“Kaya- Kaya Pun Tak Berlagak. Tetap Humble.” Syahmi Sazli & Isteri Berniaga Air Raih Perhatian Warganet

Share

Pengarah dan Youtuber terkenal, Syahmi Sazli sekali lagi mendapat perhatian ramai selepas tularnya satu video yang menunjukkan dia bersama isteri, Anissa Faizul dilaman sosial. Ini kerana, mereka dilihat sedang berniaga air di bulan puasa.

Sikap mereka ketika berniaga juga menerima pujian oleh warganet apabila Syahmi Sazli juga digelar sebagai Youtuber paling humble meskipun kejayaannya kini bukanlah rahsia lagi.

Menerusi perkongsian video tersebut ditiktok, kelihatan bapa kepada seorang cahaya mata ini  bersama isterinya dirakam sedang sibuk menjual air. Malah difahamkan, air yang dijual juga dalam pada masa yang sama telah viral.

Perkongsian video oleh akaun bernama, Milobenggg_ di aplikasi tersebut dihujani dengan ratusan reaksi memuji sikap Syahmi Sazli dan isterinya disamping hantaran terbabit ditinggalkan ribuan tanda suka yang setakat ini sahaja sudah meraih lebih 55,000 tanda suka.

 

@milobenggg_ #malaysianyoutuber #kelantanese ♬ suara asli – FANN_STORY

Rata-rata warganet meninggalkan ratusan komen positif dengan sikap pasangan bahagia tersebut yang begitu humble.

“Dah kaya tapi masih tetap berniaga sebab dia memang minat berniaga, orang paling humble”

“Dah kayo tapi Masih tetap beeniaga sebab dia memang Minat berniaga .orang paling humble.

Saya pom suka nisa dan syahmi.. xagah langsong 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻terbaik la.

“Youtuber paling humble setakat ni😳

“Orang kaya rilek jer jual air milo🤣

Itu antara pujian dan kata-kata warganet kepada pasangan muda dan berjaya ini.

Sumber:  milobenggg_


ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak

ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

IKLAN