Melayan selera anak dengan kek coklat mewah tentunya membuatkan anak-anak berpuas hati dan teruja untuk menjamahnya. Manakala ibu pula bila melihat menu terhidang habis dimakan oleh anak-anak pasti berasa puas hati. Maklumlah anak-anak menggemari hidangan tersebut dan menyediakannya juga tidaklah sukar. Jadi bila-bila masa andai ada ahli keluarga yang teringin, tiada masalah untuk disediakan.

Untuk itu, bagi yang ingin mencuba resipi nan satu ini bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Haslinah Md Ali. Selamat mencuba.

First time buat kek batik indulgence, tapi coklat dia berat sangat agaknya sampai tertutup lapisan cheese.

Kek Batik Indulgence Mewah Bercoklat, Mudah Je Nak Buatnya. Anak Pasti Suka!

Resipi Kek Batik Indulgence

Bahan-bahan:
250g buttercup
200g milo
Susu pekat f&n (2 sudu) – subjektif ye, kalau korang kuat manis masukkan la lebih, so far pakai 2 sudu ni okay-okey je, tak manis sangat
Serbuk koko (1 sudu)
1 paket biskut marie – patah-patahkan kecil-kecil
Air panas (1/4 cawan)

IKLAN

Cara-cara :

1. Cairkan buttercup(guna kuali lebih senang)
2. Masukkan susu pekat
3. Masukkan milo
4. Masukkan serbuk koko
5. Masukkan air panas

Kek Batik Indulgence Mewah Bercoklat, Mudah Je Nak Buatnya. Anak Pasti Suka!

Ekstra tip : 

IKLAN
  1. Makesure guna api kecil ye. Kacau sehingga tak berketul. Once rasa da okay, masukkan biskut marie.

2. Kacau sebati, makesure semua biskut kene coklat.

3. Ambil loyang, letak baking paper. Masukkan dalam loyang, mampatkan sehingga betul-betul padat.

Masukkan dalam peti ais.

Resepi lapisan cheese
250 cream cheese
50g gula icing
1 sudu esen vanila
(Putar sehingga kembang)
12g gelatin + 50g air panas
120ml whipping cream
Masukkan dan putar sehingga sebati

IKLAN

Resepi coklat ganache
100g dark chocolate
100g milk chocolate
200g whipping cream anchor
1 sudu butter

Double boilkan semua, then siap.

Curah atas Lapisan cheese. Ratakan coklat biar semua penjuru kena. Masuk dalam peti ais dan sejukkan lagi.

Then , boleh potong. Nak potong. Makesure pisau sudaa dicelup dalam air panas dan lap guna tisu bersih.

sumber : Haslinah Md Ali Via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI