Siap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran si kecil sebagai pelengkap kasih sayang. Ada pasangan yang cepat menimang cahaya mata, ada juga yang mengambil sedikit masa barulah mendapat anak.
Bagi sang isteri yang dikurniakan rezeki hamil awal, pasti itu satu berita gembira yang cukup ditunggu-tunggu, tak kurang juga yang terkejut dan teruja bila mana mendapat tahu diri sudah berbadan dua.
Demikian juga dengan pelakon cantik manis, Emma Maembong apabila disahkan hamil selepas tiga minggu bernikah. Menurut Emma dia tidak menyangka dan bersyukur kerana dikurniakan rezeki lebih awal.
“Saya selalu mengimpikan keluarga saya sendiri. Setiap kali mendukung bayi baru lahir iaitu anak kakak atau abang saya, pasti akan rasa teruja.
Ads
“Masa ini tiga minggu selepas kami bernikah dan saya tidak sedar yang sebenarnya ketika itu saya sedang hamil dan baru sahaja mula rasa loya dan pening.
“Apa yang saya ingin ucapkan adalah syukur kepada Allah. Kita hanya merancang tapi Tuhan adalah perancang yang sebaik-baiknya,” katanya.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Ads
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini. Emma sah bergelar isteri kepada Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu.
Menerusi perkongsian tersebut, Emma memuat naik satu rakaman video sewaktu mendukung anak buahnya yang masih bayi ketika majlis persandingannya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar urusannya melahirkan bayi pertama dipermudahkan serta sentiasa bahagia di samping keluarga
Pada Julai lalu, Emma mengumumkan berita kehamilannya yang ketika itu sudah berusia empat bulan dan kini difahamkan sudah memasuki trimester ketiga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekarang ni viral tentang kepentingan emas sebagai aset pelaburan. Walaupun harga meningkat, barang kemas tetap ada peminatnya. Lebih menguntungkan bila disimpan atau dipakai dapat tempoh yang lama.
Menariknya, rupa dan nama barang kemas ini pelbagai. Nak tahu? Ikuti perkongsian Akhtar Syamir ini.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Jenis-jenis dan nama emas yang korang patut tahu.
Perhatian kepada para suami. Hari ini saya telah berjaya memecahkan kod rahsia yang digunakan para isteri selama ini.
Telah sekian lamanya kita terpedaya dengan mainan mereka. Rupanya dalam diam minda kita dimanipulasi dengan teknik menanam idea sambil berkias.
Jika tiba-tiba si isteri asyik bercerita pasal kenangan makan biskut tawar, ketahuilah yang dia sedang menyuntik bayangan biskut tawar di dalam minda kita. Apabila tiba saat dan ketika yang sesuai, cincin atau gelang biskut tawar yang akan ditunjukkan.
Pada ketika itu, kita akan menjadi lemah dan terpedaya. Kita akan berkata “ye lah sayang, sama dengan biskut tawar”. Pada waktu itu, sebenarnya kita sudah pun tewas dan gelang emas biskut tawar sudah di pergelangan tangan mereka.
Jika si isteri asyik meminta air boba, berhati-hatilah. Informasi mengenai bayangan biji boba sedang diserap dalam minda kita. Tak lama lagi kita akan nampak biji boba yang berkilauan pula.
Kalau bab petai ni memang kita bila-bila masa sahaja boleh dikejutkan. Sebab isteri saya sendiri selalu makan petai. Kalau suatu hari dia minat kat emas biji petai tu, mungkin saya tak mampu nak menahannya.
Roti bun? Licik kan? Siapa la yang cipta bendealah design ni. Dalam kepala kita terbayang roti Sweety tu. Dalam kepala isteri rupanya bun yang lain. Siapa sangka?
Pulut Dakap. Tak perlu saya cakap lagi. Merata-rata keluar nama ni. Padahal kuih tu suya tak pernah rasa pun. Hari ni baru tau kuih tu macam mana rupanya.
Kena perhatikan, kalau si isteri jenis yang jarang sangat makan Coco Crunch, tapi sejak sebulan yang lepas asyik minta belikan Coco Crunch je, bersedialah. Adalah tu.
Jagung, biji sawi, biji ketumbar, anggur dan latok pun sama. Tak cukup dengan itu, kalau isteri berborak dengan kawan-kawan dia pasal gajah la, kucing la, lipan la, lintah la, diorang tu bukan tengah cerita pasal serangga atau binatang, tetapi pasal emas. Percayalah.
Akhir sekali, kalau isteri tebiat ajak pergi main takraw kat KLCC, sebenarnya diorang nak 2 jenis gelang. Hahaha..
Jadi, sekarang dah tahu kod rahsia diorang kan? Berhati-hatilah dan bersedialah. Buatlah simpanan emas sama ada RM3 atau RM5 sehari. Jadi bila isteri minta, duit pun dah sedia ada. Betul tak? Takdelah pening-pening.
Kalau korang nak ikut saya, saya ada buat cabaran simpan sendiri RM3 sehari untuk beli emas. Setiap hari saya akan ingatkan. Jom join.
Kongsikan nama-nama emas ini untuk maklumat semua. Senang nak pilih jenis apakah yang akan diusahakan nanti.
INI JENIS & NAMA EMAS
Ada tak emas yang korang baru pertama kali tengok? Jom kongsikan jenis yang paling korang minat kat komen.
Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Kredit: Akhtar Syamir.
BroOhsem
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ya Tuhan! Jika benar kata-kata ibu dianggap doa, berhati-hatilah wahai ibu apabila berada dalam keadaan marah kepada anak-anak. Ucapan yang dilontarkan itu dianggap sebagai doa kepada anak-anak. Jika kata-kata itu baik, tidak mengapa, Bagaimana pula jika sebaliknya. Bak kata orang, kata-kata ibu ni, ‘masin mulut’ .
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan di laman facebook Hairul Nizam Ijam sungguh menyentuh hati seorang ibu. Moga muhasabah diri dengan perkongsian ini.
SEORANG IBU YANG TERLEPAS CAKAP TERHADAP ANAKNYA
(Ini kisah benar seorang ibu yang tersasar doa. Terlupa istighfar selama 25 tahun..!)
Aku sedang membersihkan rumah. Tiba-tiba anak lelakiku yang masih kecil berlari ke arahku..! Dia terlanggar satu pasu bunga yang dibuat daripada kaca..! Pecah hancur berkecai..!
Aku benar-benar marah kerana pasu itu memang mahal harganya. Tanpa ku sedari, aku telah melontarkan kata-kata,
“Mati engkau hendaknya..! Semoga budak ni ditimpa dinding bangunan dan tulang-belulang kau hancur..!”
Tahun demi tahun berlalu..! Anak lelakiku membesar, aku dah lupa akan doa itu. Aku pun tak anggapnya penting dan aku tak tahu bahawa doa itu telah naik ke langit..!
Anak lelakiku dan adik-adiknya yang lain sedang membesar..! Dia anak sulong yang paling aku sayangi dari anak-anakku yang lain. Dialah anak yang rajin dan pandai menghurmati aku dan berbakti kepadaku dibandingkan adik-adiknya yang lain..!
Kini dia telah menjadi seorang Jurutera yang berjaya..! Tak lama lagi dia akan berkahwin. Tak sabar rasanya aku nak menimang cucu..!
Ayahnya ada sebuah bangunan yang dah uzur dan ingin dibaik-pulih. Maka pergilah anak aku bersama ayahnya ke gudang itu. Para pekerja sudah bersiap-siap untuk merobohkan satu dinding yang sudah usang.
Sedang mereka melakukan kerja, anakku pergi ke belakang bangunan tanpa disedari sesiapa pun. Dengan tak semena-mena dinding bangunan itu terjatuh menimpanya..!
Kedengaran suara berteriak di dalam runtuhan itu sehinggalah suaranya tak kerdengaaran lagi..!
Semua pekerja berhenti. Hairan suara siapa..? Mereka berlari ke arah runtuhan itu..! Mereka mengangkat dinding yang menghimpit anakku dengan susah payah dan segera memanggil Bomba dan Ambulan.
Mereka tidak dapat mengangkat badan anakku. Ia remuk seperti kaca yang jatuh pecah berkeping-keping..!
Sebahagian mereka mengangkat badan anakku yang hancur dengan berhati-hati dan segera membawanya ke Unit Kecemasan di Hospital..!
Ketika ayahnya menghubungiku, seakan-akan Allah menghadirkan kembali kata-kataku padanya semasa ia masih kecil dahulu..!
Aku menangis hingga pengsan. Bila sedar, aku berada di Hospital dan aku meminta untuk melihat anakku..! Ketika melihatnya, aku seakan mendengar suara yang berkata,
“INI DOAMU KAN..? Sudah AKU kabulkan..! Setelah sekian lama engkau berdoa, sekarang Aku akan mengambilnya..!”
Ketika itu, jantung aku seakan berhenti berdetik. Anak aku menghembuskan nafasnya yang akhir..! Aku berteriak dan menangis sambil berkata,
“Ya Allah..! Selamatkanlah anak aku..! Jangan pergi nak..!”
Seandainya, lidah ini tidak mendoakan kebinasaan 25 tahun yang lalu..! Andaikan..! Andaikan..! Andaikan..! Tetapi kalimat ‘andaikan’ ini tidak berguna lagi waktu ini..!
Cerita ini dari satu kisah benar..! Pesananku pada para ibu..! Jangan sekali-kali terburu-buru mendoakan KEBURUKAN anakmu ketika kamu sedang marah..!
Berlindunglah kepada Allah dari godaan syaitan..! Jika kamu ingin memukulnya, pukul sajalah..! Tapi jangan kamu mendoakannya dengan yang bukan-bukan sehingga kamu akan menyesal seperti aku..!
Sesungguhnya aku menulis ini dengan airmataku yang turut mengalir..!
Wahai anakku..! Aku rela rohku turut bersamamu..! Hingga aku boleh beristirahat dari kepedihan yang aku rasakan sepeninggalanmu..!
Tolong sebarkan cerita ini kepada semua wanita..! Doakanlah yang baik-baik saja untuk anak-anak..! Doa itu pasti akan terjawab walaupun untuk sekian lama..! Tunggulah dan Allah swt pasti akan mengabulkannya.
Menerima ujian disahkan diri positif covid-19 dan turut dialami oleh ibu dan ayah yang telah berusia, tentunya merupakan ujian yang berat untuk diterima. Tidak dengan itu, belum pun surut rasa bebanan yang ditanggung, kini ibu dan ayah pula telah kembali ke negeri abadi.
“Mereka dah janji nak sehidup semati, tak sangka akhirnya mereka ‘pergi’ bersama,” luah Zuriyani Ramli, sayu bercerita tentang ibu dan bapanya yang meninggal dunia akibat COVID-19 masing-masing pada Jumaat dan semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sik, Kedah.
Menurut sumber, Zuriyani, 42, yang turut disahkan positif COVID-19 dan dirawat di hospital sama berasa terkilan apabila tidak dapat menatap wajah ibunya, Salmah Shariff, 74, buat kali terakhir sebelum jenazah dibawa keluar dari hospital untuk dikebumikan.
Namun, suri rumah itu tetap bersyukur kerana bapanya Ramli Awang, 82, ditempatkan di wad sama dengannya dan sempat meluangkan masa sehingga warga emas itu pula dijemput Ilahi.
“Kami bertiga dirawat di hospital sama dan saya duduk satu wad dengan ayah, mak pula menerima rawatan di wad kecemasan. Jadi saya tak dapat tengok mak langsung dari mula masuk hospital sampai beliau meninggal dunia pukul 11.50 malam hari Jumaat lepas.
“Ayah duduk satu wad dengan saya dan kami sempat baca Yassin sama-sama. Malah, semasa ayah nazak saya sempat ajar ayah mengucap dan beliau menghembuskan nafas terakhir depan mata saya pada pukul 12.05 tengah malam semalam,” kata Zuriyani dalam nada sebak ketika dihubungi di sini, malam tadi.
Zuriyani yang tinggal di Kampung Kota Bukit, Jeneri, di sini bersama suami dan lima anaknya berusia antara enam hingga 20 tahun berkata, bapanya yang menghidap strok tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu sebelum ibunya menyusul beberapa minggu kemudian.
“Sebelum ini ayah dan mak tinggal di rumah mereka di Kampung Batu 9, Gurun, bersama seorang lagi adik lelaki saya yang belum berkahwin. Saya bawa ayah duduk dengan saya sebab nak jaga dia dan mak pun ikut sekali selepas itu,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai jangkitan COVID-19, Zuriyani berkata beliau tidak pasti siapa yang pertama dijangkiti dahulu, namun penyakit itu mula dikesan pada dirinya.
Zuriyani berkata sebelum disahkan positif COVID-19, dia mengalami demam dan batuk selama seminggu dan beransur pulih, namun memutuskan untuk ke hospital bagi mendapatkan ubat batuk pada Jumaat lepas.
“Di hospital, doktor kata saya perlu buat ujian calitan. Apabila tahu saya positif COVID-19 saya terus telefon adik lelaki saya suruh bawa ayah ke hospital, sebab ayah juga beberapa hari sudah demam dan sejak itu tak boleh bercakap. Mak pula batuk-batuk tapi ingatkan batuk biasa sebab usia tua,” katanya.
Wanita itu berkata selepas bapanya disahkan positif COVID-19 pihak hospital mengambil ibunya di rumah yang kemudian turut disahkan positif dan dimasukkan ke wad kecemasan disebabkan keadaannya yang agak lemah.
“Saya tak sangka mereka positif. Saya ingat ayah yang kritikal sebab ada strok, tapi tak sangka mak yang pergi dulu sebelum ayah. Saya tak tahu kena jangkitan dari mana sebab saya tidak pergi ke mana-mana, rutin harian saya jaga mak ayah dan masak untuk mereka sahaja,” katanya.
Zuriyani berkata suami dan lima anaknya turut menjalani ujian saringan COVID-19, namun keputusannya belum dimaklumkan dan berharap mereka bebas jangkitan.
“Sebelum ini, ayah ada cakap yang dia nak beraya (Hari Raya Aidiladha) dengan saya sekeluarga, malangnya tak kesampaian. Ayah juga selalu pesan agar jangan tinggal sembahyang,” katanya yang turut memberitahu jenazah ibu dan bapanya dikebumikan di tanah perkuburan di kampung mereka.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo ketika dihubungi berkata pasangan suami isteri warga emas itu dimasukkan ke Hospital Sik pada Jumaat lepas dengan gejala jangkitan salur pernafasan dan kematian adalah akibat pneumonia COVID-19.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.