Kaunter Bar Serbaguna Lama Reput, Lelaki Ni Kongsi Cara DIY Guna Plywood Je, Janji Kukuh. Mudah Sangat!

Share

Simple tapi nampak kemas dan cantik. Ini cara yang ditunjukkan oleh saudara Syahrum Shukri  untuk membuat kaunter bar.

Saya nk berkongsi projek DIY saya iaitu buat bar counter baru bagi menggantikan counter yg lama yg dh reput. Asalnya ingat nk order dgn company yg asal buat kitchen cabinet sblm ni tp sbb projek kecil je dan kewangan x berapa cukup so try buat sendiri je lah. 

Kuanter bar lama yang reput.
Kaunter bar serbaguna yang siap.

Counter top solid wood dan laminated board putih saya beli kat lazada. Kayu selebihnya beli kat hardware. Design sendiri ala kg. Janji berfungsi dan kukuh insyaAllah.

Cara buat:

Bar counter yang lama. Dah reput sebab bukan solid wood. Kena air lama2 reput. Pakai dah masuk 2 tahun.

Rangka buat daripada kayu2 yang beli kat hardware.

Plywood beli kat hardware untuk cover bahagian counter top.

Keadaan yang dah separuh siap. Tunggu nak cat bahagian depan dan sapu wood coating kat counter top.

Selepas cat bahagian plywood

Apply wood coating untuk naikkan seri

Apply wood coating jenis clear untuk naikkan seri dan bagi tahan lama.

Setelah apply keseluruhan surface dgn wood coating. nampak kemas sikit.


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

IKLAN