“Kecik-Kecik Dah Gorgeous Mommy Ni.” Zahirah Macwilson Throwback Pakai Kebaya, Dipuji Muka & Gaya Tetap Sama Dari Dulu!

Share

Zahirah Macwilson gemar berkongsikan video kenangannya ketika membesar di Perth, Australia kepada pengikutnya di laman Instagram.

Sebelum ini dia berkongsikan videonya bersama adik-adiknya sedang belajar mengaji ketika menetap di United Kingdom.

Anak kepada pelakon senior Zainol Macwilson itu juga pernah membesar di UK kerana mengikuti bapanya yang bertugas sebagai anggota polis di sana pada era 90-an.

Terbaru, dia memuat naik satu video sewaktu kecil Di mana dia tampil dalam persalinan baju kebaya beserta selendang dan beg tangan hitam untuk menghadiri ‘fancy dress party’ ketika dia bersekolah rendah.

“Kesemua kawan saya memakai kostum puteri Disney dan ibu saya suruh pakai baju kurung seperti Puteri Malaysia,” kongsi isteri kesayangan Aiman Hakim Ridza ini menerusi kapsyennya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai termasuklah rakan artis. Rata-rata memuji Kecomelan pelakon tinggi lampai yang berusia 27 Tahun itu.

Zahirah kini lebih selesa memberikan fokus terhadap anaknya, Isaac Raees yang kini sudah menginjak usia 15 bulan.

Zahirah Dan Aiman mendirikan rumahtangga pada 20 Februari 2020  di Foyer Glamhall di Mercu Mustapha Kamal di ibu kota.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata sulung lelaki pertama, Isaac Raees yang kini berusia setahun.

Sumber: zahirahmacwilson


ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!

ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club


IKLAN