IKLAN