Manfaat minuman herba yang direbus, biasanya umum mengetahui banyak kebaikkannya.   Lebih-lebih lagi kaum ibu,  sudah ‘terajar’ ketika berpantang dan telah merasai sendiri kesan daripada amalan tersebut.

Pun begitu selepas tempoh berpantang habis,  apakah pula minuman herba yang sesuai untuk diamalkan agar khasiat herba terus dapat dinikmati oleh tubuh.

Di sini ada 4 jenis minuma  air rebusan yang boleh diamalkan oleh semua wanita.  Info ini dikongsi oleh Nur Addya dan ditambah pula 1 lagi minuman herba oleh Edayu Mohamad Via MAHN.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.  Selamat mencuba!

​1. Rebusan Serai & Halia​

Bahan-bahan:

3 batang serai-diketuk

4cm halia-diketuk

Cara buat : Rebus di dalam periuk dengan tiga gelas air. Anda amalkan 2 atau sekali seminggu.

Kebaikkan : Elok bagi wanita yang letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi dan sakit urat. Disyorkan minum selepas makan iaitu waktu siang.

​2. Rebusan Sireh​

Bahan-bahan:

3 atau 5 helai daun sireh

3 kuntum bunga cengkih

IKLAN

Sedikit serbuk kayu manis.

Cara buat : Rebuskan di dalam periuk dengan tiga gelas air.  Minum ketika air tersebut suam.

Kebaikkan : Ini dapat menghilangkan bau badan dan pulihkan segala urat dan sengal-sengal badan. Amalkan setiap hari selama sepuluh hari.

​3. Rebusan Sireh dan Daun Inai​

Bahan-bahan:

3 atau 5 helai daun sirih

Segenggam daun inai

Cara buat :

IKLAN

Rebus di dalam periuk dengan menggunakan tiga gelas air. Minum apabila sudah suam.

Kebaikkan: Rebusan ini sesuai bagi wanita yang mengalami keputihan dan berbau. Elok diamalkan selepas haid.

​4. Rebusan Halia, Serai, Cengkih dan Kunyit​

Bahan-bahan:

2 atau 3 batang serai

3cm halia

2cm kunyit

sedikit kulit kayu manis

IKLAN

Bunga cengkih

Bunga lawang

1 helai daun pandan

Sedikit madu

Cara buat :  Ketuk serai, halia dan kunyit kemudian direbus bersama kulit kayu manis, bunga cengkih atau bunga lawang, daun pandan dan sedikit madu.  Diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Sebulan sekali.

Kebaikkan : Ini untuk mewangikan bahagian intim dan menyegarkan badan.


“Saya da amalkan dekat setahun.  Saya minum air jamu ni lepas abis period. X elok amalkan tiap-tiap hari ye. Memang hasilnya terbaik.”-Edayu 

Kaum Ibu Tolong Amalkan Sekurangnya 1 Air Rebusan Ni!

Bahan-bahan:
Halia (besar ibu jari)
Kunyit (besar ibu jari)
Serai (2 btg)
Daun Pandan (2 helai)
Gula Batu / Madu (ikut suka)
Air 3 cawan

Tambahan (jika perlu)
Sireh (2 helai) – utk masalah keputihan
Manjakani (1 biji) – utk merapat miss v – (x sesuai utk anak dara)

Cara Buat : Rebus semua bahan sehingga menjadi 1 cawan air
Minum suam-suam.  Hanya minum sebulan sekali sahaja selepas period je tau.

Khasiatnya :-
* Membersihkan rahim selepas haid
* Mengeluarkan angin dalam tubuh
* Memecahkan lemak-lemak di perut
* Mengurangkan masalah bau badan

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI