Duduk rumah sepanjang hari, tidak dinafikan perut kita anak beranak mudah sangat terasa lapar. Hendak dijamu nasi sepanjang waktu takut berlaku perubahan saiz badan pula kita sekeluarga, dari saiz s boleh jadi saiz xl pula.
Jadi kita sebagai ibu kenalah kreatif menyediakan pelbagai jenis menu yang mengenyangkan. Umpamanya Kebab Daging Roti Pita ini. Membuatnya juga tidaklah susah, beberapa minit sahaja menu yang menyelerakan dapat dihidangkan.
Ini sebagiamana resipi yang dikongsikan oleh Puan Hazirah Ngaimin. Bahkan ujarnya kebab yang dimasak olehnya itu mendapat pujian daripada anak-anaknya.
“Sedap mama, pandai mama masak!” Itu ayat pertama anak, lebih kurang lepas 2-3 kunyahan kebab miliknya. Berbunga hati oi, bila anak puji begitu. Budak-budak kan tak pandai menipu. Hahaha…”ujarnya berkongsi kisah.
“Ok, disebabkan pujian melambung dari anak tu, jom kita share lah resepi kebab daging roti pita. Silalah cuba buat, mana tahu anak-anak korang juga suka kan? Lepas tu nanti bahagia dilambung pujian anak-anak,” tambahnya lagi.
KEBAB DAGING ROTI PITA Bahan-bahan diperlukan:
Roti pita 3 keping (kerat 2 menjadi 6 keping).
Daging kisar 250g.
3-4 ulas bawang putih – dikisar kasar.
1 ulas bawang merah – dikisar kasar.
1 biji tomato – dipotong dadu.
1/2 biji bawang holland – dipotong dadu.
1 sudu serbuk kasar lada hitam.
2 sudu sos black pepper.
2 sudu sos tiram.
2 sudu sos cili.
Cara nak membuatnya,
1. Tumis bawang putih & bawang merah
2. Masukkan daging kisar.
Ads
3. Masukkan black pepper
4. Masukkan tomato
5. Masukkan sos cili, sos tiram, sos black pepper.
Musim durian kini sudah sampai ke penghujungnya. Maka tidak hairanlah jika dilihat di sana sini semakin berkurangan tidak semeriah awal bulan Julai yang lalu. Dan pastinya juga buat peminat durian sudah puas menikmati durian dengan pelbagai rasa dan jenisnya.
Selain durian enak dimakan begitu sahaja, tidak dinafikan menikmati tempoyak juga menjadi kesukaan ramai antara kita. Lebih-lebih jika dibuat sambal tempoyak, aroma dan rasanya cukup menyelerakan.
Istimewanya tempoyak yang dihasilkan daripada isi durian ini, ianya boleh disimpan hingga bertahun lamanya. Jadi peminat tempoyak tidak akan bimbang bila terasa teringin makan tempoyak walaupun bukan di musim durian.
Memandangkan masih ada saki baki musim durian, dan tidak menyukarkan ibu-ibu mendapatkan durian, ayuh kita buat tempoyak untuk simpanan sendiri.
Menurut Pak Tam ni cara buat tempoyak di rumah yang sering dibuat untuk pastikan bertahan lama.
1. Pilih isi durian yang molek sahaja.
2. Masukkan isi durian itu ke dalam bekas.
3. Gaul rata dengan sedikit garam.
4. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Ini proses peram.
5. Sekurang-kurangnya selepas 2 hari, tempoyak sudah boleh dimakan.
Dan ini pula cara yang lebih detail yang dikongsikan oleh Nielay Husna dan dikatakan inilah rahsia untuk lebih sedap rasa tempoyaknya. Jom semak.
Langkah pertama :
Nak buat Tempoyak kena guna durian. Durian paling baik ialah durian tuang, durian daun @ hijau dan durian berduri panjang. Payah dah nak dapat durian jenis itu. Nak guna durian kampung seperti durian kunyit, durian kucing tidur, durian pangsa atau durian hutan boleh jugalah. Cuma tidaklah sesedap durian kelompok pertama tadi. Nak guna durian klon seperti klon D24 atau Musang King boleh juga. Yang penting durian yang dipilih itu durian segar bukan durian buruk bontot atau durian yang sudah masam baunya.
Langkah kedua :
Bila dah dapat durian segar, berus dulu kulit luar dengan berus. Buang semua hana, pasir dan habuk. Bila dah bersih, baru dikopak pangsa durian. Keluarkan isi durian menggunakan sudu yang bersih dan letakkan ke dalam besen yang kering.
Langkah ketiga :
Asingkan isi durian dari biji durian menggunakan sudu dan garfu. Jangan tujah garfu ke biji durian. Ini mengelakkan air pahit dari biji durian meresap ke isi durian. Kikis isi durian dari biji durian dengan cermat. Jangan asingkan usi durian dari biji durian menggunakan jari jemari kerana boleh memasamkan isi durian. Setiap jari jemari mengeluarkan enzim penghadaman.
Langkah ke empat :
Isi durian yang selesai diasing dari biji dimasukkan ke tapis plastik. Tabur sedikit garam kasar atas isi durian itu. Tapis itu diletakkan ke dalam besen. Perap semalaman @ 10 jam supaya air masam turun ke besen.
Langkah ke lima:
Selesai diperap, masukkan isi durian ke dalam balang botol. Setiap tiga inci ketinggian isi durian di balang botol itu, taburkan secubit garam kasar. Pada kadar dua inci sebelum penuh balang botol itu, berhenti mengisi isi durian. Tabur secubit garam kasar di atas isi durian. Jika isi durian dimasukkan separas mulut balang, isi durian akan meleleh keluar akibat tekanan gas dari dalam bakang botol.
Langkah ke enam :
Tudung balang botol biarkan sahaja pada mulut botol selama 10 jam. Usah ditutup kemas. Biarkan gas durian keluar perlahan-lahan. Selepas sepuluh jam, tutup kemas tudung balang botol itu dan simpan dalam peti ais.
Ekstra Tip
Apabila menggulai tempoyak ikan, ayam, ikan sadin, daging; masukkan secukup cili api, kunyit dan daun kesom. Reneh gulai itu dengan api yang sederhana. Gulai asam tempoyak perlu dirampai dengan terung, ubi atau petai. Gulai itu pula lebih sedap dimakan setelah sejuk.
Begini pula cara puan Sarina Mohd Som menghasilkan tempoyak dan ianya juga turut dikongsi di fb Via MAHN. Katanya, “Lain orang lain caranya, lain negeri lain juga kaedahnya. Asalkan jadi tempoyak, mana-mana pun boleh.”
Proses pembuatan tempoyak.
1. Keluarkan durian dari ruangnya.
2. Keluarkan isi dari biji, campurkan dengan sedikit garam kasar.
3. Tapis semalam. Tutup elak semut dan lalat.
4. Proses penapisan untuk mengelakkan tempoyak menjadi masam.
5. Selepas semalaman, masukkan dalam botol. Jangan tutup rapat khuatir meletup.
6. Jika isi durian tidak lagi menggebu seperti seolah-olah dicampur dengan yis. Boleh tutup rapat botol dan simpan dalam peti sejuk.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila duduk rumah dengan anak-anak ni, memang permintaan mereka ayam, ayam dan ayam sajalah!
Yang dah bosan tu, apa kata kita curi selera mereka dengan seafood pula. Macam resipi yang saya nak share ni, shellout simple dari Noor Atika Mahamood.
Selalu kalau makan kat kedai tak puas kan? Ye la, selera orang masing-masing. Ada yang suka udang lebih, ada yang suka sotong lebih lah. Haa dah buat sendiri ni, lebihkan lah sendiri. Barulah berbaloi-baloi! Jom cuba!
~~ Hai assalammualaikum. Kali ni sy nak share resepi Shellout simple ( cara sy ) guna bahan2 apa yg ada kt rumah. Senang je tak susah pun, malah lebih sedap masak sendiri berbanding mkn diluar tau. Lg best bila kita makan comot2 pon tak perlu nak malu2 sbb mkn kt rumah sendiri takde org lain tengok. Nak ratah sampai licin pun takde masalah. Selalu mkn shellout kat kedai mesti malu2 nak ratah kn? 😂
**Tambah pula resepi ni cukup segala rasa pedas, masam, manis, masin rasa kari dan aroma daun limau purut semua balance secukup rasa. Masakan dari air tangan sendiri, sambil masak sambil selawat in sha Allah sedap. Ok jom tengok bahan2 dan cara2 memasak dibawah 👇👇👇
SHELLOUT SIMPLE
Bahan-bahannya :-
– 1 kg ketam
– 1/2 kg sotong
– 1/2 kg udang
– 1 biji jagung manis **potong2&rebus
– 6 biji bwg merah
– 6 biji bwg putih
– halia besar ibu jari
– 5 tangkai lada kering *sikit je sbb lada yg sy guna ni jenis yg pedas.
– 4 batang serai *diketuk
– 3 sudu makan sos tiram
– 3 sudu makan sos cili
– 3 sudu makan serbuk kari ikan babas
– 2 tangkai daun kari
– 4 helai daun limau purut
– karet, brokoli, bunga kubis agak2 je
– 1 kiub ayam
– sedikit hirisan lemon *hiasan*
2) Celur sayur dan seafood. Air lain-lain ye untuk sayur dan seafood. Simpan air seafood sedikit utk masukkan dlm sos/kuah nanti.
3) Tumis serai sampai naik bau.
4) Masukkan daun kari, kemudian masukkan bahan2 kisar. Tumis sampai pecah minyak.
5. Masukkan bancuhan serbuk kari ikan babas. Tumis sampai pecah minyak sekali lg. Kemudian, Masukkan sos tiram dan sos cili.
6. Masukkan air rebusan seafood. Agak2 ikutlah nak banyak mana kuah. Sy masukkan sedikit je, tak sampai setengah mangkuk kecik ni sbb nak pekat.
7. Last sekali masukkan asam jawa, gula dan kiub ayam. Kalau takde kiub ayam, masukkan garam dan perasa secukup rasa. Kemudian masukkan daun limau purut. Gaul dan sebatikan 3minit.
8. Masukkan seafood. Gaul2 sampai sebati. Siapppp!!!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mungkin ramai antara kita tidak tahu bahaya atau tanda-tanda awal penyakit tonsil.
Melalui perkongsian daripada seorang ibu berkenaan pengalamannya berdepan dengan penyakit yang dialami oleh anak lelakinya ini, harap boleh dijadikan panduan.
TONSIL..BAHAYA ATAU TIDAK
Kelmarin, anak saya Alexander Akil (5 tahun) menjalani satu prosedur membuang tonsilnya. Dan nasib tidak begitu baik, dia mendapat komplikasi selepas pembedahan tersebut.
Akil dah lama ada tonsil.. Dari kecil. Dalam umur 2-3 tahun dulu dah direfer ke pakar ent, tapi dr pakar kata tunggu dia besar sikit.
Semenjak dua menjak ni, hampir setiap bulan dia demam. Dan demamnya sangat tinggi. Selalunya melebihi 39°C. Dan kebanyakan masa memang disebabkan tonsilnya dijangkiti, membengkak dan merah. Rawatan antibiotik perlu diambil.
Nasib baik selalu dapatkan rawatan di klinik yang sama, jadi doktor bertugas perasan rekod akil yang sentiasa demam dan masalah tonsil. Jadi, beliau memberi surat refer ke pakar ent.
Saya pun bawa Akil ke Hospital Pakar An Nur, Bangi. Memang perlu dibuang. Tapi dr minta tunggu lagi dua minggu sebab nak betul2 clear dari demam dan sakit.
Sampai tarikhnya, seawal 7 pagi admit ke wad, akil menunggu masa untuk masuk dibedah.
Pkl 1045 mula, tamat dalam 1130 pagi. Alhamdulillah semua selamat.
Oh ya, dr juga buang adenoid di belakang hidung akil. Masa pembedahan tu dr dapati ada adenoid, dr pun buang sekali.
Lepas bedah, akil tidur je,tapi akil tidur lama sangat. Dari lepas bedah sampai pukul 4. Tu pun puas kejutkan. Kejap2 je dia bangun merengek, pegang tekak, kata batuk2.. Maknanya dia tak selesa di tekak
Saya ingatkan perkara biasa lepas operate.
Rupanya tak. Dia asyik menelan darah rupanya.
Bila dia bangun, kejap tu, dia muntah darah. Penuh sekatil. Memang banyak. Bukan darah sikit2. Seperti dicurahkan darahnya.
Saya masih ingat, ini kesan bius. Dan darah tu yang dia telan masa operate tadi.
Bagi dia kumur dengan air ais, minum air sejuk. Lepas tu bagi makan jelly sikit.. Dia tak nak aiskrim lagi. Kejap tu dia muntah lagi. Lagi banyak. Dan semuanya darah. Kebetulan nurse ada masa tu. Ok takpe.. Mungkin kesan bius lagi.
Kali ketiga, akil muntah darah lagi. Bukan sikit, tetap juga banyak. Saya tahu ada tak kena. Sebab akil dah mula sangat lemah, buka mata pun tak larat, bibirnya pucat lesi…
Tak lama tu kebetulan dr datang, nurse pun maklumkan perkara ni. Dr check. Memang sangat pucat dah masa tu akil. Dr terus kata, ok siap, kita masuk bilik bedah semula. Sekarang juga.
Saya berdebar dah. Ni kan prosedur buang tonsil je. Kenapa jadi macam ni.
Sementara mereka siapkan bilik bedah, dr menerangkan, jarang sangat komplikasi selepas surgery ni berlaku. Sejak dia di sini, akil ni kes kedua yang ada komplikasi macam ni.
Dr perlu siasat punca pendarahan dan hentikan sebelum keadaan lagi teruk. Kebetulan, di luar bilik bedah, akil muntah darah lagi sekali. Depan dr sendiri. Jadi dr dapat tengok darahnya macam mana. Next time kena ambil gambar darah muntah akil tu supaya senang nak explain dr. Sebab dr nak tahu warna darah fresh atau kehitaman.
Sebabkan akil asyik muntah darah, dr pakar bius tak boleh bagi bius melalui gas, kena melalui iv kali ni.. Katanya sakit sikit
Tapi akil memang tak larat sungguh. Kena panggil berkali kali untuk dia buka mata.. Saya dah risau sangat
Alhamdulillah tak lama lepas tu, dr dah jumpa punca pendarahan di mana.. Dan berjaya hentikan.
Sampai sekarang akil dah ok. Bangun keesokannya, terus mintak makan minum sebab sangat lapar. Saya risau nak bagi makan terus, tapi akil kata tak sakit. Alhamdulillah
Kumur dengan air ais, dengan ubat kumur (difflam) , antara cara terbaik untuk cepat sembuhkan luka pembedahan.
Sekarang dia makin sembuh, tapi agak lemah sebab banyak hilang darah. Masih di wad untuk pantauan.. Insyaallah harini discaj
Jangan takut pula untuk bedah buang tonsil, selalunya takde masalah. Nasib akil je kurang baik.komplikasi bleeding. Tapi sangat cepat sembuh lukanya tu..so sepatutnya memang ok
Ok nak cerita sikit tentang tonsil
Tonsil ni sebenarnya bagus untuk badan kita. Dialah barisan pertahanan pertama untuk melindungi badan kita dari jangkitan. Tapi kdg2 dia sendiri boleh dijangkiti dan menyebabkan kita sakit.
Antara tanda2nya ialah
-demam panas (melebihi 39°C selalunya)
-tonsil membengkak, merah dan kadang2 ada putih2 atau nanah
-sakit telinga
-sakit tekak
-susah menelan
-sukar tidur sebab tonsil menghalang laluan pernafasan
-nafas berbau
Kalau selalu sangat dapat tonsilitis, tonsil tersebut berkemungkinan tidak akan mengecil.. Akan statik besarnya walaupun dalam keadaan normal. Bila sakit, bertambah besar dan merah.
Dan rupanya penyakit ni boleh berjangkit. Ramai tak tahu. Dan saya pun baru tahu. Selama ni saya fikir, maybe ada kena mengena dengan keturunan. Sebab kalau kita ada tonsil, biasanya anak, adik beradik, mak ayah ada jugak tonsil.
Rupanya sebab kita dekat, tak elak diri dari terjangkit dan menjangkiti, sebab tu kena.
Sepatutnya, siapa yang tengah kena jangkitan dan tonsilnya sedang sakit, kena mc. Kalau tak pun , kena tutup mulut bila bersin atau batuk. Jangan berkongsi makanan atau minuman. Cuci tangan. Jangan cium anak. Semua ni punca jangkitan. Sekarang dah tahu, siapa tengah sakit tonsil, elakkan jumpa orang lain. Sampai tonsil tu sembuh. Sekarang saya rasa, sayalah punca akil dapat tonsil dari kecil sebab sampai sekarang saya masih ada masalah ni. Saya pun patut remove nanti
Ini serius. Orang pandang remeh je penyakit tonsil ni, tapi sebenarnya senang sangat berjangkit kalau tak jaga diri. Dan sakit kalau kena. Lagi2 kalau kes berulang, hampir setiap bulan kena. Seksa sangat
Ok, kalau siapa yang selalu ada masalah tonsil tu, anak ada tonsil, boleh pantau. Kalau kerap sangat, maklumkan dr. Jika perlu, jumpa pakar. Jangan sampai melarat.
Ps: saya sertakan gambar tonsil akil yang dibuang. Besar ya.. Lebih besar dari guli. Kesian dia..
Terima kasih kepada Doktor Halim (pakar ent hosp An Nur), dr pakar bius (lupa nak tanya nama),staff nurse dan semua yang mendoakan akil
Sumber : Nurul Shazalina Zainudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.