Besar pengorbanan seseorang yang perlu berjauhan dengan ahli keluarga demi melanjutkan pelajaran atau bekerja. Kesayuan menanggung rindu di negara orang itu lebih terasa apabila menjelang hari perayaan atau hari-hari istimewa dalam hidup untuk disambut bersama.
Itulah yang dirasai oleh anak sulung pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn yang duduk diperantauan demi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Dublin, Ireland.
Namun siapa sangka, rindu yang mendalam itu terbalas apabila mama dan papa kepada Ahmad Ariq Hanania datang memberi kejutan kononnya terdapat rakan mereka ingin bertemu dengannya sebelum kedua-duanya muncul di depan mata anak sulung kesayangan mereka itu.
Kejutan yang dibuat itu dimuat naik di laman Instagram milik pasangan itu bertukar sebak di saat Ariq memeluk lama Johan melepaskan kerinduannya, kemudiannya memeluk mamanya pula.
“Selagi ada kita hargailah pinjaman paling berharga dariNya.. surprise utk abg Ariq menjadi… papa, mama n adik2 Hanania ❤️ u.. 🥹🥹😢😢😭😭😭😭😭” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata dari kalangan selebriti dan pengikutnya yang lain meluahkan rasa sebak menonton video yang dimuat naik pasangan ini. Malah, ada juga beranggapan inilah bukti kasih ayah dan ibunya yang sanggup berkorban apa sahaja.
Ramai beranggapan, lelaki apabila sudah berkahwin sudah tak boleh melepak tengah-tengah malam seperti waktu bujang. Kononnya kena ‘ikat’ dengan isteri di rumah. Tak kurang yang melabelkan mereka ini takut bini. Walhal, bukan itu yang berlaku sebenarnya.
Bagi yang belum berkahwin terutamanya, mereka tidak faham kekangan yang dialami oleh insan bergelar suami ini yang mahu mengimbangkan masa antara sosial dan keluarga.
Justeru, apabila si suami ini memaklumkan kepada isteri setiap gerak geri, maka berbunyilah suara usik-mengusik yang mengatakan si suami ini takut bini.
Realitinya, si suami ini bukanlah takut bini, tetapi cuma menghormati insan bernama isteri yang sentiasa berada di sisinya.
Tapi, perkara itu sukar untuk dijelaskan menerusi perkataan kepada orang sekeliling lagi-lagi kepada rakan-rakan. Bak kata mat salleh “it’s complicated”.
Situasi tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Encik Matt. Dalam satu insiden, beliau berjaya memahamkan situasi itu kepada rakan-rakannya apabila disindir kerana melaporkan kepada isteri yang dia akan pulang lambat sedikit.
Lebih dari itu, Encik Matt juga berkata dia berjaya mengubah persepsi rakan-rakannya terhadap perkara ini.
Ikuti perkongsian dari Encik Matt..
Keluar masjid selepas isyak malam tadi terus rakan ajak minum di kedai. Saya kata sekejap nak bagi tahu isteri balik lewat sedikit. Kawan mula perli cakap takut bini, saya diam sehingga mula bercakap di kedai makan.
Kita bukan takut isteri, tetapi kita perlu respect dan hargai isteri kita. Banyak masa mereka uruskan hal rumah tangga. Sibuk jaga anak, siapkan hal persekolahan anak, makan minum anak. itu belum hal kita lagi, berus gigi kita pun mereka tahu bila perlu tukar, ‘gillette’ kita pun mereka boleh tahu bila perlu tukar.
Kadang-kadang diri sendiri pun tidak terutus, makan pun tidak sempat. Mata pun boleh lebam sebab tak cukup tidur. Kita malam boleh tidur lena, tetapi tidak isteri, berjaga malam susukan anak, tukar lampin anak, betulkan posisi anak.
Lagi penat bila anak demam, sanggup berjaga malam, itu pun sempat selimutkan kita untuk pastikan kita tidur lena, taknak ganggu tidur kita agar esok tidak mengantuk ditempat kerja.
Bila kita bangun nak tolong disuruhnya tidur kembali. Tidak mengapa sayang boleh jaga anak, demam biasa-biasa je ni, abang tidur ya..Allahurabbi, banyak jasa isteri tak mampu kita nak balas, sedikit pun tidak mengeluh, apatah lagi mengungkit.
Apa salahnya kita suami bagi perhatian kepada isteri, jadi pendengar yang setia setiap keluhan mereka. tatkala kita sedang ‘mengeteh’ sehingga larut malam, isteri menanti kesunyian dirumah. Bagilah masa yang ada ini untuk hargai mereka, luangkan masa bersama mereka dari buang masa mengeteh setiap malam.
Selalu hadiahkan sesuatu untuk isteri tanda menghargai mereka. Ada masa, ada wang, ajak mereka shopping, masuk SPA. Tidak mengapa bang kita susah cari rezeki, ini rezeki untuk anak-anak dan isteri juga. Isteri pun faham kemampuan kita. Dia lagi faham apa perlu dan apa yang tidak perlu.Sebab dia kenal ‘Poket’ kita.
Rakan matt mula on telefon. Matt jap aku nak call isteri dah makan ke belum dia. Betullah matt apa yang ko cakap, kadang-kadang kita tidak nampak susah payah mereka. Tanya dah makan ke belum isteri dah suka, walaupon kita dah tahu dia dah makan tadi. Betullah setiap hari perlu hargai isteri.
Meskipun tidak mahu perkara ini berlaku namun hal yg sebaliknya boleh berlaku sekiranya suami isteri lemah dalam menghadapi godaan. Lebih memburukkan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan peluang atau memberikan suatu persekitaran utk menyebabkan berlakunya kecurangan. Jadi bagaimana hendak mengelakkan suami anda berlaku curang, berikut adalah tips yg mesti diketahui oleh setiap isteri mahupun suami.
1) Selalu berpenampilan Menarik
Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunya diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza.
Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dgn orang lain terutamanya jika ada yg memuji. Puji-pujjian ini ini merupakan salah satu punca yang memungkinkan berlakunay kecurangan.
2) Kehidupan Seks Yang Sihat
Memenuhi keperluan seks pasangan sgt penting utk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat yang mungkin.
3) Persamaan
Menikahlah dengan lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatan yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan.
4) Waspada
Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.
5) Waktu Hanya Berdua.
Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya utk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.
6) Mencari Kaunselor
Jangan ragu utk mendapat khidmat dpd kaunselor ataupun org tgh sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yg sukar utk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk.
Begitu pula dgn perkahwinan. Jika bukan anda berdua yg bersikap proaktif dlm menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yg anda harapkan?
7) Menghargai Pasangan
Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dgn kesetiaan. Ucaplah terimakasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yg dilakukan.
8) Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan
Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana keberaniannya membuat aduan mengenai masalah tandas rosak di sekolahnya kepada PMX Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri yang dalam lawatan bersama rakyat dilihat sempat menyantuni beberapa orang ramai yang turut berada di lokasi tersebut.
Menariknya, PMX berhenti di hadapan seorang kanak-kanak selepas kanak-kanak itu memberitahu mengenai keadaan dua tandas sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Kamunting, Perak yang rosak teruk dan tidak dapat digunakan.
Walaupun mencuit hati, namun gelagat kanak-kanak itu mendapat respon pantas PMX dengan bertanyakan maklumat penuh sekolah untuk disampaikan kepada Menteri Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek.
“Dua.. dua rosak, dua boleh pakai (boleh digunakan)…Nak call bagitau Fadhlina…” kata Anwar pada kanak-kanak itu.
Malah video berkenaan juga turut mendapat perhatian Menteri Pendidian, Fadhlina Sidek yang turut meninggalkan komen respon yang disuarakan kanak-kanak itu.
Keberanian kanak-kanak ini sudah semestinya dipuji wargamaya yang berani menyuarakan masalah itu ketika berhadapan dengan Perdana Menteri.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.