Kek Karamel Coklat Kukus Guna Sukatan Cawan. Siap Ada Tutorial Lagi. Garenti Jadi!

Share

Antara resipi membuat kek salah satu resipi memasak mengunakan kukus adalah cara yang mudah dan garenti jadi.Salah satu resipi yang menjadi kesukaan satu keluarga terutama anak-anak adalah Kek Karamel Coklat Kukus.

Kek ini memang sedap dimakan setelah disejukkan dan sesuai untuk juadah semasa minum petang.

Ikuti resipi yang dibuat oleh seorang isteri ini menerusi facebooknya, Buat Orang Lapo.

 Nak buat pun mudah, rasa pun sedap. Pasti cepat habis! Apa lagi jom buat hari ni.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Gabungan kek coklat moist dengan puding karamel ni memang sangat sedap dan sesuai rasanya. Antara resepi yang wajib dicuba. Untuk membuat karamel, lebih senang gula dicairkan terus di dalam loyang supaya sama rata.

Susu segar untuk membuat puding pula hanya perlu dipanaskan sebentar sahaja sehingga gula larut. Tak perlu pukul adunan puding terlalu lama untuk mengelakkan puding berlubang semasa dikukus. Adunan kek coklat moist ni adalah resepi kek coklat yang saya gunakan dalam resepi sebelum ini. Selamat mencuba

Bahan-bahan:

1.Karamel
3 Sb Gula

2.Puding
400ml Susu Segar
1/2 cwn Gula
3 Biji Telur
1bj kuning telur
1 sk Esen Vanila

3.Kek Coklat Lembap
3/4 cawan gula
3 biji telur


1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan minyak
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas

Cara Penyediaan rujuk video.

Siap!

Sumber: Buat Orang Lapo

IKLAN