Kek Coklat Kukus Paling Simple Nak Buat & Padu Rasanya. Ni Resipi Dikongsikan, Mudah Je Bahan-bahannya!

Share

Subut sahaja kek coklat kukus, memang sudah tergambar kelembutan kek dan rasa coklatnya yang mewah. Memang puas hati rasanya berbanding bakar yang lebih terasa sedikit kering.

Pun begitu, dalam banyak-banyak resipi kek coklat kukus kiranya inilah yang nampak begitu mudah disediakan. Bahan-bahan digunakan dengan sukatan cawan dan bahan yang digunakan juga yang mudah didapati, sedia ada di rumah.

Ditambah pula bila dikukus di dalam cup yang kecil, bukan sahaja nampak comel bahkan menarik perhatian bila setiap cup mengandungi coklat yang enak. Nampak sungguh menyelerakan!

Jadi usah tunggu lagi, jom masuk dapur dan kita sediakan menu yang mudah ini untuk dinikmati bersama seisi keluarga.

Kek Coklat Kukus Simple

Resepi
3 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
Masukkan semua bahan di atas ke dalam blender dan kisar selama 4-5 minit
Lepas siap, tapis guna penapis

Bahan-bahan ayak :
1 1/4 cawan tepung gandum (saya guna superfine flour)
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
Lepas diayak, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan yang dikisar tadi. Kacau guna whisk.


Masukkan adunan ke dalam silicone cups dan letakkan beberapa biji chocolate coins. kukus selama 20-25 minit. Pastikan steamer dah dipanaskan terlebih dahulu.
Simple dan sedap. Suami dan anak saya suka sangat. Selamat mencuba

Sumber :Wan Nor Ezzati Fatini via MAHN

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN