Mungkin ada yang tidak pernah nampak pun apa yang dikatakan sebagai ulat habuk bagi sesetengah orang. Namun serangga kecil ini sebenarnya sering ada di dinding rumah, almari pakaian bahkan tilam pun menjadi antara lokasi yang dijadikan ‘rumah’ bagi serangga kecil ini. Bila kehadirannya tidak disedari atau tidak dihapuskan, itu yang menyebabkan seisi keluarga akan gatal-gatal.

Jadi bagaimana cara untuk anda lakukan agar tiada ulat habuk ini di dalam rumah?

Buntu tentang hal tersebut, jadi bolehlah ikuti kaedah yang dipraktikkan oleh  Yatie Eimra ini.  Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat.

Cara Hapuskan da Kawal Ulat Habuk

Tak kisahlah apa nama yang korang panggil..ulat habuk, ulat dinding, casebearer, dust worm ataupun dikenali sebagai kamitetep di Indonesia. Ulat ni sebenarnya dalam fasa larva sebelum bertukar jadi kupu-kupu.

Selain kawasan berdebu, bersawang, kawasan berkelembapan tinggi (macam toilet, bilik stor/bilik yang tak cukup pengudaraan dan cahaya matahari yang cukup), ulat habuk ni agak memang suka bersarang dekat bawah katil dan dalam almari.

Andai kata korang selalu bersihkan rumah dan tak ada sawang sekalipun, tapi kalau kupu-kupu ini sudah termasuk dalam rumah, ia tetap akan cari tempat untuk bertelur. Kalau ada salah satu ciri-ciri yang disebut tadi, nak-nak dalam rumah memang banyak sumber makanan dia..dah memang ler jadi port dia beranak pinak.

Kawal & Hapuskan Ulat Habuk Di Rumah, Wanita Ni Ada Cara Mudah Nak Buat Agar Tak Gatal-gatal Lagi!
Ulat habuk ini makan sawang labah-labah, rambut-rambut yang berguguran, bangkai serangga kecil dan juga fabrik. Ulat ni memang boleh sebabkan rasa gatal jika kita digigit, dan ulat beluncas kupu-kupu tu sendiri pun boleh sebabkan naik gatal-gatal badan bagi orang yang kulit sensitif dan ada alahan.

Walaupun macam tu, gatal-gatal badan bila baring atas tilam dan pakai pakaian dari almari tak semestinya berpunca dari ulat habuk yer. Boleh gak berpunca dari hama akibat dah lama tak bersihkan tilam atau pakaian yang dah lama tak digunakan. Kalau tiba-tiba rasa gatal dan ada tanda gigitan dengan bulatan kecil tu mungkin juga berpunca dari agas.

Jadi  banyak punca lain jadi gatal-gatal ini melainkan korang memang jumpa sendiri la ulat habuk ni.

Ulat habuk ni boleh jer kita spray secara direct dengan spray racun serangga. Tapi masalahnya, kita tak tahu kat mana kupu-kupu tadi bertelur. Bergantung pada spesis kupu-kupu itu sndiri, ada yang hasilkan 40-50 biji sekali bertelur. Telur-telur ini bila dah menetas jadi larva, dia akan buat kelongsong kepompong dan mula merayap-merayap lak.

Telur-telur ni pun kena hapuskan sebelum ia menetas untuk elakkan masalah dikemudian hari.

Dekat sini saya share cara hapuskan ulat habuk ni since saya pernah alami masalah ternak ulat habuk ni dalam almari secara tak sengaja (boleh baca post sebelum ni) dan baru-baru ni kat trek sliding door dah jadik port baru dia lak (kawasan rumah sekarang ni banyak sangat ulat ni hampir setiap level ade jer bergantungan ulat habuk kat dinding even dalam lif pun ada juga)

Hapuskan Ulat Habuk Dalam Almari Pakaian

Kalau kupu-kupu bertelur dalam almari memang leceh sangat.. Sebab korang takkan tahu kat baju mana ia bertelur.
1. Keluarkan semua pakaian dari almari.
2. Cari pakaian/fabrik yang berlubang. Jika ada, asingkan dari pakaian lain sebab kemungkinan ada telur kupu-kupu. (Kupu-kupu biasanya bertelur kat sumber makanan dia supaya baby ulat dapat makan dengan cukup).
3. Basuh pakaian yang berlubang dengan suhu 40°c, pakaian lain boleh dijemur dibawah panas matahari terik ATAU
4. Basuh jer semua pakaian dengan suhu 40°c (disarankan). Cara ni leceh sikit, tapi sekurang²nya korang dapat pastikan semua pakaian dah takde telur kupu² tu.
5. Almari pakaian korang tu, spray dengan air sabun dan campuran cuka (saya gunakan spray cuka serbaguna saya je). Lap seluruh bahagian dalam dan luar jika perlu. Cuka ni bersifat asid dan mampu membunuh telur serangga dan hama.
6.Untuk elak ulat habuk bersarang dalam almari lagi, boleh gunakan ubat gegat ataupun bahan penyahlembapan (contohnya brand thirsty hippo) untuk serap kelembapan dalam almari dan tak sesuai untuk pembiakan kupu-kupu. Untuk almari baju ni, saya lebih suka ubat gegat dengan wangian bunga.  Saya beli di Mr. DIY. Boleh juga BELI DI SINI

Kawal & Hapuskan Ulat Habuk Di Rumah, Wanita Ni Ada Cara Mudah Nak Buat Agar Tak Gatal-gatal Lagi! Kawal & Hapuskan Ulat Habuk Di Rumah, Wanita Ni Ada Cara Mudah Nak Buat Agar Tak Gatal-gatal Lagi!

Hapuskan Ulat Habuk Bawah Katil

1. Cabut semua cadar dan sarung bantal.
2. Jika bantal dari jenis yang boleh dicuci, sebaik²nya cuci & jemur bantal. Jika bantal tak boleh dicuci, spray dengan larutan cuka sebelum jemur bawah matahari.
3. Vakum tilam & bersihkan bawah katil.
4. Spray dengan larutan cuka pada keseluruhan tilam & juga bawah katil. Biarkan kering sendiri.
5.  Untuk elak ulat habuk bersarang lagi, boleh letakkan ubat gegat bawah katil. TAPI jika anda ada masalah pernafasan/ada anak kecil lebih baik gunakan daun² yang berbau kuat yang boleh berfungsi halau serangga contohnya daun salam, daun durian belanda, etc. Tukar daun baru bila dah kering.

Kawal & Hapuskan Ulat Habuk Di Rumah, Wanita Ni Ada Cara Mudah Nak Buat Agar Tak Gatal-gatal Lagi!

Kawal Ulat Habuk Dalam Rumah

Jujurnya kita hanya mampu kurangkan/kawal jer populasi ulat habuk ni dalam rumah. Takde jaminan pun kupu-kupu takkan masuk dalam rumah dan  bertelur lagi. Cumanya kena kerap
1.Bersihkan habuk & sawang
2. Kena kerap bukak tingkap untuk galakkan pengudaraan bagi bilik yang sentiasa lembap.
3.Bersihkan almari & katil secara berkala
4.Vakum kawasan yang susah nampak/nak bersihkan contohnya bawah katil, celah² trek pintu/tingkap sliding.
4. Bagi kawasan perumahan yang banyak kupu-kupu ni (biasanya perumahan berdekatan kawasan semak/kawasan yang belum diteroka), salah 1 cara nak kurangkan kupu-kupu masuk dengan elakkan buka lampu luar rumah sebab serangga akan mudah tertarik pada cahaya.

Harap-harap sikit sebanyak dapatlah bantu korang atasi masalah ulat habuk

Sumber : Yatie Eimra

ARTIKEL MENARIK: Buat Aiskrim Guna Susu, Rasa Sedapnya Memang Sampai Ke Tekak. Begini Cara Buatnya!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Kawal & Hapuskan Ulat Habuk Di Rumah, Wanita Ni Ada Cara Mudah Nak Buat Agar Tak Gatal-gatal Lagi!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Kawal & Hapuskan Ulat Habuk Di Rumah, Wanita Ni Ada Cara Mudah Nak Buat Agar Tak Gatal-gatal Lagi!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI