“Keibuan Sangat Pandangan Mata Tu.” Tak Percaya Dah Hamil, Emma Maembong Teruja & Syukur Dikurnia Rezeki Awal!

Share

Siap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran si kecil sebagai pelengkap kasih sayang. Ada pasangan yang cepat menimang cahaya mata, ada juga yang mengambil sedikit masa barulah mendapat anak.

Bagi sang isteri yang dikurniakan rezeki hamil awal, pasti itu satu berita gembira yang cukup ditunggu-tunggu, tak kurang juga yang terkejut dan teruja bila mana mendapat tahu diri sudah berbadan dua.

Demikian juga dengan pelakon cantik manis, Emma Maembong apabila disahkan hamil selepas tiga minggu bernikah. Menurut Emma dia tidak menyangka dan bersyukur kerana dikurniakan rezeki lebih awal.

Saya selalu mengimpikan keluarga saya sendiri. Setiap kali mendukung bayi baru lahir iaitu anak kakak atau abang saya, pasti akan rasa teruja.

“Masa ini tiga minggu selepas kami bernikah dan saya tidak sedar yang sebenarnya ketika itu saya sedang hamil dan baru sahaja mula rasa loya dan pening.

“Apa yang saya ingin ucapkan adalah syukur kepada Allah. Kita hanya merancang tapi Tuhan adalah perancang yang sebaik-baiknya,” katanya.

 

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini. Emma sah bergelar isteri kepada Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu.

Menerusi perkongsian tersebut, Emma memuat naik satu rakaman video sewaktu mendukung anak buahnya yang masih bayi ketika majlis persandingannya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar urusannya melahirkan bayi pertama dipermudahkan serta sentiasa bahagia di samping keluarga

Pada Julai lalu, Emma mengumumkan berita kehamilannya yang ketika itu sudah berusia empat bulan dan kini difahamkan sudah memasuki trimester ketiga.

IKLAN